Tuesday, June 30, 2009

Tulisan berkenaan dengan iklan di Harakahdaily...tapi masih lembab?

"Tulisan Polis Pencen berkaitan ulasan beliau mengenai iklan di Harakahdaily dalam artikelnya "Harakahdaily masih lembab dan belum memuaskan" menarik perhatian....



Saya telah membuat sedikit penyelidikan mengenai fakta-fakta yang disebut secara langsung oleh Polis Pencen bagi memastikan kebenarannya. Saya juga membaca beberapa artikel lain di lamannya yang banyak mengkritik harakahdaily di http://polispencen.blogspot.com

Iklan Harakahdaily di kendalikan oleh satu syarikat bernama REDREBANA NETWORK SDN.BHD.(806281-W) yang di alamatkan di 51 B,SG 3/19, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA Telephone: +6 03 6189 5373 FAX: +6 03 6189 6373 E-mail: sales@redrebana.com.

Syarikah ini menggunakan akaun atau nama Hajat Karisma Sdn. Bhd.
No. : 1402-3010-03-7864 (BIMB) dan Dignity Works No : 1461-0000-69-0052 (CIMB) atau Dignity Works No : 564799106562 (Maybank) menggunakan fax 603-6189 6373 or email to sales@redrebana.com

Harga iklan di Harakahdaily adalah seperti berikut:-

T/Depan FP - RM 2300/seminggu
T/Dalam IP - RM2000/ seminggu
Adv [A] ROS - RM2300/ seminggu
Adv [B] FP - RM1600/ seminggu
Adv [C]FP - RM2000/ seminggu
Adv [D] IP - RM1600/ seminggu
Adv [E] IP - RM1200/ seminggu
Premium A - RM3200/ seminggu
Premium B - RM1500/ seminggu
Skrol Teks - -
Iklan Teks - RM150/seminggu
http://www.redrebana.com/order.php

Mengikut maklumat yang sah syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD diberitakan komisen sebanyak 40% daripada hasil iklan di Harakahdaily.

REDREBANA NETWORK SDN.BHD juga membuat iklan yang sama untuk laman (blog) iaitu blogspot http://msomelayu.blogspot.com (Mohd Sayuti Omar) . Saya semak di laman kedua-dua ini tak dimaklumkan secara khusus. Inipun ada sedikit kemusyikalan.

Hasil Penyelidikan saya ada beberapa keraguan mengenai iklan ini?

1. Syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD bekerja untuk Harakahdaily dengan bayaran komisen tetapi wang pembayaran dibayar kepada syarikat ini. Sepatutnya Harakahdaily yang mengawal pendapat wang dan membayar komisen kepada syarikat ini. Tapi terbalik syarikat ini mendapat wang dan mebayar kepada Harakahdaily daripada hasil kutipan iklan. Apakah Harakahdaily tahu banyak mana duit masuk? Itu adalah keraguan yang amat besar.

2. Kenapa kutipan yang besar ini diserahkan kepada syarikat tander? Adakah Harakahdaily tak mampu untuk mengendalikan iklan ini. Susah sangat ke?

Cuba kita bayangkan satu iklan berharga RM3200 seminggu. Banner iklan free sekiranya tempahan untuk sebulan, ini bermaksud RM12,800.00 untuk sebulan. Syarikat ini tak perlu seorang yang mahir grafik pun. Dia boleh upah seseorang untuk buat banner. Katakan dia bayar harga RM1000.00 untuk satu reka bentuk banner (Saya rasa ini bayaran paling mahal - kerana harga biasa sekitar RM100 - RM200 sahaja). Syarikat ini memperolehi pendapatan sebanyak RM4720.00. Itu baru satu iklan. Bayangkan Harakahdaily mempunyai berapa iklan?

REDREBANA NETWORK SDN.BHD sekadar duduk sahaja di kerusi boleh mendapat pendapat sehingga sekitar RM40,000.00 sebulan. Saya setuju dengan Polis Pencen.

Kenapa Harakahdaily bodoh sangat boleh memberikan kerja mudah ini dan pendapatannya yang besar kepada syarikat ini, REDREBANA NETWORK SDN.BHD. Satu pertanyaan yang perlu kita jawab bersama. Adakah pereka grafik tidak ada di Harakahdaily dan Harakah cetak? Atau satu perkara lain yang diluar akal kita berfikir?

Siapa sebenarnya di belakang syarikat ini? Dato' Mustafa Ali (Pengerusi), Dato; Kamaruddin Jaafar (Pengarah Urusan) atau Ahmad Lutfi Othman (Ketua Editor)? Sebagai Ahli PAS kita semua kena siasat.

3. Saya membuat pertanyaan secara rambang kepada beberapa penulis dan wartawan Harakahdaily mengenai perkara ini. Sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahuinya.

4. Apa pula kaitan Mohd Sayuti Omar dengan Syarikat REDREBANA NETWORK SDN.BHD ini sehingga Blogspotnya berada bersama-sama dalam kumpulan iklan Harakahdaily?

Pendapat saya mengenai hasil pendapatan iklan harakah

Malangnya pendapatan hasil iklan yang besar tidak dikecapi oleh mereka yang bertungkus lumus dengan Harakahdaily. Sedangkan wang pendapatan ini boleh memajukan Harakahdaily untuk setanding dengan akhbar-akhbar internet lain.

Harakahdaily tidak perlu lagi suntikan daripada Harakah cetak kerana mampu untuk menguruskan pemberlanjaan kakitangannya sendiri. Memberikan gaji yang lebih selesa kepada pekerjanya agar Harakahdaily boleh mengemaskini laman sepanjang masa.

Dengan wang ini juga, harahdaily boleh menambah pekerja khas bagi menjalankan operasi harakahdaily yang lebih mantap.

Perkara ini tidak boleh didiamkan begitu sahaja. Sesuatu perlu dibuat agar kekusutan yang dinyatakan di atas dijawab dengan maklumat yang benar.

Maaf jika penulisan ini menguris nama-nama disebut.

Ahmad Said
Kajang

Wednesday, June 24, 2009

Dah selesaikah cerita UG???

Dalam cerita UG, kita pandang adalah fitnah umno/bn....tetapi selain itu juga bagaimana berpunca dari dalam...kita tak kaji...TGHA menjadi mangsa.....sebenarnya idea ini bukan dari TGHA.....2 orang yg berperanan bersungguh2 iaitu Ustaz Nasha dan Mustapha Ali....kejap cakap A, kejap cakap B....kejap cakap C....akhirnya yang menjadi mangsa TGHA dan TGNAA

Kalau kita nak cakap itu strategi pemimpin...lain kali kita bincang....tapi sekarang kita tak sedar 2 orang nie.....adakah di "plan"kan utk menggodam PAS dari dalam? mungkin tak benar...tapi kita kena check.....semua ahli kena check......Dan saya menyokong kedua TGHA dan TGNAA ...kerana mereka berdua dapat menyelamatkan keadaan...

Kenapa Ustaz Nasha di plan utk melawan keluar Ustaz Hassan Shukri untuk jawatan Timbalan Presiden....? bukankah Ustaz Hassan Shukri juga Ulama? kenapa perlu berlawan sesama ulama..kalau masa tu Ustaz Hassan masih mampu dan waras...jadi digunakan hal Kohilal utk menjatuhkan dia...kenapa pula Ustaz Harun Taib berlawan utk ganti Timbalan Presiden sessi 2007, kenapa ulama perlu berlawan dengan ulama lagi....dan kenapa kali ini pula Husam dan Mohamad Sabu bertanding untuk berlawan dengan Ustaz Nasha?

Sejak bila TV3, Utusan Malaysia berminat dan membela serta memberi ruang kepada Ustaz Nasha nie.....kita kata kita tak percaya dan boikot kedua media tu?

Tapi duri dalam daging sebenar...kita kena siasat...bukan untuk memecah belahkan parti atau ahli2 kita....sebab kita bercakap kerana kita sayangkan parti kita....adakah betul ada atau tidak?....kenapa Ustaz Nasha sekarang hilang....dah berapa hari tak datang parlimen? Dia ke mana? hanya muncul dalam sessi jumpa TGNAA masa tarik balik dakwaan hari tu.....lepas tu hilang, mesyuarat AJK Pas Pusat pun tak hadir.....kenapa takut? kalau berani kerana benar...muncullah....segala apa yg berlaku tak perlu takut sebab dia benar....berhujah lah dengan kenyataan kebenaran....kalau TGNAA salah (sebab ada orang kata TGNAA dah nyanyok macam penghujung hayat Imam Bukhari).....

Dan kenapa pula setiausaha akhbar TGHA dipecat? mana pergi Roslan SMS....apa kaitan mereka berdua.....? Kenapa Roslan SMS dikeluarkan dari YDP Kelana Jaya oleh ahli2 di kawasan itu?

Dalam kemenangan PR2008 dan PRK akhir2 ini kita dimenangkan oleh ALLAH dengan cara ALLAH mengubahkan hati2 Cina dan India kepada menyatakan sokongan kepada kita...(tak kiralah kalau ini strategik politik mereka) tetapi boleh ke jadi kalau bukan kuasa ALLAH untuk mengubah hati2 mereka? dan sekarang nie hati mereka mula kendur kepada kita, kita tak dapat nafikan....pergilah buat study dan tanya kepada Cina dan India satu Malaysia....mereka udah mula "cuak" dengan PAS...."hati mereka terluka dan kepercayaan mula kurang" atas cerita UG ini....

Adakah ini kita katakan kesilapan strategik kepimpinan (Ustaz Nasha atau Mustapha Ali) yang ahli tak faham apa maksud sebenar UG ini.....atau ianya di "plan" kan oleh orang luar yang lebih pandai ber "strategik" untuk memporak-perandakan PAS?

Strategik apa yg digunakan? kerja amal jamaei apa yg dia ikut.....?Tarbiyah marhalah takrif dan takwin mana yg dia guna....kerana dia .....PAS telah porak peranda sekejap.....?

Kalau betul kesilapan Ustaz Nasha....dia kena dan wajib untuk letak jawatan.....demi memulihkan imej PAS dan meredakan kekalutan serta pandangan serong kepada PAS....dia boleh jadi ahli biasa....pulihkan imej dirinya dulu baru nanti dia naik semula....

Wallahu A'lam

Semuga kita menjadi orang yg berfikrah dan beramal......

Kemaafan dipohonkan pada semua..yang tersentuh dan terguris....

Salam Perjuangan Demi Memartabatkan Islam

Tuesday, June 23, 2009

USTAZ FADHIL MOHD NOOR DALAM KENANGAN.....

Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor.

Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.

Kini tujuh tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.

Pimpinan PAS sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli turut merasainya.

Almarhum sangat dikagumi dengan kehebatan dan kepintaran memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.

Kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Almarhum juga dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Ahli PAS dan pimpinan PAS perlu sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Dikalangan pimpinan muslimat menyifatkan Almarhum cukup `friendly’ walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti. "Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan’ jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami,"

Kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.

"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah,"

"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan..."

Saturday, June 20, 2009

Tolak gelaran Dato' ................

Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...

Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......

Ini bukan kali pertama rupa2nya....

Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....

Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...

Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....

Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."

Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu

Thursday, June 18, 2009

Dakwah kepada Firaun?

Banyak perbincangan termasuk dalam muktamar yang baru lalu berhujah, agar hujah2 tersebut sesuai utk jawapan kepada UG ini.....antaranya berdakwah kpd umno, sehingga ada yg membuat contoh Nabi Musa berdakwah kpd Firaun.....

Tetapi jangan lupa....Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri....tapi Baginda berdakwah utk meminta Firaun ikut Baginda.....bukan Baginda ikut Firaun....sehingga Baginda mengatakan bahawa Firaun adalah "TAGHUT" ....dan bila Firaun terlalu marah dan tak boleh terima di burunya Nabi Musa hingga menyeberangi laut....

Dan dalam dakwah kepada Firaun pula dalam istana nya ada Masitah dan Asiah.....yang menyokong Nabi Musa....tetapi dalam umno ada gak Masitah tapi ada Rosmah....jadi kena ingat......

dan cuba ingat semula Amanat Hj Hadi dulu:

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!

KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!

KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!

MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!

UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!

DERMA KITA ADALAH JIHAD!

DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA

BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!

KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!

KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!

KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!

TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!


Mudah2an kita terus jadi orang yang berfikir......

Wednesday, June 17, 2009

Jangan Lompat Keluar Kapal/Bahtera....

Baru2 nie dalam ucapan penggulungan Presiden PAS di muktamar ke 55 ada menyebut... Bahawa PAS adalah satu bahtera atau kapal yang telah berjalan lurus menuju haluan yang tepat dan betul. Jadi sesiapa yang keluar atau cuba melompat keluar dari bahtera tersebut maka dia akan rugi....

Barangkali hanyut atau mati dibedal arus luar....dalam lautan yang besar...

Saya amat bersetuju betul dengan pernyataan TG Haji Hadi tu.......

TAPI........ maaf TG Haji Hadi bukan kerana tak walak dengan tuan hamba....tapi ingin menegur tuan hamba...

Kapal kita sekarang nie.....telah bocor, atau ada kerja2 mengorek lubang dari dalam kapal nie.....dan juga ada kerja memecah bahagian kapal dari dalam....barangkali enjin kapal juga mahu dirosakkan oleh seseorang atau lebih dari dalam kapal nie.....

Jadi TG Haji Hadi kena dengar kata kapten yang kita telah sama2 lantik iaitu TG Nik Aziz lagi berkuasa dari tuan hamba.....

Samada....kita kena tangkap orang....atau orang2 yang membuat onar di dalam kapal ini ....untuk dihukum atau dibuang keluar dari kapal nie.....

Sebelum bahaya kepada kapal atau bahtera kita...sebab nanti kapal atau bahtera kita akan karam.......

Nescaya akan punah kita semua atau karam di tengah lautan.....dan kita semua tak sampai ke destinasi kita........

Saturday, June 13, 2009

Walak pada pimpinan? Siapa menipu siapa?

Pohon maaf pada semua pimpinan dan juga semua ahli PAS.....

Bukan niat untuk hasad dengki atau mahu memperjatuhkan tuan2.....tetapi sekadar menegur sekiranya tuan rasa , kita perlu berfikiran terbuka.....

Mukatamar telah berlalu, tetapi hati ini masih pilu dan sedih.....mengapa?

Kita di ajar untuk taat dan patuh atau walak pada pimpinan selagi tidak mengajak kepada maksiat....itulah kata2 naqib atau pimpinan kita....

Tapi kena ingat .....dalam PAS , Mursyidul Am adalah tertinggi selain Majlis Syura. Jadi kalau TG Nik Aziz terlalu marah dan tidak setuju dengan kerajaan perpaduan (Muqobalah) kenapa kita tidak taat. Kenapa Presiden dan Timbalan Presiden tidak walak.....

Kalau ketam nak ajar anaknya berjalan betul, tetapi ketam tu sendiri berjalan senget macamana? Kalau kita suruh orang bawah taat dan walak....tetapi pimpinan tak buat, jadi siapa sebenarnya yang perlu diikut?

Kita malu sebenarnya....bila orang kafir seperti Lim Guan Eng menyebut TG Haji Hadi perlu memohon maaf bukan setakat pada DAP tetapi perlu mohon ampun pada Tuhan (ALLAH) .......apa dah jadi?

Siapa yang bohong siapa sebenarnya.....

Kalau pun Lim Guan Eng tu berlakon untuk kepentingan politik, itu takpa sebab dia kafir......sepatutnya kita yang Islam kena memberi contoh yang baik....dan kita yang Islam juga kena buat lebih baik daripada orang kafir......

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Pegawai Tabung Haji......

Semalam saya bersembang-sembang dengan kawan-kawan pasal kerajaan perpaduan ni....

Dalam sedang berbincang, datang seorang kawan yang kami panggil Abg Haji.....jadi dia mencelah...

"Macam ni ceritanya......dalam kita mengerjakan ibadat haji melalui Tabung Haji ni, ada beberapa pakej..... pakej harga minima, pakej harga sederhana dan pakej harga yang mahal"

Sebenarnya tujuannya semua satu....iaitu untuk mengerjakan Haji ....mengadap ALLAH TAALA. Tapi bila berbeza-beza pakej....dan tentulah layanan dan habuan pakej berbeza....

Jadi bila berada di tanah suci sana....jemaah berkumpul , maka bertemu di antara satu sama lain .....bila cerita sesama mereka dan bersembang, tentulah masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing dan juga layanan masing-masing di sana.....cerita tempat tinggal, cerita makanan dan cerita pengangkutan....

Tentu ada perbezaan di antara satu sama lain.....bukan itu sahaja, ada juga layanan yang tak sepenuhnya tertunai dan tak lengkap.....dah tentu lah ada komen dan rungutan kerana apa yang dijanjikan tak sama dengan apa yang dapat....

Jadi.....pegawai-pegawai Tabung Haji ni lah yang berperanan dalam taklimat-taklimat sebelum jemaah haji ni pergi ke tanah suci.... Kita kena bersabar, kita nak pergi beribadah.....jangan ada terasa hati, jangan marah, jangan cakap kotor, jangan ada maki memaki dan tidak membuat sesuatu yang tak baik....

Semuanya untuk membuat para jemaah akur dan tidak memberi komen apa-apa yang tak baik....di antara satu sama lain...

Jadi , sekarang nie sama sahaja saya tengok dalam PAS.....pemimpin dan ustaz-ustaz di suruh memberitahu kepada orang bawahan serta ahli-ahli PAS, jangan bertindak seperti demikian.... semuanya kena akur dan walak pada pimpinan..... apa yang pimpinan buat semua terbaik untuk parti....

Jadi , pemimpin setengahnya dari kalangan ustaz-ustaz ni di ajar untuk menjadi seperti pegawai Tabung Haji......terutamanya dalam isu kerajaan perpaduan....

Bantahan kerana tidak setuju dengan "USUL PAS"

Kita kena berhati-hati dan menerangkan dengan sebaik mungkin agar tidak ada kekeliruan.....

Yang pasti SIS mesti dihapuskan dan masyarakat di luar faham kenapa....?

_______________________


Kenyataan Ahli Parlimen Klang.
Charles Santiago, DAP.

Sahabat sekalian,

Sila menyertai saya dalam menyokong kenyataan berikut dengan tujuan melindungi dan menggalakkan pernyataan serta pendapat-pendapat alternatif.

PENYATAAN BERSAMA OLEH PERSATUAN-PERSATUAN SIVIL MALAYSIA TERHADAP RESOLUSI PAS UNTUK MENGHARAMKAN SISTERS IN ISLAM

Kami penandatangan di bawah amat terganggu dengan usul Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mahu agar Sisters in Islam (SIS) diharamkan dan ahli-ahlinya dipaksa menjalani proses pemulihan jika aktivitinya didapati bertentangan dengan Shariah Islam. Pada hemat kami, dengan membuat usul sebegini, PAS telah pun membuat anggapan bahawa SIS harus diharamkan dan aktivitinya dihentikan.

Kami menghormati kebebasan ahli-ahli PAS untuk berpesatuan dan menyuarakan pandangan mereka. Sedemikian juga, ahli-ahli SIS atau ahli mana-mana pertubuhan lain harus diberikan jaminan atas kebebasan yang sama. Dalam hal-hal kepentingan awam, tiada satu individu atau pertubuhan pun yang boleh memonopoli hak menyuarakan pandangan.

Desakan untuk mengharamkan SIS dan memaksa ahli-ahlinya menjalani proses pemulihan adalah suatu tindakan yang mencabul kebebasan-kebebasan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Telah banyak terdapat undang-undang anti-kebebasan bersuara di Malaysia, justeru desakan PAS sebegini akan mengakibatkan ruang perdebatan awam yang sememangnya kecil menjadi terus tertutup.

Bagi menjadikan Malaysia lebih matang dalam mengamalkan demokrasi yang kita aspirasikan, amatlah penting agar konsep kepelbagaian dilindungi dan terus dipupuk, dan ini termasuklah kepelbagaian pandangan. Oleh demikian, adalah sangat penting kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, samada terhadap ahli-ahli PAS atau mana-mana pertubuhan atau individu lain, dihormati.

Desakan untuk mengambil tindakan terhadap SIS yang boleh mengakibatkan pengharamannya adalah tidak sejajar dengan retorik PAS yang mahukan Malaysia yang demokratik dan inklusif. Sebaliknya, desakan ini sama sekali tidak demokratik.

Kami ingin menekankan bahawa walaupun ahli-ahli PAS berhak menyuarakan pandangan mereka, namun desakan untuk mengharamkan SIS tidak boleh diterima langsung. Secara prinsipnya, tidak harus timbul persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan pertubuhan tersebut. Kepelbagaian pandangan mestilah dihormati dan sebarang perselisihan pendapat hendaklah diselesaikan dengan perbincangan yang matang dan membina.

Dengan ini, kami mendesak PAS untuk menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menarik semula usul terhadap tindakan ke arah pengharaman SIS.

Monday, June 8, 2009

Keputusan Pemilihan & Kerajaan Muqabalah

Baru lepas sudah keputusan pemilihan Muktamar ke 55.

Yang menang....menang, yang kalah...kalah.

Tapi sebenarnya, yang menang belum tentu dipersetujui oleh semua......begitu juga yang kalah belum tentu tidak mendapat sokongan penuh...

Kerana apa?..... maklumat tidak sampai betul ke akar umbi....

Perwakilan tidak sebijak mana semuanya.....ada yang pandai memilih dan ada yang cuma mengikut....mendengar kawan atau mendengar arahan pimpinan.

Yang pasti jumlah Hj Mohamad Sabu (261) dan Hj Husam Musa (281) adalah 53% , ianya lebih dari Ustaz Nasharudin yang hanya (480) peratusan 47%.

Ertinya juga ramai yang menolak Nasharudin dan juga kerajaan muqabalah yang dicadangkan oleh group2 ini.....

Salam perhatian buat semua......

Sunday, June 7, 2009

"Intailah aku sementara nampak......."

Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.

"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan," kata Hj Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.
Bacaan pantun Hj Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

Selain itu, beliau juga secara seloroh berkata "...pergilah pimpinan-pimpinan muda ke Parlimen, ke DUN dengan berpakaian kemas , cantik dan elok.....biarlah Abg Mat keluar masuk ke mahkamah...". Tegasnya lagi kerana keesokan hari (Isnin) beliau akan ke mahkamah kerana kes BERSIH selama 5 hari bermula 8-12 Jun 2009 dan pada 24-26 Jun 2009 pula untuk kes PROTES.