Saturday, May 30, 2009

Apa hala tuju calon Timbalan Presiden.....

Tiga orang calon Timbalan Presiden telah "confirm" bertanding. Masing-masing ada pendirian dan ada hala tuju......

Penyandang jawatan yang sedia ada ialah Ustaz Nasharudin telah "2" penggal menduduki tempatnya. Adakah banyak perubahan yang telah di bawanya? Banyak cerita telah kita dengar....? Ada yang mengatakan beliau "pro-muqabalah". Sehinggakan orang luar parti pun dah tahu...antaranya pihak media luar pun tahu.

Soal benar atau tidak, soal ianya fitnah atau tidak? Ianya perlu difikirkan oleh setiap perwakilan yang akan menentukannya. Perwakilan wajib mencari jawapan kepastian. Bukan hanya mengikut arus yang diperkatakan. Bukan mencari kepastian atau jawapan dianggap tidak "Walak".

Sebab kita perlu memilih pemimpin yang kita kenal pasti siapa dia dan layaknya dia. Bukan hanya menurut dan akur kepada apa orang lain kata......

Calon kedua ialah Hj Mohamad Sabu, ianya mempunyai banyak pandangan dan sudut yang perlu kita fikirkan bersama. Dia telah banyak menaburkan bakti dan dirinya kepada parti.....umpama menghambakan dirinya. Dia mahu membantu tugas-tugas Presiden. Hubungan antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dengan parti PAS ada dalam tangannya. Dia dikenali oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. NGO-NGO berhubung dengan parti PAS melalui beliau. Semuanya adalah untuk memperkasakan parti PAS. Mengukuhkan kedudukan PAS di mata masayarakat......merakyatkan PAS ke semua lapisan.

Kalau untuk berceramah, buat masa ini belum ada tokoh lain boleh mengalahkan beliau. Ribuan orang akan hadir untuk mendengar ceramah dan mendengar berita terkini daripada beliau samada berita dalam atau luar negeri.

Banyak perhimpunan diketuai dan antaranya yang dipimpin oleh beliau, BERSIH, PROTES, ANTI YAHUDI, PALESTIN, PPSMI dan lainnya. Ujian lain banyak lagi yang telah dilalui....ISA, penangkapan Polis, kes mahkamah .....semuanya demi perjuangannya untuk parti PAS.

Calon ketiga ialah Hj Husam Musa, beliau telah membuat kenyataan rasmi dalam sidang media untuk bertanding. Cuma agak terkejut juga bila kita tengok. Dalam parti PAS belum ada pengakuan seperti itu dibuat oleh seorang calon yang cuba melabelkan calon lain dalam sidang media. Beliau juga telah membuat kenyataan untuk membuat satu pembaharuan dan hala tuju dalam parti PAS.

Ini bererti , ia seperti cuba melawan apa yang sedang dibawa oleh Presiden. Sebenarnya agak janggal juga bunyinya. Biarpun setakat ini beliau juga dikaitkan dengan beberapa perkara seperti "Erdogan" dan juga lainnya.

Banyak perbandingan yang perlu difikirkan oleh semua perwakilan.

Terpulang kepada semua perwakilan untuk membuat pilihan terbaik untuk menentukan apa sebenarnya hala tuju parti PAS.....serta menegakkan dasar parti PAS.

Demi perjuangan......

1 comment:

Unknown said...

Kalu di Amerika calon yang bertanding jawatan dalam parti mengemukakan dasaryang akan dibawa dalam parti sekiranya dia memenang jawatan .Begitujuga dengan calon tim Presiden yang akan bertanding.Mohd Sabu slogannya ialah untuk membantu presiden dalam memimpin Parti.Jelas dan amat mudah di fahami oleh semua sebab memang itu pun yang telah di buat oleh beliau selama ini selain dari tugas tugas laian.Hussam pula bagai mana? Nak gantikan Umno bukan sebagai pelengkap..apa ke benda nya ni?.selama ni memang matlamat PAS demikian bukan sekadar tugas Presiden.Yang masih saya ter tanya apakah seruannya dari sudut idealistik yang ingin diterjemahkan dalam Parti contoh nya,..seperti "nak jawatan tinggi supaya dalam parti dan mahu play safe dalam parti untuk terus pegang jawata .sama ada Tim Perdana Menteri atau Pesuruh Jaya PAS.kelantan.Atau saya mahu jawatan bertanding sebab nak nafikan fitnah lebih kurang begitu lah.