Wednesday, December 3, 2008

Semua mahu Mohamad Sabu...

"Dalam semua orang menang pada 9 Mac lalu, Mohamad Sabu kalah di Kuala Terengganu. Semua orang yang saya jumpa merasakan kemenangan PR kali ini tidak sempurna tanpa suara Mohamad Sabu di Parlimen. Nik Aziz pun mengaku lidahnya tak setajam Mohamad Sabu."

DAP dah isitihar sokong Mohamad Sabu. Anuar dah istihar sokong Mohamad Sabu.

Suhaimi Said aktivis marhein nak berhempas pulas berkempen untuk Mohamad Sabu.

SMS yang saya terima bertanya adakah harapan Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terenganu.

Ya, Mohamad Sabu bukan mewakili Kuala Terengganu atau Terengganu tetapi mewakili nadi rakyat Malaysa.

Ya, Mohamad Sabu bisa berbicara di Parlimen.

Ya, Mohamad Sabu bisa memimpin rakyat di jalanan.

Ya, Mohamad Sabu bisa berpidato di pentas ceramah.

Ya, Mohamad Sabu bisa melaksanakan kerja kebajikan

Ya, Mohamad Sabu bisa membela nasib setinggan

Ya, Mohamad Sabu bisa berdailog di pentas Sosialis.

Ya, Mohamad Sabu diminati India dan Cina.

Ya, Mohamad Sabu paling banyak kes politik di mahkamah

Ya, Mohamad Sabu bisa bicara bersama Hizbullah Lubnan.

Ya, Mohamad Sabu telah mengabdikan diri dalam politik rakayat.


RAKYAT MAHU MOHAMAD SABU, tetapi Pas masih belum membuat keputusan. Kali ini kita mahu melihat adakah Pas Terengganu akan berfikir secara global atau lokal. Ujian sebenar ialah kepada Terengganu.

www.sokongpr.blogspot.com

Thursday, August 28, 2008

Lompatlah segera wahai pemimpin yang tamak .....KUASA?

Saya menulis disebabkan kerana sudah tak tahan lagi melihat gelagat dan perangai beberapa pimpinan PAS yang saya lihat sekarang ini.....saya rasa memang memeningkan parti PAS sendiri......

Kalau lah hari tu disebabkan muzakarah.....muqabalah......dan muktamar yang paling hambar dalam sejarah PAS (selama saya menjadi ahli PAS selama 10 tahun, APATAH LAGI AHLI PAS YANG LEBIH 20 TAHUN ATAU 30 TAHUN YANG TAHU PERKARA INI) ....saya bertambah kecewa.

Ianya ditambah lagi.... berlaku bila pilihanraya di Permatang Pauh baru-baru ini......di mana senarionya bermula sejak kes liwat Anwar Ibrahim (sebenarnya kalau dikira betul2 sebelum dari itu lagi....lama dah) . Bila Anwar tertuduh kali kedua, dia masuk ke kedutaan turki.....keluar, kena tangkap dan bebas.....dan seterusnya hinggalah ke pilihanraya Permatang Pauh...

Beberapa pimpinan PAS sendiri seolah-olah bercakap dan terlalu taksub kepada Anwar......sedangkan kita parti PAS ada pemimpin dan Presiden kita sendiri. Adakah kepimpinan Anwar lebih ISLAM daripada kepimpinan TG Haji Abdul Hadi?

Nak kempen....dan nak politik pun patut2 ler....

Adakah dasar perjuangan parti PAS yang kita yakini selama ini untuk memperjuangkan ISLAM sebagai dustur....kita lupa? Mana semangat dan roh kebenaran?......Adakah TG Hj Hadi bukan Ansorullah? ......Mana matlamat Daulah Islamiah kita? Mana pengorbanan kita untuk ISLAM?

Adakah sekarang ini kita sudah boleh kata Anwar bakal Perdana Menteri? Sedangkan dalam muktamar yang lepas TG Haji Hadi sendiri telah menekankan bahawa dalam Pakatan Rakyat sekarang ini tiada ketua.....kita bersama dalam Pakatan Rakyat mengikut keputusan parti masing2 dan kemudian berunding antara 3 parti...... juga sekali disebut oleh TG Haji Hadi bahawa kita tidak mahu angan2 mat jenin......

Adakah ini pemimpin PAS tak faham? atau buat2 tak faham?

Betul kalau kita kata ....itulah politik, kita kena pandai politik.....itu cakap politik.....

Jangan kata saya menuduh tanpa bukti......adakah tuan2 tidak lihat dalam akhbar atau blog atau web atau berita TV ....... serta ucapan2 di kempen pilihanraya Permatang Pauh.....dimana ucapan pemimpin PAS, gambar2 mereka yang keterlaluan membela dan mengagungkan Anwar sehingga yakin seolah2 dia "confrim" boleh jadi Perdana Menteri.....

Nak kempen tolong dia menang dalam pilihanraya satu hal.....dan nak kempen untuk dia jadi Perdana Menteri satu hal juga.....

Saya ingin sebutkan nama-nama ini:

Dr Hatta, Hj Mahfuz, Dato' K J, Dr Syed Azman, Dr Lo'lo', Dr Mariah, Dr Dzulkifli, Dato' Husam dan beberapa lagi pimpinan PAS yang berminat......kalau nak jadi menteri atau nak dapat habuan segera...... BERTINDAKLAH SEKARANG, KELUAR DARI PARTI PAS DAN MASUK KEADILAN SEGERA..... Agar mudah kami perbetulkan kepincangan PAS sekarang ini....

Jadi....kesimpulan jangan kata saya nak pecah belahkan parti, atau menjadi onak dan duri dalam daging..... Jangan kata saya dengki sebab tak dapat.....

Saya sayangkan PAS macam tuan2 juga.....

Kalau saya nak harta, duit atau pangkat......baik saya diam diri dan "join" sama lagi bagus.....

Wednesday, August 27, 2008

Anwar......oh Anwar???

Fikir punya fikir........kaji dan lihat, rasa berat hati nak komen.

Tapi rasa terpanggil untuk beri komen juga.....mengenai kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sememangnya gelombang Tsunami politik di tanahair masih belum habis lagi....

Kalau kita lihat pengundi Cina dan India memang "solid" mengundi Anwar kerana mereka dah muak dengan umno atau Bn....yang penipu besar. Majoriti 80% ke 90% dah pasti mengundi Anwar ...sehinggalah kita lihat semua peti undi menang dan memihak kepada Anwar, tu yang Tun Mahathir dan Ku Li hentam Pak Lah dan Najib.

Tapi cuba kita lihat dari sorotan lain, di mana pengundi di Permatang Pauh terbahagi kepada 3, iaitu:

Kategori Pertama:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana tak percaya Anwar dituduh meliwat Saiful....ia berlaku kerana pembersihan dan pensucian telah dilakukan terhadap Anwar oleh pimpinan2 dan ulama2 PAS, dan ia termasuklah Munajat Perdana yang dihadiri sendiri oleh antara pimpinan tertinggi PAS.

Kategori Kedua:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana mereka tak kisah apa yang berlaku terhadap salah laku Anwar. Mereka menganggap ia adalah masalah peribadi......dan yang penting Anwar boleh membawa perubahan kepada kemajuan dan pembangunan yang selama ini umno buat tak betul.

Kategori Ketiga:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana mereka anggota parti pembangkang yang setia dan yang asal. Mereka istiqomah dan tidak akan mengundi umno atau Bn......tak kira siapa bertanding asal jangan pangkah umno atau Bn.

Dalam pada itu, dari kesemua ketiga ini, yang paling bahaya ialah yang kategori kedua. Mereka berpendapat masalah Anwar adalah peribadi.....dan ianya adalah selari, sama dan termasuk dalam sudut apa yang diperjuangkan oleh sister in islam (SiS). Golongan ini jugalah yang menolak Syariat Islam iaitu golongan Liberal yang sekarang ini sedang berkembang di Malaysia dan Indonesia.

Itu sebab kita tengok Gus Dur sokong Anwar...... Wallahu A'lam

Mudah2 an .....ALLAH celikkan mata rakyat Malaysia.....khususnya ahli PAS semua.

Bagaimana komen Tun Mahathir pula tentang Pak Lah?

Bekas perdana menteri berkata, bagaimanapun mesej dari Permatang Pauh tidak disedari oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin lain Umno.

"Kamu boleh terus sokong Abdullah sebagai presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong Umno kerana ia sudah jadi alat Abdullah dan keluarganya.

"Apabila datang pilihanraya ke-13, rakyat akan jatuhkan Umno dan BN kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Abdullah," kata Dr Mahathir, mengulangi analisisnya sebagai serangan terhadap presiden Umno sejak beberapa bulan mutakhir.

Tambahnya, pengundi di kawasan parlimen itu berada dalam kemelut memilih antara Anwar dengan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi "dengan berat hati penyokong-penyokong BN telah mengundi PKR supaya Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi."

"Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja BN dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga."

"Apakah yang tidak kena dengan BN sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Anwar yang enggan bersumpah (isu liwat)," rungutnya.

Dipetik Dari MalaysiaKini.Com

Apa kata Ku Li tentang Pak Lah....tiada wibawa

Saya bukanlah nak tulis sangat tentang pilihanraya yang baru berlalu di Permatang Pauh.....tetapi memang Anwar Ibrahim menang besar.

Dalam pada masa yang sama juga kita boleh melihat berbagai pandangan dan komen samada dari orang Pakatan Rakyat dan juga orang umno sendiri......

Jadi apa kata Ku Li pula:

"Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi - peningkatan lebih 2,000 undi berbanding yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebanyak 13,388 pada pilihanraya umum Mac lepas.

Menurut satu analisis Bernama hari ini, daripada 58,459, sebanyak 26,942 pemilih anggota parti komponen BN, termasuk Umno seramai 19,442 anggota di kawasan parlimen berkenaan.

Gerakan pula mempunyai 2,900 anggota, MCA (2,400), MIC (1,700) dan PPP (500) anggota yang layak mengundi.

Bagaimanapun, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah berjaya mengutip 15,524 undi - membayangkan 11,418 lagi anggota BN tidak memangkah calon parti itu sendiri atau tidak keluar mengundi.

Tengku Razaleigh menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus memikul beban ketewasan ini."

Amacam umno? Dah nak berkubur kot.....

Sunday, August 17, 2008

Jual PAS demi 'muka-pak-lah'


Selepas kehilangan kuasa majoriti dua pertiga di Parlimen dan empat buah negeri serta gagal merampas Kelantan daripada PAS, Umno yang menggunakan jentera kerajaan seperti polis tidak duduk berdiam diri.

umno and pas negotiate 031207Strategi terus diatur untuk merampas kembali kekuasaan yang hilang terutamanya negeri kaya seperti Selangor. Hilangnya negeri ini bererti hilanglah satu punca kewangan utama bagi Umno.

Untuk merampas kembali negeri-negeri ini, strategi jangka pendek dan jangka panjang dirangka. Kedua-dua strategi ini matlamatnya hanyalah satu - untuk merampas kembali apa yang telah hilang dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Strategi jangka pendek termasuklah apa sahaja yang digunakan dalam penggal ini sebelum pilihanraya akan datang. Umno mahu merampas negeri Selangor dan Perak dengan menggunakan taktik berunding bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat atau setidak-tidaknya menimbulkan kecurigaan sesama pembangkang.

Dalam Pakatan Rakyat, PAS menjadi sasaran utama Umno untuk mengadakan rundingan kerana mereka boleh menggunakan sentimen "perpaduan Islam dan Melayu".

Tambahan lagi dari segi sejarah, zaman pemerintahan bapa Najib Razak, Umno pernah bekerjasama dengan PAS yang pada ketika itu dipimpin oleh Asri Muda.

Jadi dengan adanya faktor perpaduan Islam–Melayu dan sejarah kerjasama Umno–PAS, maka mudahlah mereka mencucuk jarum perang saraf halus mereka.

Menurut bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo di blognya yang bertajuk 'Impian Saya', beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bertemu perdana menteri selang beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac.

umno and pas negotiate 031207Khir juga menyatakan, jika PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran bersama Umno di Selangor, jawatan menteri besar, timbalan menteri besar dan empat jawatan exco negeri akan diberikan kepada parti Islam itu.

Doktor gigi tersebut menyalahkan Anwar atas kegagalan Umno memancing PAS membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

"Malangnya, pengaruh Anwar dalam PAS, melalui setiausaha agungnya Kamaruddin Jaafar telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Anwar memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan," kata Dr Khir.

Dalam mana-mana gerakan ataupun pertubuhan, pasti ada yang berwatak "Si Kitol dan Raja Mendaliar". Umno sudah lama tahu siapa "Si Kitol dan Raja Mendaliar" dalam PAS yang mereka boleh kudakan untuk menjayakan agenda mereka.

Dalam laporan The Star (22 Julai), timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa apabila ditanya tentang Anwar dan Pakatan Rakyat, berkata:

"Saya tidak pasti dengan popularitinya berbanding dengan pada 1998. Perkembangan terbaru - seperti tuduhan Mohd Saiful Bukhari Azlan dan akuan berkanun penyiasat persendirian P Balasubramaniam telah menjejaskan kredibiliti Anwar.

"Akan tetapi, kemampuannya untuk memimpin memang tidak boleh dipertikaikan. Orang-orang Melayu mungkin mula mempercayai tuduhan terhadap Anwar Tindakannya (Anwar) berlengah-lengah untuk bersumpah di hadapan al-Quran juga menjadi isu."

umno and pas negotiate 031207Akhbar itu juga melaporkan "Nasharudin jujur dalam pendapatnya mengenai Pakatan Rakyat: 'Dalam perkembangan terkini, menurut pendapat peribadi saya, Pakatan sangat rapuh; akan tetapi kami sedang cuba untuk memperkuatkannya.' "

Tindakan ahli parlimen Bachok menjadikan tuduhan liwat terhadap Anwar sebagai alasan untuk berunding dengan Umno sesuatu yang perbuatan khianat dan tidak sesuai dikeluarkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat nasional sepertinya kerana salah satu prinsip perjuangan Pakatan ialah untuk menegakkan keadilan.

Mengapa saya berkata begitu?

Pertama, kenyataan yang keluar dari mulut Nasharudin tidak ubah seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib Razak, Syed Hamid Albar dan juga bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum mahkamah membuktikan Anwar bersalah.

Pemimpin-pemimpin Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengekang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat yang semakin hampir merampas Putrajaya. Apakah Nasharudin merupakan agen Umno dalam PAS?

Kedua, pertemuan di antara pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sepertinya, Mustafa Ali dan Khalid Samad (yang mengaku menggantikan Hassan Ali supaya tidak ada "pertembungan kepentingan") dengan perdana menteri bermula sebelum Mohd Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar.

umno and pas negotiate 031207Jadi, faktor liwat tidak boleh dijadikan asas bagi timbalan presiden PAS tersebut untuk menghalalkan rundingan PAS-Umno.

Ketua penerangan PAS Mahfuz Omar baru-baru ini mengeluarkan surat terbuka bagi memohon maaf kepada ahli, penyokong dan pengundi PAS kerana sebelum ini beliau pernah mengeluarkan satu kenyataan untuk menafikan wujudnya rundingan sulit PAS-Umno.

Dalam surat terbukanya itu, ahli parlimen Pokok Sena turut menyatakan bahawa terdapat beberapa “individu” yang menggunakan nama PAS terlibat dalam rundingan dengan Umno dan memberikan maklumat yang salah kepada pimpinan PAS sehinggalah mendorong beliau membuat kenyataan penafian terdahulu.

Mahfuz berkata, beliau sendiri terkejut apabila Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Khir mendedahkan tentang pertemuan yang melibatkan "pembuat keputusan" dalam PAS dan meminta individu terbabit tampil dan memberikan penjelasan kepada ahli dan penyokong parti itu.

Kenyataan ikhlas Mahfuz itu harus dipuji. Beliau berani mengaku salah dan berani mengambil tanggungjawab. Beginilah sikap seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Pada pandangan saya, kenyataan Mahfuz itu masih belum cukup untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PAS. Golongan ini besar jumlahnya.

Jika mereka tidak menyokong PAS dalam pilihanraya umum lalu, tidak mungkin PAS akan berjaya menawan Kedah dan kerusi-kerusi di kawasan bandar seperti Titiwangsa dan Kota Raja.

Jalan penyelesaiannya ialah “beberapa individu” yang terlibat untuk berunding dengan Umno haruslah tampil memohon maaf secara terbuka kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Selepas itu, mereka haruslah meletakkan jawatan dalam parti kerana telah hilang wibawa untuk memimpin PAS.

umno and pas negotiate 031207Mereka ini juga haruslah berani berhadapan dengan media. Contohilah keberanian Mahfuz yang mengaku salah dan berani berhadapan dengan media dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Saya diberitahu oleh rakan-rakan wartawan bahawa "beberapa individu" yang ingin bersekongkol dengan Umno sering lari apabila didekati oleh media.

Nasib baiklah masih ada "golongan bijak" dalam PAS - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memimpin golongan ini dalam parti Islam.

Tanpa mereka, kemungkinan besar PAS sudah dijual oleh "beberapa individu" yang menggunakan nama PAS untuk menyertai Barisan Nasional.

Dipetik dari MalaysiaKini.Com , tulisan : Amin Iskandar

Muktamar PAS ke 54 "gelanggang bela diri"?

Setelah 5 hari berada di Ipoh semenjak hari Rabu sehinggalah hari Ahad , saya mengikuti Muktamar PAS yg ke 54......

Dan akhirnya saya menyaksikan majoriti perwakilan tak buat apa yg sepatutnya,
hanya segelinti yg jujur mengajukan soal dgn jujur dan isu dalaman parti tidak ditekankan dan hanya bercerita tentang isu luaran.

Kepimpinan tertinggi tidak langsung menyentuh soal-soal dan isu yang berlaku akhir-akhir ini , samada yang melibatkan parti sendiri atau melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Contohnya isu kemenangan Pakatan Rakyat melalui BERSIH sehingga ada yang sebok ke parlimen tetapi ada yang sebok ke mahkamah dan ke balai polis, isu PROTES yang ada tonggeng buntut, pembalakan haram, jet mewah, penggunaan harta dan kenderaan rasmi kerajaan, timbulnya semakin banyak "Dato' Zeck" di negeri-negeri yang Pakatan Rakyat menang.....manakala perwakilan pula sebok membela dan menjawab bagi pihak pimpinan sehingga terlupa soal kenaikan harga minyak dan barang-barang serta kisah penderitaan rakyat....

maka akhirnya menjadikan muktamar kali ini sebagai gelanggang "bela diri" , sedangkan sepatutnya muktamar kali ini lebih panas, tetapi sebaliknya yg terjadi.

Tidak seperti muktamar Dewan Pemuda yg dilihat lebih "panas" bebanding muktamar PAS Pusat.....sepatutnya muktamar kali ini lebih mementingkan juga bagaimana untuk memperkasakan parti dan isu mempertahankan prinsip dan Daulah Islam yg dilaungkan selama ini.

Yang paling mengecewakan lagi adalah bila ada pimpinan tertinggi yang cuba mempertahankan diri serta berhujah di hadapan ahli-ahli menutup segala kesilapan diri.....tetapi mengaku dan membuka rahsia pula hanya selepas muktamar berakhir.....DAN pula kepada wartawan. Secara jujur seperti kita boleh katakan berbohong di hadapan ahli tetapi mengaku dan bercakap benar dengan wartawan......

Antara lainnya berpendapat muktamar kali ini merupakan pembaziran MASA , TENAGA DAN WANG!!!!!!

Monday, August 11, 2008

Elakkan FITNAH.....kalau kita tahu banyak fitnah yang akan bakal muncul

Dalam siasatan BPR walaupun kita lihat semacam tidak adil bunyinya atau boleh juga kita katakan "TIDAK ADIL" dalam kita meletakkan piawaian, ....iaitu kenapa bila melibatkan uMnO kes penyiasatan tidak disegerakan tetapi bila melibatkan PAS (jangan lupa di Kelatan, PAS bukan pembangkang........PAS adalah kerajaan) ianya segera diambil tindakan.......saya tak berapa minat nak komen, kerana kesnya ialah apabila menantu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disiasat kerana telah dilantik selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) walaupun ia dikatakan dari sumber surat layang.......

Pendapat saya, sebaiknya kita perlu melihat.......sesuatu sekiranya ia boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan rakyat , walaupun dalam kadar yang layak....lebih baik kita jauhi dan apa salahnya kalau kita melihat bagaimana di Selangor , bila adik kepada Anwar Ibrahim didapati duduk dalam jawatan yang istimewa di KDEB....langkah yang terus diambil oleh Menteri Besar Selangor....ialah memberhentikan segera setelah mendapat komen dan teguran walau tidak kiralah dari siapa komen tersebut......

Jangan lah rujuk kepada menantu PakLah tu....walau dia tu layak atau tak layak...dia tak kira halal atau haram...sebab mereka bukan perjuangkan ISLAM....

Jadi tak perlu lah kita nak menjawab atau nak beri alasan....walaupun kita ada seribu satu jawapan yang boleh membela kita......kerana orang nak menuduh dan nak mendakwa juga ada seribu satu persoalan......Pada saya lebih elok kita tunjukkan yang lebih baik , tanpa melibatkan kepentingan diri sendiri....

Begitu juga apa yang telah berlaku kepada seorang MB yang kita dengar menggunakan jet peribadi untuk tujuan tertentu (dan ianya juga ada seribu jawapan yang boleh mengatakan ianya layak dan tak salah).....kalau kita fikir apa salahnya kalau kita tidak terbabit kepada jurang fitnah maka kita tolak dengan elok dan secara baik.....mudah-mudahan orang yang menjemput juga faham apa sebenar pendirian kita, dan mungkin dia akan hormat kalau kita tolak dengan cara yang baik......dan sebenarnya bila rakyat tahu perkara tersebut......maka rakyat akan melihat sesuatu kebaikan yang perlu dicontohi dari seseorang pemimpin.

Kalaulah sekiranya pemimpin yang dilantik oleh rakyat hidup bermewah, bermegah dan mudah mendapatkan kepentingan dunia.....apa yang nak kita contohi?? Apatah lagi kalau seorang pemimpin kita mempunyai 2 atau 3 biji kereta mewah.....membuat rumah bunglow sehingga ratusan ribu....terbang kemana sahaja dengan mudah dengan "business class".....duduk dan tinggal di hotel lima bintang dengan bilik yang mewah.....boleh kahwin dua, tiga dengan mudah.....hantaran mas kahwin dan hadiah perkahwinan berpuluh ribu.....dapat projek dengan mudah melalui kroni....sedangkan bila kita dengar dalam kuliah dan ceramah teguran dan ayat2 yang keluar adalah.... infaq harta tuan2 untuk ISLAM, mari berjihad, mari korbankan harta benda kita untuk perjuangan ISLAM....dan lain2 lagi....
Cuba kita ingat dan fikir2 satu teguran seorang sahabat kepada seorang Khalifah.....

"Sekiranya tuan membina istana yang indah, menggunakan harta rakyat maka ianya adalah HARAM......tetapi kalau tuan membina istana itu pula menggunakan harta sendiri juga adalah HARAM kerana ianya adalah pembaziran......."

dan satu lagi.......bila masa kita nak merujuk dasar parti kita? kita selalu lupa......bila melihat jalan ke Putrajaya dah dekat....macam2 dalam fikiran kita....itu yang jadi cerita muzakarah......muqabalah.....dan last sekali .....mengalah

sape dia yang tak serik2 yang cuba-cuba main api dalam sekam ni?......pi berjumpa dengan musuh politik......walaupun kata TGHH kita mesti berlembut dengan musuh yang dah kalah......tapi betul ke uMnO ni kalah.....rasa2 depa tak kalah ......melayu masih sokong uMnO lagi tau........itu sebab uMnO mainkan api isu perkauman.......untuk menjerat PAS

Faham2 lah.......dan bila kita dengar biasa disebut......"Kita berjuang meruntuhkan jahiliyah lalu kita menegakkan keadilan dan dasar ISLAM di atas runtuhnya jahiliyah itu"........tapi kalau kita dah menang dan nak perintah cuma macam tukar kuasa jer nak buat apa?

Kita kena tukar corak pimpinan kita agar dapat dicontohi oleh rakyat dengan baik, bukannya kita tukar pemimpin tapi apa yang dibuat macam sama jer.....

Kiriman: Abu Zarr

Sunday, July 27, 2008

PAS mungkin akan sukar dipercayai lagi selepas ini?

Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .

Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’.

Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.

Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.

Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.

Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.

Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.

Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat merasakan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.

Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.

Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.

Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar Al-Amin, Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.

Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.

Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”

Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya menjuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.

Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.

Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.

Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

http://peguampas.blogspot.com/2008/07/pas-mungkin-akan-sukar-dipercayai-lagi.html

Wednesday, July 23, 2008

Apa dah jadi? Ada ke team A, team B atau team C???

Saya cuma ingin menarik perhatian bahawa, kenapa adanya penerokaan kepada muzakarah/muqobalah PAS dan UmNo.

Kenapa beberapa nama pemimpin yang dikategorikan a dan b (dalam blog malaysia waves) ditimbulkan dan tersebar dalam banyak blog... pada saya isinya ada asas terutama pemimpin dalam categori "a" yang terdesak untuk mendapatkan semula tempat dalam politik arus perdana sekarang ini. Ini tambah pula kepada penyertaan timb presiden hingga dinyatakan ditawarkan TPM, jika tiada penerokaan awal maka tiadalah konflik dan berbagai pandangan sebegini.

So, pada saya kebenaran penerokaan awal ini telah terbukti, walau kita kata macam2 pada paklah dan umno yang terburu2 mendedahkan perkara ini, tetapi kalau pemimpin kita jujur pada ahli dan parti mereka terlebih awal inform, tapi disebabkan termakan dengan tawaran yang menarik itu maka mereka pendamkan.

Saya yakin dengan berita yang ditulis dalam blog berkenaan nama pemimpin yang hampir expired dan pemimpin kelas "b", pada saya mereka ini terliur dengan elaun menteri yang bernilai belasan ribu sebulan, sebab pada mereka elaun ahli parlimen pembangkang berapa lah sangat. Bukan saya menuduh tapi tengok kepada senario pecahnya rahsia muzakarah ini. Kenapa peringkat awal nafi , tetapi bila PM pecah tembelang baru nak mengaku ada 3 pertemuan....Masya ALLAH

Tidak dinafikan dalam majlis syura , kekadang muryid am pun tuang meeting, tetapi jika dilihat dari kenyataan beliau yang konsisten menolak saya rasa itu ada asas. tetapi kenyataan naib presiden (exco berbaju petak merah) saya tak ambil peduli sangat, sebab dia pun aim mb kelate tu..... Harap dia tak dapat.

Ok sebagai last, mana2 yang jadi perwakilan dalam muktamar di ipoh pada ogos ni, sila timbulkan tentang penama yang didedahkan dalam blog iaitu pemimpin kategori "a" dan "b".Kalau nak sangat jadi menteri sila keluar dengan MP sekali, sejarah pas kita pernah ada satu kerusi dalam parlimen, dan pernah keseorangan, tak pe, kita juga pernah hilang n/pres, nakhaie, masuk umeno, tapi parti terus juga berjalan.

Tim. pres yang menang atas ehsan rakyat kelantan sila beringat, rakyat kelantan pun ada integriti juga, jangan ingat keterbukaan kita dalam mengundi calon luar boleh berterusan sepanjang masa. Musim ni ada 4 calon luar sebagai MP, 1 adun sebagai Exco, cukup la tu. tak tahu lah saya jika ada orang kelate dalam groups ni yang setuju.

So, boleh lah tutup cerita pasal muzakarah ni hingga mukatamar mid august ni. harap ada penghujung dan pemimpin "a" dan "b", sila sedar dimana mereka berada. parti tak kuat kalau tak ada pendokong dan penyokong, macam PSM pemimpin kuat ahli tak ada...... no meaning.

BOLEHKAH PAS DITIPU LAGI?

Demi Allah! Saya tidak bermain politik:

Demikian ungkapan sumpah Perdana Menteri Tun Hussein Onn semasa berucap di parlimen bagi penubuhan MAGERAN di Kelantan yang membawa kepada peyingkiran PAS dari Barisan National pada tahun 1977.

Kini setelah berada dalam keadaan terdesak, UMNO mula sedar bahawa mereka memerlukan pihak lain yang selama ini dipencilkan bagi mengukuhkan kembali kedudukannya. Sebelum ini UMNO merasakan dirinya tidak mungkin tergugat kerana dikelilingi oleh rakan-rakan kongsi bukan Melayu yang berada dalam komponen BN. Namun jaminan tersebut nampaknya tidak dapat dipertahankan setelah ramai rakan dalam komponen turut kecundang dalam PRU 12 dan nampaknya tiada tanda-tanda dapat dipulihkan dalam masa terdekat ini.Justeru itu, UMNO mula menoleh kepada PAS, regu lawan seagama dan sebangsa yang pernah dilabelkan sebagai musuh nombor satunya dan suatu ketika dulu disifatkan lebih bahaya dari komunis. Mungkin kini baru timbul kesedaran baru kepada UMNO bahawa saudara seagama dan sebangsa walau pun bermusuhan, namun berguna juga akhirnya, terutama ketika menghadapi suasana yang mencemaskan.

Bertolak dari keinsafan itu, UMNO mula merisik kalau-kalau masih ada harapan untuk berbaik semula dengan PAS. Menerusi media massa yang merupakan alat propagandanya yang berpengaruh, UMNO mencanangkan isu kerjasama dengan PAS kononnya demi untuk kepentingan Melayu dan Islam. Pandangan pemimpin dan orang awam dicungkil untuk mewajarkan gagasan tersebut direalisasikan dengan segera. Ramai penulis digunakan untuk menghangatkan dada akhbar dengan idea penyatuan Melayu menerusi gagasan baru yang membabitkan UMNO-PAS. Sungguh indah bunyinya.

PAS diminta melupakan sejarah pahitnya semasa disepak dan diterajang olah UMNO dan kembali bertaut sebagaimana kiambang yang pernah dilanda biduk. Senyum manis UMNO yang menawan sebenarnya menggetarkan iman PAS sehingga terlupa sejenak bahawa mereka kini sedang berada dalam kem yang berlainan wadah.

Sebenarnya keikhlasan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS demi kepentingan Melayu dipertikai oleh banyak pihak. Jika UMNO benar-benar ikhlas, kenapa memilih PAS sahaja, tetapi tidak dijemput sama parti Keadilan Rakyat? Apakah parti tersebut tidak menyumbang kepada perpaduan Melayu? Andainya UMNO-PAS disatukan, apakah masalah perpaduan Melayu selesai tanpa penyertaan Keadilan yang kini sedang menembang sayapnya? Ini belum lagi termasuk parti sepihan PAS yang mungkin tertubuh ekoran tindakan PAS berkungsi dengan UMNO.

Sekarang Tengku Razaleigh beria-ia benar agar UMNO dan PAS mengadakan kerjasama. Kenyataan mengarut itu tidak lebih dari usaha untuk memenangi diri dalam pemilihan Disember ini. Bagi rakyat Kelantan, Tengku Razaleighlah antara yang bertanggungjawab menyebabkan PAS dihalau secara biadab dari BN dengan tujuan untuk merampas Kelantan dari PAS.

Kemudian setelah tersingkir dari UMNO dan menubuh parti Semangat 46, beliau sanggup bersama dengan PAS buat beberapa ketika tetapi akhirnya berpisah semula dan kembali kepada UMNO setelah membubar partinya sendiri. Sebab perpisahan kerana kononnya tidak sebulu dan tidak secocok dengan PAS.

Jika begitu pendiriannya, buat apa mengajak PAS berbaik semula sekarang. Tengku Razaleigh dan seluruh ahli PAS termasuk pemimpinnya perlu imbas kembali peristiwa tersebut kerana ianya masih segar dalam ingatan masyarakat Kelantan.

Kini Tuan Guru Menteri Besar Kelantan mengulas tentang muzakarah UMNO-PAS yang banyak diperkatakan di media massa dan media elektronik. Sebagai orang tua yang matang dalam PAS, beliau sedar apa yang telah berlaku terhadap parti tersebut sebelum ini. Sebab itu kenyataannya cukup berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Pemimpin UMNO patut menilai kenyataan tersebut sebab ia merupakan persepsi PAS terhadap UMNO.

Soalnya sekarang, patutkah PAS menyahut saranan UMNO untuk bekerjasama dan bermuzakarah tanpa restu anggota PR yang lain? Majoriti terbesar golongan akar umbi PAS yang sempat ditinjau berpendapat bahawa saranan tersebut tak perlu dilayan. Sebaliknya PAS perlu merangka agenda bersama PR demi untuk merubah masa depan negara yang kini hampir musnah di tangan BN.

Jika bahtera UMNO ditakdirkan tenggelam, biarlah ia pergi dengan selamat, sementara anak buahnya bolehlah dipelawa menyertai PAS atau Keadilan bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai itu.

Oleh othimbra