Monday, November 16, 2009

Cerita Dua Fatimah di zaman Rasulullah

Saya setuju sangat dengan ulasan dari Kopitiam Bang Nan...

Jadi pimpinan PAS kena sedar.....bukan harta , pangkat dan kuasa yang di kejar!!!!

Dan pada yang telah berkuasa pula....ingat cerita tersebut...jangan kita hentam umnobn salah bila mereka buat....bila kita buat pula boleh....

Saya letak semula cerita itu di sini .....untuk ingatan buat saya:

Sepertimana kata Usamah bin Zaid r.a. (anak kepada Zaid bin Harithah) bahwa ketika Nabi marah apabila seorang wanita bernama Fatimah daripada Bani Mahzum ditangkap kerana mencuri. Lalu ada pula konspirasi yang nak cuba lepaskan Fatimah daripada hukuman had (hudud) kerana Fatimah ini adalah seorang bangsawan yang kaya.

Lalu Fatimah panggil Usamah bin Zaid, kerana dia tahu Nabi cukup sayang dengan Usamah sebab Zaid telah meninggal dunia. Anak angkat Nabi bernama Zaid bin Harithah telah gugur syahid dalam peperangan Mu`tah bersama Abdullah bin Rawahah dan Ja`afar bin Abi Talib. 3 orang sahabat ini gugur syahid dalam peperangan Mu`tah di sempadan Jordan, di mana Nabi telah bersabda, "Aku telah melihat ketiga-tiga mereka masuk syurga serentak apabila mereka mati syahid."…Jadi, bila Zaid mati, maka Nabi tumpahkan kasih sayangnya kepada Usamah, lalu perempuan itu pujuk Usamah supaya Nabi jangan kerat tangan dia.

Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar, kata Nabi,"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."…Maka di kala itu kata Usamah,"Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli."

Begitulah kisah ketegasan Rasulullah di dalam soal intergriti....

Saturday, November 14, 2009

Ini juga kekuasaan ALLAH......

Salam....

Tadi kita tengok kekuasaan ALLAH melalui burung-burung.....

tetapi ini pula kekuasaan ALLAH membongkar rahsia yang cuba diselindungkan melalui mulut orang lain.....

kalau alasan....bukan Hasan Ali atau Roslan SMS yang tidak bersalah kerana bukan dia orang yang menjemput blogger umno.....dan alasan takkan nak halau tetamu?

tidak logik.....

kenapa pula...bila perjumpaan Hasan Ali dengan kawasan2 , yang memang semestinya adalah AJK dan ahli....kena pula submit nama dan IC.....nama yang tiada tidak boleh jumpa? .....apa? tak percaya pada ahli PAS? atau takut pecah rahsia?

cuba baca link ini....

Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?

Inilah Kuasa ALLAH

Ditunjukkan hanya sedikit...



Thursday, November 12, 2009

Bai'ah Dalam Pas.....

Saya berminat untuk memetik dari blog "Perisik Rakyat" :

Mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.

Wednesday, November 4, 2009

PKFZ : PAC syor SPRM siasat bekas Menteri Pengangkutan

Cuba baca laporan ini.....betul ke SPRM akan ambil tindakan undang-undang secara serius atau nak berlakon juga???


Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ,Datuk Seri Azmi Khalid menjadi ‘ buruan’ para wartawan dan jurugambar di Dewan Rakyat pagi Rabu.

Ini kerana ada hal yang sensasi dalam laporan jawatankuasa mengenai isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sebelum itu baru saja diedarkan di Dewan Rakyat.

Hasil dari siasatannya keatas PKFZ yang telah selesai ia antara lain telah mengesyorkan suapaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Paduka O.C. Phang membabitkan pecah amanah
....


Kalau ada orang di belakang kata jangan..... SPRM apa boleh buat???

Tun Mahathir kata : Pendakwaan Rasuah hanya wayang kulit...!!!

Tun Mahathir kata : Pendakwaan Rasuah hanya wayang kulit...!!!

Ramai berpendapat tuduhan rasuah yang dikenakan kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri hanyalah wayang kulit untuk menunjukkan bahawa kerajaan 1Malaysia Najib komited membanteras rasuah. Sedangkan sebelum itu mereka memilih calon yang rasuah di Bagan Pinang......Ianya disokong sendiri oleh Tun Mahathir.


Selain itu mengapa Rahman Bakri sahaja yang dituduh sedangkan berbakul-bakul bukti dan laporan dibuat terhadap Khir Toyo tetapi beliau masih bebas tanpa sebarang tuduhan. Rumahnya yang berjumlah puluhan juta pun tidak disiasat.

Adakah ini sandiwara Umno/BN dan Rahman Bakri yang dijadikan kambing hitam untuk mensucikan imej Umno yang tidur bangun baringnya atas rasuah.

Berapa ramai lagi pemimpin Umno lain yang dilaporkan rasuah oleh PAS, DAP dan PKR serta Ezam (masa dia jadi kepala GERAK) semuanya terlepas.

Mengapa Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri tidak dihadapkan ke mahkamah setelah beberapa tahun perkara jijik itu dilakukan?

Jelas SPRM dan BN bersekongkol dalam hal ini. Pendakwaan dan pertuduhan terpilih masih diamalkan walaupun BPR sudah dinaikkan taraf menjadi SPRM.

Saturday, October 31, 2009

Ada siapa ADUN dan Ahli PARLIMEN dari PR yang nak keluar???

"Kita mempersilakan mana-mana Adun atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak yakin dengan perjuangan yang ada sekarang ini mengambil pendirian ‘bijak’ seperti beberapa orang sebelum ini. Kita tidak mahu Pakatan Rakyat dibebani dengan mereka yang inginkan perkara lain selain perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan menguburkan kebatilan..."

Kita barangkali langsung tidak terasa hati dengan langkah terbaru ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan diri keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas ( tapi menyokong BN?)....memang lebih elok dia berambus pun.

Banyak pihak dalam PR terutamanya pimpinan dan penganalisis politik berpendapat hanya mereka yang tahan ujian dan teguh pendirian sahaja yang akan terus menerajui bahtera Pakatan Rakyat hingga ke puncak kejayaan.

Ianya mesti dijadikan pengajaran kepada barisan pimpinan PR pada masa-masa yang akan datang agar setiap calon yang diketengahkan mestilah seorang yang benar-benar larut dengan perjuangan rakyat.

Jangan kerana seseorang itu lepasan tinggi universiti dalam atau luar negara, maka dia boleh memimpin. Silap!..... Kepimpinan yang baik tidak boleh diukur dengan sijil akademik semata-mata. Latar-belakang keagamaan , berprinsip , adil , bijak dan berkomitmen tinggi barangkali boleh dijadikan antara penanda aras utama dalam kriteria untuk menjadi calon pimpinan.

Juga jangan pula dipilih mereka yang hanya pandai bercakap! Cakap berdegar-degar tapi gerakerja di Kawasan dan Cawangan hancur!!!... Mereka hanya pandai mereka-reka alasan dalam banyak keadaan agar kelemahan mereka tidak kelihatan di mata ahli bawahan dan rakyat.

Jika mengharapkan kesenangan dan kemewahan dunia, Pas dan Pakatan Rakyat bukanlah medan yang sesuai untuk mengadu nasib. Lebih baik menjadi seorang manusia yang bermaruah dengan tidak memperjudikan amanah yang diberi oleh rakyat.

Kita mengharapkan secara professional dan gentleman agar semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal menetapkan pendirian.

Lebih baik perjuangan ini didokong oleh sedikit yang istiqamah daripada ramai yang tidak berprinsip! Siapa lagi mahu keluar???

Tuesday, October 27, 2009

Betul ke ni....Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Hj Azizan Abdul Razak tidak minat jawatan Presiden???

Saya baca blog....terbaca ni....

____________________________________
"Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak lagi berminat jika ditawarkan jawatan tertinggi parti setelah mengambil kira faktor usia dan kesihatan. Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, jawatan itu wajar diserahkan kepada pelapis yang lebih muda kerana mempunyai kekuatan dan semangat yang lebih tinggi.

Beliau berkata, eranya untuk memegang jawatan itu sudah berakhir dan kini lebih berminat menumpukan perhatian kepada pengurusan parti peringkat negeri.

“Tak payah nak fikir soal jawatan parti peringkat tertinggi. Tak payahlah nak bayangkan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Pas. Saya dah tak minat kerana dah tua, la ni dah masuk 65 tahun.

“Biar saya tumpu untuk memperkemas dan memperkasakan parti peringkat negeri Kedah. Itu pun dah mencukupi dengan usia saya sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas penutupan majlis Gotong-royong Perdana Daerah Kulim di Taman Mahsuri di sini, semalam.

Azizan diminta mengulas tulisan kolumnis Sinar Harian, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menyebut beliau adalah calon sesuai jika berlaku kekosongan jawatan Presiden parti kerana bersikap lebih terbuka dan mampu menguruskan parti peringkat negeri dengan baik dan cemerlang dalam analisis kekalahan Pas di Bagan Pinang."
__________________________________


Betul-betul ikhlas ke Bang Jan.....???

Dah tentu lah hoi...syok setakat jadi MB Kedah tu.... jadi Presiden PAS mana ada gaji dan elaun ??? nak kena ronda dan pastikan PAS dan orang bawahan dan jentera PAS betul-betul bergerak .....manyak kerja oiiii......silap-silap kena tuduh macam2 , macam sekarang ni TG Haji Hadi dituduh pula kata ada nak ber "muqabalah" dengan umno.....betul ke tidak tu lain cerita....

Tapi kerja jadi Presiden PAS ni bukan kecik anak hoi Bang Jan....hang pun tahu.....

Kan syok jadi MB Kedah sekarang nie kan??? Gaji dan elaun hang boleh cecah 60,000 ke 80,000 sebulan siapa nak kasi hoi......

Bang Jan kan pandai perintah dan bijak....tak macam negeri Selangor kecoh dan macam Perak dah lebur....... ha ha, kita kan abang adik.....

Sunday, October 25, 2009

Beza antara Jin dan umno...?

Saya bersembang dengan teman-teman, kebetulan nak minum teh singgah di kedai mamak....terbukalah cerita pasal teguran TG Nik Aziz....pasal beberapa orang pimpinan PAS yang didakwa senget ....dan pasal muqobalah yang tak sudah-sudah....

Ada seorang kawan, dia kata ....."saya tak kisah, saya boleh sokong mana-mana....nak UG pun boleh nak PR pun boleh....ikut hujah mana yang kuat.....sebab mereka semua pimpinan dan mereka tentu tahu mana nak pilih terbaik.....saya akan wala' sahaja..."

Saya cukup tak setuju....sebelum saya akan bontot dan blahhhh.....saya bangkang hujah dia.....mana boleh kira nak wala' kalau pimpinan salah.....habis kalau dia ajak masuk lubang ular pun mu nak ikut?

Tambah lagi......kita tahu jin tu tak boleh ikut...jin tu jahat......umno pun jahat serupa jin....tau

Kalau kita pi berubat orang yang kena rasuk jin....mana boleh kita ikut jin....? nak berunding sama2 dengan jin...jahanam lah..... kena jin ikut kita baru ok....kalau dia nak masuk Islam pun ok....kita terima.....dengan syarat jin tu ikut Islam....

Serupa umno.....kalau umno tu jahat....mana boleh kita berunding untuk sama2 dapat manfaat.....mampus macama tu.....dia jahat serupa jin hoi.....

Kalau umno nak ikut kita....PAS dan ISLAM.....ok , namun kita nak ikut umno.....haram kata saya......

Dan.....saya angkat bontot......tak percaya pasal ilmu jin ....tanya Harun Din?

Friday, October 23, 2009

PAS kena buat Mesyuarat Agung Luarbiasa???

Masalah berlaku dalam pimpinan PAS....teguran telah dibuat dalam blognya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan pandangan....selepas teguran dibuat oleh Dr Aziz Bari kepada PAS, dan juga beberapa masalah yang berlaku dalam pimpinan PAS seperti apa yang berkaitan dengan Hassan Ali, TG Hj Abdul Hadi dan Nasharudin Mat Isa.

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam , timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sunday, October 11, 2009

Faktor PAS Tewas Di Bagan Pinang.......

Seperti yang kita jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang, selain budaya yang diterap oleh Umno iaitu budaya wang, samseng, ugut mengugut...iaitu:

1. Calon Pas bukan anak tempatan, ni yang pelik.....kerana pegangan ke"suku"an orang Negeri Sembilan ni pelik.....sedangkan dalam Islam tiada isu ini....tetapi nak buat macamana orang Pas juga pelik, ketika isu calon di Kuala Terengganu yang nakkan calon tempatan.

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian lebih terperinci.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Sebahagian pemimpin datang untuk berceramah atau tidak .....setengahnya untuk menonjolkan diri.

5. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

6. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

7. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????

Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya.

Selama nie PAS duduk bergantung harap dgn Cina dan India untuk kalahkan umno.....tetapi lupa India dan Cina nie lah yang dapat memberikan semua ustaz-ustaz memerintah dan mengajar kuliah-kuliah di masjid yang dulunya umno pegang.....

Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Teruskan perjuangan....

Sunday, September 6, 2009

Isu Pembinaan Kuil dan Provokasi Umno/BN???

Saya dapat dari FACEBOOK....utk tatapan bersama:


SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA....

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan ‘silent majority’ perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan
Ahli Majlis MBSA, PSM .

Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya N31 ....macam2 teori pulak?

Saya terbaca di tempat atau blog lain.....

Biasalah macam2 orang boleh ber "teori"........

"PRK N31 kali ni memang unik, bukan saja yg ke 9 dan di negeri 9..kekosongan juga berlaku dalam bulan 9 (September), dan berlaku dalam bulan Ramadan (bulan ke-9 kalendar hijrah). kebetulan sekarang pun kita berada dalam tahun 2009. saya terjumpa fakta ni dalam tranungkite versi 9
mungkin inilah talian hayat UMNO 999..."

Tapi...esok siapa nak turun dan nak buat kerja?

Kita tengok.....dan lihat!!!

Wednesday, September 2, 2009

Lagu apa nie......

Lagu apa nie......cuba dengar elok-elok yea.

Mamula Moon

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE


dan cuba yang ini pula :


Terang Bulan by Anneke Gronloh

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE

Tuesday, August 4, 2009

Calun Permatang Pasir......

Salam semua.....lama juga tak menulis, maklum lah pening selepas muktamar dan pilihan raya Manik Urai....

Kemudian letih juga lepas demo Mansuh ISA hari tu....maklumlah main cak-cak dan kejar2 dengan polis.....he he he

Tapi sebelum tu, berlaku peristiwa seorang DUN dari PAS meninggal dunia....iaitu di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Jadi dah mulalah orang bercakap siapa penggantinya....macam2 nama disebut sebagai calun2

tapi kekadang orang yang bercakap nie ikut suka...dan bukan berfakta.....

Adalah yang mencadangkan Hj Mohamad Sabu.....

dulu masa Tok Guru kata utk Kuala Terengganu.....tak beri, kemudian Tok Guru cadang Bukit Gantang....pun orang tak beri.....

sekarang ni....bila DUN pula nak cadang lagi Hj Mohamad Sabu lagi......dah lah tu DUN pula tu......

Hj Mohamad Sabu...adalah tokoh NASIONAL.....dia bukan sesuai utk duduk di DUN....nanti jadi macam tok siak jer.....

ada ker pula , yang kata kalau Hj Mohamad Sabu menang di DUN nie....nanti boleh jadi exco pula......hoi orang PAS.....!

hangpa faham tak?.....PAS menang satu kerusi jer kat Penang tu....mana boleh minta exco...

kat Kedah ....DAP menang satu kerusi DUN gak.....PAS tak mahu kasi utk jadi exco....

jadi kena adil lah....

tak kan....nak create satu exco baru pulak......mana boleh hoi......

kita di Penang menang minoriti jer....jadi jangan eksyen tau.....

DAP tak kacau kita guna masjid dah kira okey lah.....

buat lah kerja elok2 jaga masjid semua tu.....berdakwah cara elok2

esok kalau rakyat....terutama orang Melayu dah berubah dan boleh sokong PAS

barulah kita boleh dapat kerusi DUN lebih.....baru boleh "demand"

kalau tak.....jangan harap lah....dan jangan jadi angan2 mat jenin

macam kata TG Hj Hadi dulu.....

Monday, August 3, 2009

Siapa nak check.....pencacai Mohd Khairul Azam ni?

Demo dah habis......tapi siapa nak buat kerja yang ni pula?
Siapa nak check.....pencacai Mohd Khairul Azam ni?

Dipetik dari MalaysiaKini:

Pro-ISA gesa polis tahan Anwar, Hadi dan Kit Siang

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.

Sunday, July 12, 2009

Aduhai Jamaah Tabligh......

Semalam berkumpullah seluruh Jamaah Tabligh satu dunia di Malaysia , bertempat di Nilai....

Ada yang kata 100,000 .....ada yang claim 150,000 dan ada pula berita 200,000 ....takpa lah ramai mana pun.....

Tapi sedarlah wahai sahabat-sahabat ku.....kalian semua tak mahu menyokong atau bergerak bersama PAS.....kalian semua tak mahu campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.....kalian semua tak mahu memahami dan mencampuri urusan Sahsiah Politik...sedangkan dalam Islam ...Nabi Muhammad S.A.W juga ada mengajarnya.....

Jadi , kalau tak mahu ....ertinya kalian menyokong umno/bn

Sebab tu lah ......Najib dan Muhyiddin datang ke majlis atau program kalian.....

Apa nak buat hoiii....kalau dah mereka sokong kalian....ertinya kalian juga menyokong mereka....itulah bijaknya politik mereka, sebab berapa ratus ribu orang yang hadir juga adalah sasaran pengaruh kepada politik umno/bn

Tapi, kalian tak mahu faham......

Kalau kalian nak kan satu kapal kitab pun mereka akan hantar kepada kalian.....asalkan jangan masuk campur urusan politik.

Kalau pun kalian nak kan satu bangunan sebesar stadium pun , mereka akan buatkan untuk kalian....asalkan jangan masuk campur urusan politik.

Ahli-ahli PAS yang masih duduk kat Jamaah Tabligh ni ....takkan tak faham2

Takkan tak boleh tarik mereka sama2 keluar dan bersama dengan PAS?

Sedarlah wahai sahabat-sahabat ku Jamaah Tabligh.....

Wednesday, July 8, 2009

Nak pi demo ISA......atau tak payah pi???

PERTAMA, demo BERSIH dah pun berjaya, paling tidak 5 kerajaan negeri dulu dah tumbang, walaupun ada kata 6 sepatutnya.....itulah pandai umno/bn buatkan Wilayah Persekutuan jadi asing dan walaupun dia tinggal satu kerusi tetapi Pakatan Rakyat tak boleh ambil....

Walau juga , satu negeri dari 5 yang dah kita ambil dulu, dah tumbang kat umno/bn semula.... Itulah pandainya umno/bn memainkan isu dan cara politik.....walaupun cara jahat dan tak ikut cara yang tak betul....itulah kejahatan umno/bn

KEDUA, demo PROTES .....berjayalah juga , walaupun sebenarnya harga minyak nie ikut harga pasaran dunia gak....berjayalah juga "claim" RM650 (pada yang ada kereta seluruh negara) dan "maintain" juga harga minyak kemudiannya....walaupun ada yang ke mahkamah seramai 45 orang , yang sehingga kini kes tu pun tak habis lagi......

KETIGA, demo MANSUH PPSMI .....semalam 8 Julai 2009, akhirnya berjaya mendapatkan keputusan dari Kerajaan dan Kementerian berkaitan untuk memansuhkan PPSMI menjelang 2012....secara berperingkat, akhirnya Kerajaan akur dengan permintaan rakyat dari semua golongan....dan Alhamdulillah tak ada yang kena tangkap....

KEEMPAT, demo MANSUH ISA.... ha ....yang ini , yang sekarang pening nie....tak ada pun "move" atau menggerakkan secara bersungguh2.....dulu masa pelancaran asalnya Ketua Pemuda PAS masa tu YB Salehuddin Ayob sanggup untuk memikul beban menjadi kepalanya.....

Jadi sekarang ni, Ketua Pemuda yang baru Nasaruddin Tantawi dah dilantik dan diberi amanat oleh seluruh pemuda-pemuda PAS, takkan tak sanggup nak pikul beban kot? Kalau tak sanggup ...maknanya anda tak layak duduk di situ....

Dah pula tu....cabaran kali ni, memang cukup hebat untuk menggerakkan rakyat.....bukan mudah tau.....Hj Mohamad Sabu dah tak jadi Naib Presiden.....takkan Naib-naib Presiden dan Timbalan Presiden yang ada tak ada kuasa atau takda pengaruh untuk nak menarik rakyat semua turun demo Mansuh ISA ni?....khususnya ahli-ahli PAS.

Takkan takut cabaran nak kena tangkap.....? Kalau dulu kata Hj Mohamad Sabu biasa kena tangkap.....habis tu sekarang hang pa semua dah ada kuasa kat atas-atas tu...takkan takut kena tangkap pula??? Bukan masalah Hj Mohamad Sabu merajuk....tetapi sekarang dia bukan ketua...tak kan dia nak beri pengarahan kepada pimpinan-pimpinan agar turun? dan mengepalainya lagi? tentulah pemimpin dan ketua-ketua yang ada sekarang....

Tapi....sebenornya....kesan kepada mainan umno/bn yang PAS nie nak berlembut , bermuzakarah dan bermuqobalah nie....ada kesan. Bahawa rakyat mengambil kira bahawa umno/bn nie dah baik kot....??? Kita kena berdakwah jadikan mereka baik.....

Kalau dah nak berlembut , bermuzakarah dan bermuqobalah ......nak buat apa turun demo lagi??? esok kalau dah berunding elok2 .....besok mansuhlah ISA tu.....jangan risau lah...

Itulah , sebenarnya masalah sekarang....hati dan perasaan rakyat dan mula lembut semula. Mereka mengharapkan perubahan untuk mansuh ISA ni agar dapat dirunding di atas meja.....

Jadi, kepada semua pimpinan PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat kena ingat.....!!! Tuan-tuan semua adalah dilantik dan diberikan amanah oleh semua ahli PAS, ahli parti yang lain-lain dan rakyat umumnya untuk berkorban dan bekerja untuk kepentingan rakyat semua.....bukan untuk menjaga perut, bawah perut dan poket-poket tuan-tuan.

Keadilan ISLAM harus terus diperjuangkan......

Monday, July 6, 2009

Rumah Khir Toyo RM24 juta di Shah Alam....Rumah Pimpinan PAS?

Muhammad Arif Ismail
Mon | Jul 06, 09 | 4:28:58 pm MYT

SHAH ALAM, 6 Julai (Hrkh) - Rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Bin Toyo dekat sini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.

Nilai ini adalah lebih mahal daripada harga istana idaman yang dimiliki oleh Allahyarham Datuk Zakaria di Klang yang dibina di tengah-tengah perumahan rakyat.

Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.

Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.

Kedua-dua tanah ini mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang bermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 dan ia didaftarkan dibawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zahrah Kechik.

Demikian fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemui selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.

Katanya, harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta.

"Harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Persoalannya, saya bukan ada hasad dengki atau pun iri hati kerana beliau memiliki rumah sebesar ini.

"Tetapi sekiranya, dia mampu dan memiliki kekayaan dari sumber yang halal, saya tiada masalah malah saya ucapakan tahniah.

Image "Apa yang saya nampak sebelum ini, dia merupakan seorang doktor gigi biasa," katanya

Apabila lapan tahun katanya, dia menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, dia mampu untuk membina sebuah rumah sebesar itu.

"Setahu saya sebagai seorang penjawat awam, Menteri Besar Selangor tidak boleh berniaga dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan termasuk semua Adun dan Speaker," katanya.

Menurut beliau, gaji Menteri Besar hanya RM48,000 yang meliputi semua elaun dan makan minum dan gaji pembantu semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan ini bermakna gaji seorang menteri besar alam tempoh setahun sebanyak, RM576,000, gaji Khir Toyo sewaktu menjadi menteri besar.

Katanya, selama lapan tahun gaji keseluruhan yang beliau dapat dalam masa lapan tahun RM4.7 juta termasuk 'interest', belum tentu dapat mengumpul kekayaan sebanyak itu.

Beliau mendesak Khir Toyo beri penjelasan mengenai isu ini, daripada jumlah ini, bolehkan memiliki banglo sebesar ini. Dari mana sumber, rakyat nak tahu, sebab kerajaan negeri Selangor yang baru ini sedang mengamalkan dasar ketelusan.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, tidak perlu membuat laporan di SPRM.

"Saya tak perlu lapor sebab secara peribadi saya tidak berapa yakin dengan keberkesanan dan peranan badan itu dan apa yang saya nampak sebelum ini banyak mengecewakan. Biar rakyat yang memutuskan, terpulang kepada budi bicara SPRM untuk menyiasat atau tidak," katanya.

_____________________

Tapi......kalau dalam Islam kita kena berlaku adil.....jika kita bongkar kisah pimpinan umno yang bermewah2....

Adakah kita kena biar pimpinan PAS juga boleh bermewah2......
walau tidak layak atau tidak sesuai dengan pendapatan seseorang pemimpin itu???

Saturday, July 4, 2009

Babi......Haram.....

Dalam Islam.......Babi adalah haram , haram disentuh , haram di makan , haram dipelihara .....kerana apa? Hukum dalam Islam ada sebabnya....antaranya, ia menyebabkan penyakit dan berbagai-bagai penyakit.

Jadi kalau dah babi tu haram....dulu kecoh sebab pelihara babi secara haram.

Jadi kalau babi dah haram...sekarang pula kecoh tempat sembelih babi pun haram.

Sekejap hari tu juga kecoh...kerajaan haram, menteri besar haram dan speaker haram.

Tapi kalau dah perintah lebih 50 tahun, tak tahu nak selesaikan masalah dan tak tahu nak guna kuasa untuk selesaikan tempat penyembelihan babi yang haram nie.....namanya HARAM JADAH

Dan kalau juga baru perintah pula, tak tahu nak berunding....cuba pula nak tunjuk kuasa, elok2 tak berpecah...jadi berpecah, kerana tak mahu berunding dan tolak ansur, cakap pun sombong dan lagak.....tak boleh nak bertempoh walaupun boleh ditangguh dari sebulan ke dua atau tiga atau empat bulan.......juga ini namanya HARAM JADAH

Friday, July 3, 2009

Istilah anugerah gelaran pangkat dalam Islam

Saya nak menyentuh sedikit tentang anugerah gelaran atau pangkat dalam Islam, bukan mempersoalkan tentang pemberian dari Istana kepada seseorang. Kalau ada pemberian dan ada yang ingin menerima terpulang kerana itu hak masing-masing dalam menilai sesuatu gelaran atau menerimanya.

Bukan apa, kerana biasa kita dengar ada gelaran2 Dato' ni pula ada yang di jual beli dan menjadi bahan perniagaan pula. Dan akhirnya kadang-kadang pula Dato' ni pula yang mencemarkan nama dan anugerah ini, seperti menjadi ahli perniagaan yang menipu serta mengaut keuntungan dengan membohongi orang ramai dengan gelaran Dato' ini.

Selain itu ada juga Dato' ini pula yang membuat sesuatu perlakuan sumbang, membuat kesalahan jenayah dan banyak lagi.

Jadi dalam PAS ini juga ada yang kemaruk dengan gelaran Dato' ni. Saya tak tahu macamana nak kata, sedangkan dalam Islam kita di ajar semulia-mulia hamba ALLAH itu adalah yang bertakwa dan beramal sholeh. Bukan kepada gelaran itu. Jadi kalau kita di ajar dan kita mengajar orang lain tetapi kita tak buat seperti apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri .....macamana agaknya ye?

Kita boleh lihat [ ini sebagai contoh sahaja......] yang mana lebih mulia antara Tan Sri Rahim Tambhi Cik dengan Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat? Kalau ikut ranking tentulah Tan Sri lebih tinggi dari Dato' kan? Tetapi dalam serba serbi latarbelakang tentulah kita tak setuju, kerana TG Nik Aziz Nik Mat adalah lebih baik dan lebih mulia dari Rahim Tambhi Cik itu.

Tetapi itulah nilaian masyarakat kita akan melihat anugerah dunia itu lebih mulia.....dan masing2 juga berebut untuk mendapatkannya.

Cuba kita lihat lagi [ ini juga sebagai contoh sahaja.....] adakah sama antara Dato' Sharifah Aini, Dato' Siti Norhaliza, Dato' M Daud Kilau, Dato' David Arumugam, Dato' Khatijah Ibrahim, Dato' Jalil Hamid ......dengan Dato' Abu Bakar Cik, Dato' Harun Din, Dato' Harun Taib, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Kamarudin Jaafar, Dato' Hassan Ali, Dato' Mustapa Ali .....dan lain2 lagi.

Harap2 semua ini di renung-renungkan.....jangan lah tergadai maruah agama kerana untuk gelaran di dunia.

Tuesday, June 30, 2009

Tulisan berkenaan dengan iklan di Harakahdaily...tapi masih lembab?

"Tulisan Polis Pencen berkaitan ulasan beliau mengenai iklan di Harakahdaily dalam artikelnya "Harakahdaily masih lembab dan belum memuaskan" menarik perhatian....



Saya telah membuat sedikit penyelidikan mengenai fakta-fakta yang disebut secara langsung oleh Polis Pencen bagi memastikan kebenarannya. Saya juga membaca beberapa artikel lain di lamannya yang banyak mengkritik harakahdaily di http://polispencen.blogspot.com

Iklan Harakahdaily di kendalikan oleh satu syarikat bernama REDREBANA NETWORK SDN.BHD.(806281-W) yang di alamatkan di 51 B,SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA Telephone: +6 03 6189 5373 FAX: +6 03 6189 6373 E-mail: sales@redrebana.com.

Syarikah ini menggunakan akaun atau nama Hajat Karisma Sdn. Bhd.
No. : 1402-3010-03-7864 (BIMB) dan Dignity Works No : 1461-0000-69-0052 (CIMB) atau Dignity Works No : 564799106562 (Maybank) menggunakan fax 603-6189 6373 or email to sales@redrebana.com

Harga iklan di Harakahdaily adalah seperti berikut:-

T/Depan FP - RM 2300/seminggu
T/Dalam IP - RM2000/ seminggu
Adv [A] ROS - RM2300/ seminggu
Adv [B] FP - RM1600/ seminggu
Adv [C]FP - RM2000/ seminggu
Adv [D] IP - RM1600/ seminggu
Adv [E] IP - RM1200/ seminggu
Premium A - RM3200/ seminggu
Premium B - RM1500/ seminggu
Skrol Teks - -
Iklan Teks - RM150/seminggu
http://www.redrebana.com/order.php

Mengikut maklumat yang sah syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD diberitakan komisen sebanyak 40% daripada hasil iklan di Harakahdaily.

REDREBANA NETWORK SDN.BHD juga membuat iklan yang sama untuk laman (blog) iaitu blogspot http://msomelayu.blogspot.com (Mohd Sayuti Omar) . Saya semak di laman kedua-dua ini tak dimaklumkan secara khusus. Inipun ada sedikit kemusyikalan.

Hasil Penyelidikan saya ada beberapa keraguan mengenai iklan ini?

1. Syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD bekerja untuk Harakahdaily dengan bayaran komisen tetapi wang pembayaran dibayar kepada syarikat ini. Sepatutnya Harakahdaily yang mengawal pendapat wang dan membayar komisen kepada syarikat ini. Tapi terbalik syarikat ini mendapat wang dan mebayar kepada Harakahdaily daripada hasil kutipan iklan. Apakah Harakahdaily tahu banyak mana duit masuk? Itu adalah keraguan yang amat besar.

2. Kenapa kutipan yang besar ini diserahkan kepada syarikat tander? Adakah Harakahdaily tak mampu untuk mengendalikan iklan ini. Susah sangat ke?

Cuba kita bayangkan satu iklan berharga RM3200 seminggu. Banner iklan free sekiranya tempahan untuk sebulan, ini bermaksud RM12,800.00 untuk sebulan. Syarikat ini tak perlu seorang yang mahir grafik pun. Dia boleh upah seseorang untuk buat banner. Katakan dia bayar harga RM1000.00 untuk satu reka bentuk banner (Saya rasa ini bayaran paling mahal - kerana harga biasa sekitar RM100 - RM200 sahaja). Syarikat ini memperolehi pendapatan sebanyak RM4720.00. Itu baru satu iklan. Bayangkan Harakahdaily mempunyai berapa iklan?

REDREBANA NETWORK SDN.BHD sekadar duduk sahaja di kerusi boleh mendapat pendapat sehingga sekitar RM40,000.00 sebulan. Saya setuju dengan Polis Pencen.

Kenapa Harakahdaily bodoh sangat boleh memberikan kerja mudah ini dan pendapatannya yang besar kepada syarikat ini, REDREBANA NETWORK SDN.BHD. Satu pertanyaan yang perlu kita jawab bersama. Adakah pereka grafik tidak ada di Harakahdaily dan Harakah cetak? Atau satu perkara lain yang diluar akal kita berfikir?

Siapa sebenarnya di belakang syarikat ini? Dato' Mustafa Ali (Pengerusi), Dato; Kamaruddin Jaafar (Pengarah Urusan) atau Ahmad Lutfi Othman (Ketua Editor)? Sebagai Ahli PAS kita semua kena siasat.

3. Saya membuat pertanyaan secara rambang kepada beberapa penulis dan wartawan Harakahdaily mengenai perkara ini. Sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahuinya.

4. Apa pula kaitan Mohd Sayuti Omar dengan Syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD ini sehingga Blogspotnya berada bersama-sama dalam kumpulan iklan Harakahdaily?

Pendapat saya mengenai hasil pendapatan iklan harakah

Malangnya pendapatan hasil iklan yang besar tidak dikecapi oleh mereka yang bertungkus lumus dengan Harakahdaily. Sedangkan wang pendapatan ini boleh memajukan Harakahdaily untuk setanding dengan akhbar-akhbar internet lain.

Harakahdaily tidak perlu lagi suntikan daripada Harakah cetak kerana mampu untuk menguruskan pemberlanjaan kakitangannya sendiri. Memberikan gaji yang lebih selesa kepada pekerjanya agar Harakahdaily boleh mengemaskini laman sepanjang masa.

Dengan wang ini juga, harahdaily boleh menambah pekerja khas bagi menjalankan operasi harakahdaily yang lebih mantap.

Perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Sesuatu perlu dibuat agar kekusutan yang dinyatakan di atas dijawab dengan maklumat yang benar.

Maaf jika penulisan ini menguris nama-nama disebut.

Ahmad Said
Kajang

Wednesday, June 24, 2009

Dah selesaikah cerita UG???

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita nak cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita kena check.....semua ahli kena check......Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri untuk jawatan Timbalan Presiden....? bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Tuesday, June 23, 2009

USTAZ FADHIL MOHD NOOR DALAM KENANGAN.....

Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor.

Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.

Kini tujuh tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.

Pimpinan PAS sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli turut merasainya.

Almarhum sangat dikagumi dengan kehebatan dan kepintaran memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.

Kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Almarhum juga dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Ahli PAS dan pimpinan PAS perlu sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Dikalangan pimpinan muslimat menyifatkan Almarhum cukup `friendly’ walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti. "Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan’ jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami,"

Kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.

"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah,"

"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan..."

Saturday, June 20, 2009

Tolak gelaran Dato' ................

Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Thursday, June 18, 2009

Dakwah kepada Firaun?

Banyak perbincangan termasuk dalam muktamar yang baru lalu berhujah, agar hujah2 tersebut sesuai utk jawapan kepada UG ini.....antaranya berdakwah kpd umno, sehingga ada yg membuat contoh Nabi Musa berdakwah kpd Firaun.....

Tetapi jangan lupa....Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri....tapi Baginda berdakwah utk meminta Firaun ikut Baginda.....bukan Baginda ikut Firaun....sehingga Baginda mengatakan bahawa Firaun adalah "TAGHUT" ....dan bila Firaun terlalu marah dan tak boleh terima di burunya Nabi Musa hingga menyeberangi laut....

Dan dalam dakwah kepada Firaun pula dalam istana nya ada Masitah dan Asiah.....yang menyokong Nabi Musa....tetapi dalam umno ada gak Masitah tapi ada Rosmah....jadi kena ingat......

dan cuba ingat semula Amanat Hj Hadi dulu:

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!

KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!

KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!

MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!

UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!

DERMA KITA ADALAH JIHAD!

DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA

BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!

KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!

KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!

KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!

TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!


Mudah2an kita terus jadi orang yang berfikir......

Wednesday, June 17, 2009

Jangan Lompat Keluar Kapal/Bahtera....

Baru2 nie dalam ucapan penggulungan Presiden PAS di muktamar ke 55 ada menyebut... Bahawa PAS adalah satu bahtera atau kapal yang telah berjalan lurus menuju haluan yang tepat dan betul. Jadi sesiapa yang keluar atau cuba melompat keluar dari bahtera tersebut maka dia akan rugi....

Barangkali hanyut atau mati dibedal arus luar....dalam lautan yang besar...

Saya amat bersetuju betul dengan pernyataan TG Haji Hadi tu.......

TAPI........ maaf TG Haji Hadi bukan kerana tak walak dengan tuan hamba....tapi ingin menegur tuan hamba...

Kapal kita sekarang nie.....telah bocor, atau ada kerja2 mengorek lubang dari dalam kapal nie.....dan juga ada kerja memecah bahagian kapal dari dalam....barangkali enjin kapal juga mahu dirosakkan oleh seseorang atau lebih dari dalam kapal nie.....

Jadi TG Haji Hadi kena dengar kata kapten yang kita telah sama2 lantik iaitu TG Nik Aziz lagi berkuasa dari tuan hamba.....

Samada....kita kena tangkap orang....atau orang2 yang membuat onar di dalam kapal ini ....untuk dihukum atau dibuang keluar dari kapal nie.....

Sebelum bahaya kepada kapal atau bahtera kita...sebab nanti kapal atau bahtera kita akan karam.......

Nescaya akan punah kita semua atau karam di tengah lautan.....dan kita semua tak sampai ke destinasi kita........

Saturday, June 13, 2009

Walak pada pimpinan? Siapa menipu siapa?

Pohon maaf pada semua pimpinan dan juga semua ahli PAS.....

Bukan niat untuk hasad dengki atau mahu memperjatuhkan tuan2.....tetapi sekadar menegur sekiranya tuan rasa , kita perlu berfikiran terbuka.....

Mukatamar telah berlalu, tetapi hati ini masih pilu dan sedih.....mengapa?

Kita di ajar untuk taat dan patuh atau walak pada pimpinan selagi tidak mengajak kepada maksiat....itulah kata2 naqib atau pimpinan kita....

Tapi kena ingat .....dalam PAS , Mursyidul Am adalah tertinggi selain Majlis Syura. Jadi kalau TG Nik Aziz terlalu marah dan tidak setuju dengan kerajaan perpaduan (Muqobalah) kenapa kita tidak taat. Kenapa Presiden dan Timbalan Presiden tidak walak.....

Kalau ketam nak ajar anaknya berjalan betul, tetapi ketam tu sendiri berjalan senget macamana? Kalau kita suruh orang bawah taat dan walak....tetapi pimpinan tak buat, jadi siapa sebenarnya yang perlu diikut?

Kita malu sebenarnya....bila orang kafir seperti Lim Guan Eng menyebut TG Haji Hadi perlu memohon maaf bukan setakat pada DAP tetapi perlu mohon ampun pada Tuhan (ALLAH) .......apa dah jadi?

Siapa yang bohong siapa sebenarnya.....

Kalau pun Lim Guan Eng tu berlakon untuk kepentingan politik, itu takpa sebab dia kafir......sepatutnya kita yang Islam kena memberi contoh yang baik....dan kita yang Islam juga kena buat lebih baik daripada orang kafir......

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Pegawai Tabung Haji......

Semalam saya bersembang-sembang dengan kawan-kawan pasal kerajaan perpaduan ni....

Dalam sedang berbincang, datang seorang kawan yang kami panggil Abg Haji.....jadi dia mencelah...

"Macam ni ceritanya......dalam kita mengerjakan ibadat haji melalui Tabung Haji ni, ada beberapa pakej..... pakej harga minima, pakej harga sederhana dan pakej harga yang mahal"

Sebenarnya tujuannya semua satu....iaitu untuk mengerjakan Haji ....mengadap ALLAH TAALA. Tapi bila berbeza-beza pakej....dan tentulah layanan dan habuan pakej berbeza....

Jadi bila berada di tanah suci sana....jemaah berkumpul , maka bertemu di antara satu sama lain .....bila cerita sesama mereka dan bersembang, tentulah masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing dan juga layanan masing-masing di sana.....cerita tempat tinggal, cerita makanan dan cerita pengangkutan....

Tentu ada perbezaan di antara satu sama lain.....bukan itu sahaja, ada juga layanan yang tak sepenuhnya tertunai dan tak lengkap.....dah tentu lah ada komen dan rungutan kerana apa yang dijanjikan tak sama dengan apa yang dapat....

Jadi.....pegawai-pegawai Tabung Haji ni lah yang berperanan dalam taklimat-taklimat sebelum jemaah haji ni pergi ke tanah suci.... Kita kena bersabar, kita nak pergi beribadah.....jangan ada terasa hati, jangan marah, jangan cakap kotor, jangan ada maki memaki dan tidak membuat sesuatu yang tak baik....

Semuanya untuk membuat para jemaah akur dan tidak memberi komen apa-apa yang tak baik....di antara satu sama lain...

Jadi , sekarang nie sama sahaja saya tengok dalam PAS.....pemimpin dan ustaz-ustaz di suruh memberitahu kepada orang bawahan serta ahli-ahli PAS, jangan bertindak seperti demikian.... semuanya kena akur dan walak pada pimpinan..... apa yang pimpinan buat semua terbaik untuk parti....

Jadi , pemimpin setengahnya dari kalangan ustaz-ustaz ni di ajar untuk menjadi seperti pegawai Tabung Haji......terutamanya dalam isu kerajaan perpaduan....

Bantahan kerana tidak setuju dengan "USUL PAS"

Kita kena berhati-hati dan menerangkan dengan sebaik mungkin agar tidak ada kekeliruan.....

Yang pasti SIS mesti dihapuskan dan masyarakat di luar faham kenapa....?

_______________________


Kenyataan Ahli Parlimen Klang.
Charles Santiago, DAP.

Sahabat sekalian,

Sila menyertai saya dalam menyokong kenyataan berikut dengan tujuan melindungi dan menggalakkan pernyataan serta pendapat-pendapat alternatif.

PENYATAAN BERSAMA OLEH PERSATUAN-PERSATUAN SIVIL MALAYSIA TERHADAP RESOLUSI PAS UNTUK MENGHARAMKAN SISTERS IN ISLAM

Kami penandatangan di bawah amat terganggu dengan usul Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mahu agar Sisters in Islam (SIS) diharamkan dan ahli-ahlinya dipaksa menjalani proses pemulihan jika aktivitinya didapati bertentangan dengan Shariah Islam. Pada hemat kami, dengan membuat usul sebegini, PAS telah pun membuat anggapan bahawa SIS harus diharamkan dan aktivitinya dihentikan.

Kami menghormati kebebasan ahli-ahli PAS untuk berpesatuan dan menyuarakan pandangan mereka. Sedemikian juga, ahli-ahli SIS atau ahli mana-mana pertubuhan lain harus diberikan jaminan atas kebebasan yang sama. Dalam hal-hal kepentingan awam, tiada satu individu atau pertubuhan pun yang boleh memonopoli hak menyuarakan pandangan.

Desakan untuk mengharamkan SIS dan memaksa ahli-ahlinya menjalani proses pemulihan adalah suatu tindakan yang mencabul kebebasan-kebebasan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Telah banyak terdapat undang-undang anti-kebebasan bersuara di Malaysia, justeru desakan PAS sebegini akan mengakibatkan ruang perdebatan awam yang sememangnya kecil menjadi terus tertutup.

Bagi menjadikan Malaysia lebih matang dalam mengamalkan demokrasi yang kita aspirasikan, amatlah penting agar konsep kepelbagaian dilindungi dan terus dipupuk, dan ini termasuklah kepelbagaian pandangan. Oleh demikian, adalah sangat penting kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, samada terhadap ahli-ahli PAS atau mana-mana pertubuhan atau individu lain, dihormati.

Desakan untuk mengambil tindakan terhadap SIS yang boleh mengakibatkan pengharamannya adalah tidak sejajar dengan retorik PAS yang mahukan Malaysia yang demokratik dan inklusif. Sebaliknya, desakan ini sama sekali tidak demokratik.

Kami ingin menekankan bahawa walaupun ahli-ahli PAS berhak menyuarakan pandangan mereka, namun desakan untuk mengharamkan SIS tidak boleh diterima langsung. Secara prinsipnya, tidak harus timbul persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan pertubuhan tersebut. Kepelbagaian pandangan mestilah dihormati dan sebarang perselisihan pendapat hendaklah diselesaikan dengan perbincangan yang matang dan membina.

Dengan ini, kami mendesak PAS untuk menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menarik semula usul terhadap tindakan ke arah pengharaman SIS.

Monday, June 8, 2009

Keputusan Pemilihan & Kerajaan Muqabalah

Baru lepas sudah keputusan pemilihan Muktamar ke 55.

Yang menang....menang, yang kalah...kalah.

Tapi sebenarnya, yang menang belum tentu dipersetujui oleh semua......begitu juga yang kalah belum tentu tidak mendapat sokongan penuh...

Kerana apa?..... maklumat tidak sampai betul ke akar umbi....

Perwakilan tidak sebijak mana semuanya.....ada yang pandai memilih dan ada yang cuma mengikut....mendengar kawan atau mendengar arahan pimpinan.

Yang pasti jumlah Hj Mohamad Sabu (261) dan Hj Husam Musa (281) adalah 53% , ianya lebih dari Ustaz Nasharudin yang hanya (480) peratusan 47%.

Ertinya juga ramai yang menolak Nasharudin dan juga kerajaan muqabalah yang dicadangkan oleh group2 ini.....

Salam perhatian buat semua......

Sunday, June 7, 2009

"Intailah aku sementara nampak......."

Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.

"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan," kata Hj Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.
Bacaan pantun Hj Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

Selain itu, beliau juga secara seloroh berkata "...pergilah pimpinan-pimpinan muda ke Parlimen, ke DUN dengan berpakaian kemas , cantik dan elok.....biarlah Abg Mat keluar masuk ke mahkamah...". Tegasnya lagi kerana keesokan hari (Isnin) beliau akan ke mahkamah kerana kes BERSIH selama 5 hari bermula 8-12 Jun 2009 dan pada 24-26 Jun 2009 pula untuk kes PROTES.

Saturday, May 30, 2009

Apa hala tuju calon Timbalan Presiden.....

Tiga orang calon Timbalan Presiden telah "confirm" bertanding. Masing-masing ada pendirian dan ada hala tuju......

Penyandang jawatan yang sedia ada ialah Ustaz Nasharudin telah "2" penggal menduduki tempatnya. Adakah banyak perubahan yang telah di bawanya? Banyak cerita telah kita dengar....? Ada yang mengatakan beliau "pro-muqabalah". Sehinggakan orang luar parti pun dah tahu...antaranya pihak media luar pun tahu.

Soal benar atau tidak, soal ianya fitnah atau tidak? Ianya perlu difikirkan oleh setiap perwakilan yang akan menentukannya. Perwakilan wajib mencari jawapan kepastian. Bukan hanya mengikut arus yang diperkatakan. Bukan mencari kepastian atau jawapan dianggap tidak "Walak".

Sebab kita perlu memilih pemimpin yang kita kenal pasti siapa dia dan layaknya dia. Bukan hanya menurut dan akur kepada apa orang lain kata......

Calon kedua ialah Hj Mohamad Sabu, ianya mempunyai banyak pandangan dan sudut yang perlu kita fikirkan bersama. Dia telah banyak menaburkan bakti dan dirinya kepada parti.....umpama menghambakan dirinya. Dia mahu membantu tugas-tugas Presiden. Hubungan antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dengan parti PAS ada dalam tangannya. Dia dikenali oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. NGO-NGO berhubung dengan parti PAS melalui beliau. Semuanya adalah untuk memperkasakan parti PAS. Mengukuhkan kedudukan PAS di mata masayarakat......merakyatkan PAS ke semua lapisan.

Kalau untuk berceramah, buat masa ini belum ada tokoh lain boleh mengalahkan beliau. Ribuan orang akan hadir untuk mendengar ceramah dan mendengar berita terkini daripada beliau samada berita dalam atau luar negeri.

Banyak perhimpunan diketuai dan antaranya yang dipimpin oleh beliau, BERSIH, PROTES, ANTI YAHUDI, PALESTIN, PPSMI dan lainnya. Ujian lain banyak lagi yang telah dilalui....ISA, penangkapan Polis, kes mahkamah .....semuanya demi perjuangannya untuk parti PAS.

Calon ketiga ialah Hj Husam Musa, beliau telah membuat kenyataan rasmi dalam sidang media untuk bertanding. Cuma agak terkejut juga bila kita tengok. Dalam parti PAS belum ada pengakuan seperti itu dibuat oleh seorang calon yang cuba melabelkan calon lain dalam sidang media. Beliau juga telah membuat kenyataan untuk membuat satu pembaharuan dan hala tuju dalam parti PAS.

Ini bererti , ia seperti cuba melawan apa yang sedang dibawa oleh Presiden. Sebenarnya agak janggal juga bunyinya. Biarpun setakat ini beliau juga dikaitkan dengan beberapa perkara seperti "Erdogan" dan juga lainnya.

Banyak perbandingan yang perlu difikirkan oleh semua perwakilan.

Terpulang kepada semua perwakilan untuk membuat pilihan terbaik untuk menentukan apa sebenarnya hala tuju parti PAS.....serta menegakkan dasar parti PAS.

Demi perjuangan......

Tuesday, May 26, 2009

Calon Timbalan Presiden PAS

Sah.....sekarang telah disahkan bahawa calon Timbalan Presiden yang akan bertanding dalam kerusi pemilihan ini pada 6 Jun 2009 ialah:
1. Hj Mohamad Sabu
2.Dato' Husam Musa
3.Ustaz Nasharudin Mat Isa

Ketiga-tiga tokoh mempunyai pembawaan masing-masing. Cuma berbeza pengalaman dan haluan mungkinnya.....

Itu yang menjadi persoalan? Adakah benarnya isu yang menjadi bualan.... yang mana seorang pro-muqobalah (uMnO) dan yang seorang pro-erdogan (AnWar) .....akan tetapi seorang sahaja yang tulen kepada PAS.

Beliau telah diuji oleh berbagai rintangan termasuk ISA, mahkamah, penangkapan polis dan juga segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Beliau terus berprinsip dan prestasinya kepada perjuangan PAS tidak pernah luntur.

Beiau adalah PAS tulen......

Beliau bercita-cita untuk meneruskan dan memperjuangkan dasar parti PAS, demi masa depan PAS......tidak lupa juga tetap mahu mengekalkan kepimpinan ulama (MAJLIS SYURA ULAMA) , kerana pada zaman mudanya lah kepimpinan ulama diperkenalkan.

Beliau juga mahu membantu tugas-tugas Presiden.....tugas apa?

Banyak yang perlu dilakukan , antaranya PAS perlu kepada sokongan NGO-NGO, masyarakat Cina, masyarakat India, masyarakat lain-lain campuran, golongan intelektual dan professional (seperti Dato' A.Samad Said dll), golongan-golongan muda dan tua , serta kerjasama dan pendekatan kepada parti-parti lain.

Kepada semua perwakilan PAS .....fahamilah , renungilah ......dan juga jangan tersilap pilih.

Selamat bermuktamar......dan memilih nanti.

Saturday, May 23, 2009

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING MUKTAMAR AGUNG PAS

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
01. Ahmad Awang
02. Azizan Abd Razak
03. Mohamad Sabu
04. Harun Taib
05. Hassan Mohd Ali
06. Husam Musa
07. Idris Ahmad
08. Kamaruddin Jaffar
09. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
01. Abdul Aziz Yaakob
02. Abdul Ghani Abdul Rahman
03. Abdul Ghani Shamsuddin
04. Abdul Halim Abdul Rahman
05. Abdul Wahab Ismail
06. Abdul Wahid Endut
07. Abdul Rani Osman
08. Abu Bakar Chik
09. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
01. Ali Maidin
02. Ishak Surin
03. Khalid Samad
04. Khalil Idham Lim
05. Mohd Rashidi Hassan
06. Mohd Taulan Rasul
07. Musanif Abd Rahman
08. Muzammil Hafizd
09. Syed Mohamed Syed Hassan

Wednesday, May 20, 2009

Kes Nizar Menang Atau Kalah?

Sepatutnya kes YAB DS Nizar memohon untuk menolak penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuatnya di Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Rayuan) dibuat pada 18 Mei 2009 yang lepas.

Tetapi mahkamah telah menangguhkan perbicaraan dari 18 ke 21 Mei 2009 ini. Keputusan akan dibuat pada 22 Mei ini..... Wah....bukan main cepat ye....kalau kes melibatkan pemimpin UBN cepat betul mahkamah menjalankan kes dan dalam sejam keputusan Hakim untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pun boleh dibuat.

Tetapi , kalau kes Pakatan Rakyat.....Hakim boleh main tangguh-tangguh.

Sebenarnya keputusan untuk YAB DS Nizar ni untuk menang pun payah sekali....tetapi kalau menang juga pun jadi payah....

Sebab apa, ingat UBN tu nak ke bubar semua DUN Perak untuk mereka hilang kuasa..... No Way Man!......kuasa Yeop..... Bukan rebut goreng pisang atau rebut buah dam hoiiii.....

Najib kata nak runding.... orang kata mungkin Najib akan ikut dan setuju untuk bubar 3 DUN yang rasuh tu..... Apa? ingat sikit ke dia orang keluar duit berjuta untuk bayar 3 orang hantu tu untuk lompat..... Dah tentu banyak! takkan nak korban balik 3 DUN tu....

Kalau piliharaya untuk 3 DUN berjalan..... confirm UBN akan hancur, dan kerajaan Pakatan Rakyat akan berkuasa semula.....

Ingat UBN boleh terima ke? UBN akan menggunakan segala apa yang dia ada baik kuasa atau duit untuk menggagalkan semuanya....

Yang penting UBN masih menguasai Perak dan mamak Zambry tu masih jadi MB......

Monday, May 18, 2009

Ulama Penggerak Demokrasi.....

PAS memang perlu dipimpin oleh para Ulama..... Jadikannya segala keputusan mereka boleh menjadi contoh dan ikutan oleh semua pihak....

Baik apa yang dikata , dibincang atau yang dicadangkan oleh Majlis Syura Ulama mestilah satu keputusan yang tepat.....

Bukan keputusan hanya seseorang atau hanya sebahagian kecil......

Keputusan mestilah sebulat suara keseluruhan Majlis Syura Ulama.....

barulah PAS akan kuat...... Ulama-ulama juga harus mendepani demokrasi


(Antara program Dewan Ulama' PAS Pusat bersama Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi)
Bertajuk : Ulama' dan Pencerdasan Umat Dalam Kehidupan Demokratik

Saturday, May 16, 2009

I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!
Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu)
* 16Mei 2009



* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA,
yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya
iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku.
(Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang
Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo
adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

Thursday, May 14, 2009

Ahli Parlimen UK dan Ahli Parlimen Kita

Baru-baru ni, saya melihat berita tengahari jam 1.30pm. Dalam berita tu menyebutkan masalah yang sedang berlaku kepada ahli-ahli parlimen di UK. Amalan pembaziran sudah mula berlaku.

Bukan apa, kalau tuan-tuan nak tahu di negara UK tu, memang mengamalkan ketelusan dan intergriti yang baik.

Cuba bayangkan ada beberapa orang parlimen yang dah mula membazir di UK telah dipanggil dan beri tunjuk sebab.

Tapi bukan apa, cuma beli sinki air untuk dapur rumahnya yang berharga 300 Pound dan juga membeli pasu-pasu bunga untuk hiasan rumah pun telah kena panggil.

Tapi di Malaysia, ahli parlimen kita beli kereta dan susun kat rumah macam pasu bunga pun tak kena panggil.

Belum lagi , beli rumah mewah banyak-banyak, tinggal di hotel-hotel mewah 5 star, naik kapal terbang business class, pergi melancung luar negara guna duit rakyat, beri projek mewah-mewah pada kroni-kroni dan seribu satu lagi pembaziran serta penyelewengan.

Tapi......ahli-ahli parlimen kita boleh, sebab Malaysia Boleh!!!!!

Sunday, May 10, 2009

Israel mahu mengganyang nuklear Iran



Benjamin Netanyahu Perdana Menteri baru Israel memberitahu majalah Atlantic bahawa Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran jika Presiden Amerika Barack Obama gagal melakukannya.

Benjamin seolah-olah meletakkan Obama dalam tekanan. Katanya, "bertolak ansur Obama dengan Iran dihormati tetapi jika ianya mengambil masa, kami terpaksa melakukannya sendiri. Tiada pilihan lain kecuali menghancurkannya".

IAEA mengesahkan keupayaan Iran membina nuklear bagi tujuan peperangan masih jauh untuk dicapai.

Namun bagi Israel, provokasinya untuk melihat Amerika dan negara-negara sekutunya menjalankan misi tersebut tidak kira apa kaedah digunakan.

Negara sekecil Israel melompat-lompat dihadapan muka pemimpin bangsa Arab seolah-olah tikus melompat dihadapan kucing yang tidak bergigi.

Sesungguhnya pemimpin bangsa Arab perlu menjaga Israel agar istana, kedudukan, kewangan dan kuasa mereka yang selama ini digunakan untuk berfoya-foya tidak diganyang Netanyahu.

Ahmadenijad Presiden Iran bukanlah dari kalangan pemimpin-pemimpin 'haprak' negara-negara bangsa Arab itu.

(eramuslim)

Ya......Semua mahu Ulama

Sebok , semakin sebok sekarang ni memperkatakan dan memperbincangkan tentang ulama , maklumlah dalam kes pemilihan jawatan no 1 dan no 2 dalam PAS.

Walaupun sebenarnya dalam PAS itu sendiri telah melahirkan ulama-ulama terkenal, tetapi masih lagi dipertikaikan antara ulama yang dikeluarkan dari universiti terkenal dalam dan luar negara dan ulama yang dikeluarkan pula melalui universiti terbuka PAS.

Apakah nilai secebis kertas lebih bernilai dari pengalaman dan tarbiyyah secara direct?

Walaupun sebenarnya, kita mengakui Kepimpinan Ulama yang dimaksudkan ialah perlunya kita menguatkan Majlis Syura Ulama itu sendiri menjadi sekuat-kuatnya pegangan kita.

Sehinggalah kita merasakan keputusan Majlis Syura Ulama itu berkuasa hinggalah ke tahap boleh memanggil atau memecat Presiden atau Timbalan Presiden sekiranya mereka telah melanggar arahan dari Majlis Syura Ulama ( dan juga kepada semua AJK PAS Pusat , serta kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya ).

Mana boleh nanti......Presiden pula yang panggil Majlis Syura Ulama mengadap untuk memberikan penerangan kepada Presiden. Itu dah terbalik.....

Tapi , saya memang setuju kalau nak Ulama jugak....

Tapi...... Ustaz Azizan dan Ustaz Nasharudin , cuma ustaz.......dia orang bukan ulama lagi

Kalau ada Ulama lain yang hebat saya akan sokong , .......tapi kalau Ustaz Azizan dan Ustaz Nasharudin bukan ulama.....

Tuan2 nak tahu check la sendiri.....