Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor.
Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.
Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.
Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.
Kini tujuh tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.
Pimpinan PAS sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli turut merasainya.
Almarhum sangat dikagumi dengan kehebatan dan kepintaran memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.
Kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.
Almarhum juga dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.
Ahli PAS dan pimpinan PAS perlu sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.
Dikalangan pimpinan muslimat menyifatkan Almarhum cukup `friendly’ walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti. "Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan’ jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami,"
Kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.
"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah,"
"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan..."
No comments:
Post a Comment