Saturday, May 30, 2009

Apa hala tuju calon Timbalan Presiden.....

Tiga orang calon Timbalan Presiden telah "confirm" bertanding. Masing-masing ada pendirian dan ada hala tuju......

Penyandang jawatan yang sedia ada ialah Ustaz Nasharudin telah "2" penggal menduduki tempatnya. Adakah banyak perubahan yang telah di bawanya? Banyak cerita telah kita dengar....? Ada yang mengatakan beliau "pro-muqabalah". Sehinggakan orang luar parti pun dah tahu...antaranya pihak media luar pun tahu.

Soal benar atau tidak, soal ianya fitnah atau tidak? Ianya perlu difikirkan oleh setiap perwakilan yang akan menentukannya. Perwakilan wajib mencari jawapan kepastian. Bukan hanya mengikut arus yang diperkatakan. Bukan mencari kepastian atau jawapan dianggap tidak "Walak".

Sebab kita perlu memilih pemimpin yang kita kenal pasti siapa dia dan layaknya dia. Bukan hanya menurut dan akur kepada apa orang lain kata......

Calon kedua ialah Hj Mohamad Sabu, ianya mempunyai banyak pandangan dan sudut yang perlu kita fikirkan bersama. Dia telah banyak menaburkan bakti dan dirinya kepada parti.....umpama menghambakan dirinya. Dia mahu membantu tugas-tugas Presiden. Hubungan antara kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dengan parti PAS ada dalam tangannya. Dia dikenali oleh semua pihak dan lapisan masyarakat. NGO-NGO berhubung dengan parti PAS melalui beliau. Semuanya adalah untuk memperkasakan parti PAS. Mengukuhkan kedudukan PAS di mata masayarakat......merakyatkan PAS ke semua lapisan.

Kalau untuk berceramah, buat masa ini belum ada tokoh lain boleh mengalahkan beliau. Ribuan orang akan hadir untuk mendengar ceramah dan mendengar berita terkini daripada beliau samada berita dalam atau luar negeri.

Banyak perhimpunan diketuai dan antaranya yang dipimpin oleh beliau, BERSIH, PROTES, ANTI YAHUDI, PALESTIN, PPSMI dan lainnya. Ujian lain banyak lagi yang telah dilalui....ISA, penangkapan Polis, kes mahkamah .....semuanya demi perjuangannya untuk parti PAS.

Calon ketiga ialah Hj Husam Musa, beliau telah membuat kenyataan rasmi dalam sidang media untuk bertanding. Cuma agak terkejut juga bila kita tengok. Dalam parti PAS belum ada pengakuan seperti itu dibuat oleh seorang calon yang cuba melabelkan calon lain dalam sidang media. Beliau juga telah membuat kenyataan untuk membuat satu pembaharuan dan hala tuju dalam parti PAS.

Ini bererti , ia seperti cuba melawan apa yang sedang dibawa oleh Presiden. Sebenarnya agak janggal juga bunyinya. Biarpun setakat ini beliau juga dikaitkan dengan beberapa perkara seperti "Erdogan" dan juga lainnya.

Banyak perbandingan yang perlu difikirkan oleh semua perwakilan.

Terpulang kepada semua perwakilan untuk membuat pilihan terbaik untuk menentukan apa sebenarnya hala tuju parti PAS.....serta menegakkan dasar parti PAS.

Demi perjuangan......

Tuesday, May 26, 2009

Calon Timbalan Presiden PAS

Sah.....sekarang telah disahkan bahawa calon Timbalan Presiden yang akan bertanding dalam kerusi pemilihan ini pada 6 Jun 2009 ialah:
1. Hj Mohamad Sabu
2.Dato' Husam Musa
3.Ustaz Nasharudin Mat Isa

Ketiga-tiga tokoh mempunyai pembawaan masing-masing. Cuma berbeza pengalaman dan haluan mungkinnya.....

Itu yang menjadi persoalan? Adakah benarnya isu yang menjadi bualan.... yang mana seorang pro-muqobalah (uMnO) dan yang seorang pro-erdogan (AnWar) .....akan tetapi seorang sahaja yang tulen kepada PAS.

Beliau telah diuji oleh berbagai rintangan termasuk ISA, mahkamah, penangkapan polis dan juga segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Beliau terus berprinsip dan prestasinya kepada perjuangan PAS tidak pernah luntur.

Beiau adalah PAS tulen......

Beliau bercita-cita untuk meneruskan dan memperjuangkan dasar parti PAS, demi masa depan PAS......tidak lupa juga tetap mahu mengekalkan kepimpinan ulama (MAJLIS SYURA ULAMA) , kerana pada zaman mudanya lah kepimpinan ulama diperkenalkan.

Beliau juga mahu membantu tugas-tugas Presiden.....tugas apa?

Banyak yang perlu dilakukan , antaranya PAS perlu kepada sokongan NGO-NGO, masyarakat Cina, masyarakat India, masyarakat lain-lain campuran, golongan intelektual dan professional (seperti Dato' A.Samad Said dll), golongan-golongan muda dan tua , serta kerjasama dan pendekatan kepada parti-parti lain.

Kepada semua perwakilan PAS .....fahamilah , renungilah ......dan juga jangan tersilap pilih.

Selamat bermuktamar......dan memilih nanti.

Saturday, May 23, 2009

SENARAI CALON YANG LAYAK BERTANDING MUKTAMAR AGUNG PAS

KUALA LUMPUR, (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP
1. Abu Kassin Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasuruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa
4. Mohamad Sabu
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN
01. Ahmad Awang
02. Azizan Abd Razak
03. Mohamad Sabu
04. Harun Taib
05. Hassan Mohd Ali
06. Husam Musa
07. Idris Ahmad
08. Kamaruddin Jaffar
09. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man

AHLI JAWATANKUASA KERJA
01. Abdul Aziz Yaakob
02. Abdul Ghani Abdul Rahman
03. Abdul Ghani Shamsuddin
04. Abdul Halim Abdul Rahman
05. Abdul Wahab Ismail
06. Abdul Wahid Endut
07. Abdul Rani Osman
08. Abu Bakar Chik
09. Adly Zahari
10. Ahmad Awang
11. Ahmad Rosli Ibrahim
12. Ahmad Yaakob
13. Ahmad Yunus Khairi
14. Aiman Athirah al-Jundi
15. Aminolhuda Hassan
16. Amiruddin Hamzah
17. Anuar Tan Abdullah
18. Asmuni Awi
19. Azizah Khatib Mat
20. Azizan Abdul Razak
21. Azman Shapawi
22. Che Rosli Che Mat
23. Dzulkifli Ahmad
24. Halimah Ali
25. Hamzah Abdullah
26. Hamzah Jaffar
27. Harun Taib
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak
29. Hassan Mohd Ali
30. Hashim Jasin
31. Hayati Othman
32. Husam Musa
33. Idris ahmad
34. Iskandar Abdul Samad
35. Kamaruddin Jaffar
36. Khairuddin Abdul Malik
37. Khalid Samad
38. Khalil Idham Lim
39. Lo'Lo' Mohd Ghazali
40. Mahfodz Mohamed
41. Mahfuz Omar
42. Mazlan Aliman
43. Mariam Abdul Rashid
44. Misbahul Munir Masduki
45. Mohamad Sabu
46. Mohamad Noor Mohamad
47. Mohamed Hanipa Maidin
48. Mohd Amar Abdullah
49. Mohd Anuar Tahir
50. Mohd Apandi Mohamed
51. Mohd Hatta Ramli
52. Mohd Nasir Mustapha
53. Mohd Taufek Abdul Ghani
54. Mohd Yusof Husin
55. Mujahid Yusuf Rawa
56. Mumtaz Md Nawi
57. Nasharuddin Mat Isa
58. Nasrudin Hassan Thantawi
59. Nasuruddin Daud
60. Nik Abduh Nik Aziz
61. Nik Mazian Nik Mohamad
62. Nik Mohd Zawawi Salleh
63. Nizar Jamaluddin
64. Norazli Musa
65. Nuridah Mohd Salleh
66. Omar Mohamad
67. Othman Sabran
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi
69. Rosli Yaakob
70. Sabki Yusof
71. Salahuddin Ayob
72. Sallehen Mukhyi
73. Shaari Sungib
74. Shafie Abu Bakar
75. Siti Mariah Mahmud
76. Siti Zailah Yusuf
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
78. Taib Azamuddin Md Taib
79. Takiyuddin Hassan
80. Tuan Ibrahim Tuan Man
81. Wan Abdul Mutalib Embong
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
83. Wan Hasrina Wan Hassan
84. Yusof Embong
85. Zulkefly Mohamad Omar
86. Zulkifli Ahmad

PEMERIKSA KIRA-KIRA
01. Ali Maidin
02. Ishak Surin
03. Khalid Samad
04. Khalil Idham Lim
05. Mohd Rashidi Hassan
06. Mohd Taulan Rasul
07. Musanif Abd Rahman
08. Muzammil Hafizd
09. Syed Mohamed Syed Hassan

Wednesday, May 20, 2009

Kes Nizar Menang Atau Kalah?

Sepatutnya kes YAB DS Nizar memohon untuk menolak penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuatnya di Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Rayuan) dibuat pada 18 Mei 2009 yang lepas.

Tetapi mahkamah telah menangguhkan perbicaraan dari 18 ke 21 Mei 2009 ini. Keputusan akan dibuat pada 22 Mei ini..... Wah....bukan main cepat ye....kalau kes melibatkan pemimpin UBN cepat betul mahkamah menjalankan kes dan dalam sejam keputusan Hakim untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pun boleh dibuat.

Tetapi , kalau kes Pakatan Rakyat.....Hakim boleh main tangguh-tangguh.

Sebenarnya keputusan untuk YAB DS Nizar ni untuk menang pun payah sekali....tetapi kalau menang juga pun jadi payah....

Sebab apa, ingat UBN tu nak ke bubar semua DUN Perak untuk mereka hilang kuasa..... No Way Man!......kuasa Yeop..... Bukan rebut goreng pisang atau rebut buah dam hoiiii.....

Najib kata nak runding.... orang kata mungkin Najib akan ikut dan setuju untuk bubar 3 DUN yang rasuh tu..... Apa? ingat sikit ke dia orang keluar duit berjuta untuk bayar 3 orang hantu tu untuk lompat..... Dah tentu banyak! takkan nak korban balik 3 DUN tu....

Kalau piliharaya untuk 3 DUN berjalan..... confirm UBN akan hancur, dan kerajaan Pakatan Rakyat akan berkuasa semula.....

Ingat UBN boleh terima ke? UBN akan menggunakan segala apa yang dia ada baik kuasa atau duit untuk menggagalkan semuanya....

Yang penting UBN masih menguasai Perak dan mamak Zambry tu masih jadi MB......

Monday, May 18, 2009

Ulama Penggerak Demokrasi.....

PAS memang perlu dipimpin oleh para Ulama..... Jadikannya segala keputusan mereka boleh menjadi contoh dan ikutan oleh semua pihak....

Baik apa yang dikata , dibincang atau yang dicadangkan oleh Majlis Syura Ulama mestilah satu keputusan yang tepat.....

Bukan keputusan hanya seseorang atau hanya sebahagian kecil......

Keputusan mestilah sebulat suara keseluruhan Majlis Syura Ulama.....

barulah PAS akan kuat...... Ulama-ulama juga harus mendepani demokrasi


(Antara program Dewan Ulama' PAS Pusat bersama Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi)
Bertajuk : Ulama' dan Pencerdasan Umat Dalam Kehidupan Demokratik

Saturday, May 16, 2009

I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!
Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu)
* 16Mei 2009



* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA,
yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya
iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku.
(Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang
Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo
adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

Thursday, May 14, 2009

Ahli Parlimen UK dan Ahli Parlimen Kita

Baru-baru ni, saya melihat berita tengahari jam 1.30pm. Dalam berita tu menyebutkan masalah yang sedang berlaku kepada ahli-ahli parlimen di UK. Amalan pembaziran sudah mula berlaku.

Bukan apa, kalau tuan-tuan nak tahu di negara UK tu, memang mengamalkan ketelusan dan intergriti yang baik.

Cuba bayangkan ada beberapa orang parlimen yang dah mula membazir di UK telah dipanggil dan beri tunjuk sebab.

Tapi bukan apa, cuma beli sinki air untuk dapur rumahnya yang berharga 300 Pound dan juga membeli pasu-pasu bunga untuk hiasan rumah pun telah kena panggil.

Tapi di Malaysia, ahli parlimen kita beli kereta dan susun kat rumah macam pasu bunga pun tak kena panggil.

Belum lagi , beli rumah mewah banyak-banyak, tinggal di hotel-hotel mewah 5 star, naik kapal terbang business class, pergi melancung luar negara guna duit rakyat, beri projek mewah-mewah pada kroni-kroni dan seribu satu lagi pembaziran serta penyelewengan.

Tapi......ahli-ahli parlimen kita boleh, sebab Malaysia Boleh!!!!!

Sunday, May 10, 2009

Israel mahu mengganyang nuklear Iran



Benjamin Netanyahu Perdana Menteri baru Israel memberitahu majalah Atlantic bahawa Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran jika Presiden Amerika Barack Obama gagal melakukannya.

Benjamin seolah-olah meletakkan Obama dalam tekanan. Katanya, "bertolak ansur Obama dengan Iran dihormati tetapi jika ianya mengambil masa, kami terpaksa melakukannya sendiri. Tiada pilihan lain kecuali menghancurkannya".

IAEA mengesahkan keupayaan Iran membina nuklear bagi tujuan peperangan masih jauh untuk dicapai.

Namun bagi Israel, provokasinya untuk melihat Amerika dan negara-negara sekutunya menjalankan misi tersebut tidak kira apa kaedah digunakan.

Negara sekecil Israel melompat-lompat dihadapan muka pemimpin bangsa Arab seolah-olah tikus melompat dihadapan kucing yang tidak bergigi.

Sesungguhnya pemimpin bangsa Arab perlu menjaga Israel agar istana, kedudukan, kewangan dan kuasa mereka yang selama ini digunakan untuk berfoya-foya tidak diganyang Netanyahu.

Ahmadenijad Presiden Iran bukanlah dari kalangan pemimpin-pemimpin 'haprak' negara-negara bangsa Arab itu.

(eramuslim)

Ya......Semua mahu Ulama

Sebok , semakin sebok sekarang ni memperkatakan dan memperbincangkan tentang ulama , maklumlah dalam kes pemilihan jawatan no 1 dan no 2 dalam PAS.

Walaupun sebenarnya dalam PAS itu sendiri telah melahirkan ulama-ulama terkenal, tetapi masih lagi dipertikaikan antara ulama yang dikeluarkan dari universiti terkenal dalam dan luar negara dan ulama yang dikeluarkan pula melalui universiti terbuka PAS.

Apakah nilai secebis kertas lebih bernilai dari pengalaman dan tarbiyyah secara direct?

Walaupun sebenarnya, kita mengakui Kepimpinan Ulama yang dimaksudkan ialah perlunya kita menguatkan Majlis Syura Ulama itu sendiri menjadi sekuat-kuatnya pegangan kita.

Sehinggalah kita merasakan keputusan Majlis Syura Ulama itu berkuasa hinggalah ke tahap boleh memanggil atau memecat Presiden atau Timbalan Presiden sekiranya mereka telah melanggar arahan dari Majlis Syura Ulama ( dan juga kepada semua AJK PAS Pusat , serta kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya ).

Mana boleh nanti......Presiden pula yang panggil Majlis Syura Ulama mengadap untuk memberikan penerangan kepada Presiden. Itu dah terbalik.....

Tapi , saya memang setuju kalau nak Ulama jugak....

Tapi...... Ustaz Azizan dan Ustaz Nasharudin , cuma ustaz.......dia orang bukan ulama lagi

Kalau ada Ulama lain yang hebat saya akan sokong , .......tapi kalau Ustaz Azizan dan Ustaz Nasharudin bukan ulama.....

Tuan2 nak tahu check la sendiri.....

Saturday, May 9, 2009

AHMAD, HARUN DAN KAMBING


Kunjungan Menteri Besar Terengganu ke rumah Adun Manir, yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib untuk membeli dua ekor kambing boer nampaknya bukan saja menjadi buah mulut, tetapi mengundang bermacam-macam spekulasi.

Penjelasan Harun bahawa kunjungan itu tak ada kena-mengena dengan soal politik, tapi semata-mata kerana kambing dan tiada yang lain melainkan kambing, nampaknya tak cukup kuat untuk meyakinkan khalayak.

Adat mulut orang, adalah yang gatal-gatal bertanya, kalau nak beli kambing pun kenapa Ahmad mesti pergi sendiri? Akan ada juga yang berkata, takkan di seluruh Terengganu cuma Harun yang membela kambing boer? Takkan dua ahli politik tidak berbincang apa-apa apabila duduk bersua muka? Kemudian datanglah soalan cepu mas: kalau depa berbincang, apa yang dibincangkan?

Dan berjam-jamlah masa dihabiskan untuk bercakap mengenainya dan membuat bermacam-macam spekulasi.

Sama ada ianya menjadikan dunia politik kita lebih indah atau pun tidak, terserah pada anda untuk memikirkannya.

Yang pasti, kita akan terus begini...mungkin sehingga beribu-ribu tahun lagi!

Wednesday, May 6, 2009

Kepimpinan Ulamak....." Perjuangan Hidup Mati UMNO....???"

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

Respons By Readers:

“Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:

Antara nama-nama yang tertonjol ialah:

1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor Teliar

Agaknya ketua Dewan Ulama PAS terlupa nama-nama besar ini kerana terlalu semangat hendak mempertahankan asabiyyah geng pengajian aliran arab .

Lihatlah juga ketika terbentuknya BERJASA, siapakah tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bersama-sama Ibrahim Ali membela Datuk Mohd Nasir? dan menyertai BN selepas PAs ditendang?. Ketua Dewan Ulama tentu masih ingat, kerana kita orang biasapun masih ingat bagaimana beliau dengan sikap kasarnya (kurang adab?) menyerang bapa mertuanya, yalah walaupun berlainan faham.Bukankah ramai yang berhijrah meninggalkan PAS ketika itu adalah golongan ulama?

Bagaimanapun kerana Ketua Dewan Ulama yang sekarang dan yang telah pencen berkata perkara yang di sebaliknya, maka kita akan terus menyokong mereka, maklumlah mereka adalah ulama, maka kita akan laungkan “betul!, betul!, betul! - Saud Said

“one thing I always wondered is why PAS always thinking SMALL?
I remember one of the reasons why many of my collegues (among Malay professionals) do not want to vote PAS was because they think PAS never project a clear vision as an alternative to UMNO let alone as a credible force to govern Malaysia….

This ill-advised and stupidity about the unity government with the corrupt umno will most definitely take away some muslim and non-malay votes in the next GE if PAS does not do a proper damage control….

PAS will be remebered as another wolf in a sheep clothing. It’s as racist as umno after all. When push comes to shove…they would rather run away and join UMNO which has been kicking them like dogs eternally and what is worse corrupted to the gills. How low can PAS get than this?…

And for the ‘mee -goreng’ ulamak their primary role is to be the elder statesmen in majlis syura’ , strenghthen and improve the majlis, and guide these leaders in the Islamic aspects if you think you’re better then them. - Botobudu Hija

“so, u nak kata yg Dewan Ulama juga telah digunakan oleh UMNO utk propaganda mereka????”

ada di antara ahli ahlinya, yes!…

“pecahkan benteng yang dibina UMNO selama ni…”

mana mungkin kalau masih ada “yang nak perkasakan umno”? - Hussin AbdAziz

________________________________________________________________

Original Post:

UMNO akan pertahankan bermati-matian Kepimpinan Ulamak di dalam PAS demi masa depan UMNO dan Barisan Nasional. Atas tujuan itulah, Utusan Malaysia diarahkan menjadi lidah rasmi bagi golongan Pro UMNO di dalam PAS.

Tiada perpecahan di dalam PAS dan PAS tidak berpecah kepada golongan Ulamak dan golongan Profesional seperti yang digembar-gemburkan. Meminjam kata-kata Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, apa yang ada hanyalah Ulamak-Profesional. Iaitu, golongan ulamak yang juga berkebolehan tinggi dalam profesion masing-masing dan golongan profesional yang juga ulamak didalam bidang mereka.

Apakah itu ulamak dari sudut bahasa? Apakah itu definasi ulamak dari sudut agama? Jadi jelaslah jika di ambik dari konteks jawapan Tok Guru Nik Aziz, para pemimpin PAS hari ini bukanlah pemimpin yang jahil dan tidak berpengetahuan terutama di dalam bidang agama dan hukum walaupun itu bukanlah kepakaran mereka.

Tidak seperti di dalam UMNO dimana hanya pemimpin mereka yang berpendidikan formal dalam bidang agama sahaja berpengetahuan luas dalam bidang agama dan boleh diharapkan untuk bercakap soal agama tetapi, di dalam PAS, tak kira apa kelayakan ijazah pertama, atau ijazah sarjana pemimpinnya, semua telah melalui satu proses yang sungguh rejimental dan menjadikan mereka amat luas pengetahuannya didalam bidang agama.

Sebab itulah kadang-kadang Tuan Guru sendiri secara peribadi meminta pemimpin PAS yang bukan berkelulusan bidang agama menggantikannya mengajar agama di kuliah Jumaatnya di Medan Ilmu.

Di dalam ucapan-ucapannya, Tuan Guru sering mengulangi bertapa dia bercita-cita mahu pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Kelantan kelak dipimpin oleh profesional yang juga al hafiz dan dalam ilmu pengetahuan agamanya. Sehinggakan Tok Guru sendiri memuji seorang Pegawai Tinggi Polis Kelantan kerana membaca khutbah Jumaat.

Maka amatlah gembira dan sejuk hati Tok Guru bila pemimpin-pemimpin PAS yang berkelulusan undang-undang, perubatan dan ekonomi boleh mengajar agama kepada masyarakat. Maka lahirlah generasi Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak didalam PAS.

Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

UMNO takut PAS akan keluar dari kepompong imej itu. UMNO mahu PAS hanya terus disokong oleh golongan yang mahu ke ‘syurga’ semata-mata.

Oleh yang demikian, UMNO perlu pastikan Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak yang dikata Tok Guru tidak berjaya melangkah ke puncak kepimpinan PAS. Apalagi jika Ulamak-Profesional, Profesional-Ulamak ini dilihat sebagai tokoh yang berkaliber oleh semua lapisan masyarakat baik Melayu atau bukan Melayu, baik Islam atau bukan Islam.

Hanya dengan memastikan golongan ini tidak menerajui jawatan-jawatan tertinggi dalam PAS, UMNO akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai parti induk orang Melayu.

Sejak 8 Mac 2008, PAS buat pertama kalinya telah berjaya menikmati sokongan kuat pengundi-pengundi bukan Melayu dan pengundi-pengundi Melayu urban dan muda. Dua faktor utama mengapa ini berlaku ialah pertamanya imej yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz dan kepimpinannya telah mula tersebar keluar menerusi jaringan teknologi komunikasi moden hari ini. Kalau sebelum ini UMNO berjaya memberi persepsi bahawa kepimpinan PAS di Kelantan amat daif dan amat mengerikan kepada bukan Islam dan anak-anak muda, dengan kemodenan teknologi komunikasi hari ini, UMNO tidak lagi mampu menyekat pengaliran informasi tulen dari terus ke khalayak. Orang-orang bukan Islam dan anak-anak muda mula jatuh hati dengan Tok Guru yang bagi mereka suatu ciptaan yang indah di dunia ini.

Faktor keduanya ialah bangkitnya pemimpin-pemimpin baru dari PAS yang berjaya memberi persepsi segar kepada masyarakat massa. Pemimpin yang bagi mereka bijak, bertamadun tinggi dan bersikap terbuka. Pemimpin-pemimpin ini telah berjaya membuat mereka tidak lagi takut kepada Islam seterusnya menerima PAS bukan sebagai parti yang terdiri daripada golongan ektremis dan fanatik agama sebaliknya, Parti yang akan membawa harapan baru kepada mereka yang mahukan kerajaan yang bersih, jujur dan bertanggungjawab.

Jika orang-orang bukan Islam sudah boleh mempercayai PAS, sudah tentu lebih mudah bagi orang-orang Islam dan Melayu untuk menerima PAS. Ini tidak mungkin boleh dibenarkan berlaku oleh UMNO. Oleh itu UMNO perlu membantu segelintir dalam PAS untuk mendefinasikan semula Kepimpinan Ulamak dan UMNO perlu memberi persepsi kepada Masyarakat bahawa PAS adalah parti yang kolot.

Cerdik pandai dalam ilmu dunia tidak akan mungkin meneraju PAS kerana PAS adalah parti untuk akhirat semata-mata. Itulah slogan yang UMNO mahu dari PAS. Oleh itu, mereka yang masih mahu hidup di dunia ini seperti mereka akan hidup seribu tahun lagi tidak akan mengundi PAS. Hanya mereka yang merasakan mereka akan mati esok hari sahaja yang perlu mengundi PAS. Itulah tugas Utusan Malaysia.

Muktamar PAS pada Jun ini adalah peluang terakhir bagi UMNO untuk mengekalkan ketuanan UMNO mereka. UMNO perlu menyakinkan perwakilan PAS untuk mengekalkan status quo dan melantik mereka yang ‘UMNO friendly’ and ‘Malay Unity friendly’ ke singgahsana.

Sebabnya ada dua. Pertama ialah kemungkinan penyatuan antara UMNO dan PAS boleh berlaku tidak kira didalam apa bentuk demi mengekalkan ketuanan UMNO. Jika ada persefahaman antara UMNO-PAS, UMNO akan dapat mengelak daripada bersemuka dengan PAS didalam PRU 13 kelak. Oleh itu berterusanlah status quo. UMNO selamanya akan lebih besar dari PAS dan selamanya agenda Melayu akan lebih besar dari agenda Islam.

Namun, jika ini tidak perlaku, tidaklah satu kerugian bagi UMNO, kerana UMNO telah berjaya membantu mengembalikan jenama lama kepada PAS. PAS bukan lagi tempat harapan masa depan bagi mereka yang tidak berpendidikan formal agama. Maka imej lama PAS sebagai parti ustaz dan lebai akan kembali semula. Mana-mana pemimpin muda yang istimewa bakatnya tetapi tidak berpendidikan formal dalam bidang agama juga mungkin merasakan PAS bukan parti yang sesuai untuk mereka masuki kerana masadepan mereka takkan ke mana.

Hari-hari yang akan datang merupakan detik-detik penting didalam proses pemulihan semula UMNO dan hari-hari yang amat meletihkan kepada wartawan dan penyunting Utusan Malaysia.

http://kickdefella.wordpress.com/

Haji Mohamad Sabu di tangkap di Jalan Pahang....

Esok pagi bersidang DUN di Perak..... tak tahu persidangan halal atau haram?

Orang PAS pula bercadang esok pagi kita nak bersholat hajat di Manjoi , Ipoh. Kita ingin bermunajat memohon kepada ALLAH agar keamanan bagi seluruh negeri Perak dan memohon agar DUN Perak segera dibubarkan...... kerana bila DUN Perak dibubarkan sebenarnya masalah krisis perlembagaan di Perak mudah diselesaikan.

Jadi kes Munajat Perdana ni.....telah dimaklumi antara yang mungkin menjadi ancaman esok............Makanya baru sekejap tadi , dalam jam 3.00 petang Hj Mohamad Sabu telah ditangkap di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Lebih kurang 10 orang Special Branch telah mengheratnya ke dalam kereta biasa , sebanyak 3 biji kereta biasa yang datang dengan mereka dan tak tau di bawa ke mana?

Semasa kejadian itu bersama Hj Mohamad Sabu ialah YB Salehudin Ayub , Ali Maidin dan Razak Taman Melewar turut sama menghalang tetapi gagal kerana ramainya SB.

Itulah perjuangan Hj Mohamad Sabu.......asyik2 dia kena tangkap, tapi orang tak tahu atau buat2 tak tahu.....

Monday, May 4, 2009

MUNAJAT PERDANA



(Dari Pengerusi Badan Mobilisasi Demokrasi PAS)
TUAN HAJI MOHAMAD SABU

MUNAJAT PERDANA
Mohon
Pihak Berkuasa BUBAR DUN
&
Keamanan Negeri Perak

Jam
5.00 pagi

Tarikh
07 Mei 2009 (Khamis)

Tempat
Masjid Al-Ittihadiyah
Kg Tg Husin Baru Manjoi, Ipoh Perak

Semua Dijemput Hadir
Dengan Berpakaian Hitam (Tanda Matinya Demokrasi di Malaysia)
Bukan Islam Juga Dijemput Hadir Sebagai Tanda Sokongan

FORUM KHAS PENCABULAN DEMOKRASI

FORUM KHAS :PENCABULAN DEMOKRASI

TARIKH : 9 HB MEI 2009, SABTU

TEMPAT : MARKAS TARBIAH PAS, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR

MASA : 9 MALAM

AHLI PANEL:

1. TUAN HJ MOHAMAD SABU - NAIB PRESIDEN PAS

2. DR AZIZ BARI - UIA

3. MR RAGUNATHAN - PRESIDEN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA

4. MUSTAFA KAMIL AYUB - NAIB PRESIDEN PKR


SEMUA DIJEMPUT HADIR

KEPIMPINAN ULAMAK DALAM PAS : SATU KAJIAN SEMULA


PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?
Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.


Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.


Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.



Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.

Akhukum fil Islam
Mohamad Hasan Marzuki
(Kiriman Sahabat PAS)

Sunday, May 3, 2009

Pencalonan Timbalan Presiden......

Tersebar dalam media mengatakan keputusan Majlis Syura telah membuat keputusan untuk membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dari golongan ulama sahaja.

Ada maklumat lain yang disahkan kebenarannya, bahawa Pesuruhjaya Negeri Johor iaitu Prof.Dr. Mahfuz (beliau juga adalah ahli mesyuarat Majlis Syura) mengatakan bahawa tiada satu keputusan pun yang telah menetapkan jawatan Presiden atau Timbalannya mesti dari golongan ulama.

Ni macam mana Ust Daud Iraqi ni?

Tapi cerita pasal kepimpinan ulama ni sekarang telah heboh dalam semua blog yang top 10 (tuan boleh baca sendiri)....

Kenyataan dari Prof.Dr. Mahfuz sendiri, yang penting kepimpinan ulama ialah menghidupkan Majlis Syura Ulama itu. Dimana Majlis Syura Ulama itu mestilah lebih tinggi dan boleh memanggil atau memecat mana-mana AJK termasuklah Presiden atau Timbalannya kalau mereka menyeleweng dari dasar parti PAS.

Tambahnya lagi, seluruh 25 kawasan Johor mendapat amanat dari Perhubungan Negeri Johor meminta mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan Jun ini.

Laporan lain pula , juga ada pencalonan beberapa kawasan dari Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor juga mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Kita tunggu lagi dari beberapa negeri lepas ni......Insya ALLAH , teruskan perjuangan Abg Mat.

Perbahasan Isu Ulama......

Sehari dua ni berita pelik.......TV3, Rtm TV1 dan akhbar yang disokong Umno pula sebok nak bercerita tentang pemilihan muktamar PAS pada bulan Jun ni.

Apa kena mengena pula dia orang sebok bercerita tentang pemilihan dalam PAS nie? sejak bila pula dia orang beri kita peluang untuk bercerita hal dalaman kita untuk maklumat umum.....?

Dia orang ni suka-suka menyebok? atau ada orang dalam ni....yang cuba menggunakan media tu semua untuk membuat sebaran berita dan kempen....?

Atau kita dah ada di sebalik perbincangan untuk percaya dengan puak-puak Umno dan semua media dia orang ni......merbahaya tau!

Setahu saya, kita memang tak percaya dengan berita-berita TV3, Rtm atau akhbar Umno ni termasuklah utusan meloya tu.....dan lain2 yang sewaktu dengannya....

Apa isu sebenar yang nak diceritakan tentang perbahasan isu ulama ni.....

Hentam sungguh puak2 Erdogan tu.....dan puji sangat pula semacam nak membela ulama nie.....
TV3 , RTM dan Umno ni dah percaya dengan ulama pula sekarang?

Macam ada maksud di sebalik puji dan sebaran berita (maklumat) kepada umum ni....