Thursday, November 12, 2009

Bai'ah Dalam Pas.....

Saya berminat untuk memetik dari blog "Perisik Rakyat" :

Mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.

No comments: