Thursday, June 18, 2009

Dakwah kepada Firaun?

Banyak perbincangan termasuk dalam muktamar yang baru lalu berhujah, agar hujah2 tersebut sesuai utk jawapan kepada UG ini.....antaranya berdakwah kpd umno, sehingga ada yg membuat contoh Nabi Musa berdakwah kpd Firaun.....

Tetapi jangan lupa....Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri....tapi Baginda berdakwah utk meminta Firaun ikut Baginda.....bukan Baginda ikut Firaun....sehingga Baginda mengatakan bahawa Firaun adalah "TAGHUT" ....dan bila Firaun terlalu marah dan tak boleh terima di burunya Nabi Musa hingga menyeberangi laut....

Dan dalam dakwah kepada Firaun pula dalam istana nya ada Masitah dan Asiah.....yang menyokong Nabi Musa....tetapi dalam umno ada gak Masitah tapi ada Rosmah....jadi kena ingat......

dan cuba ingat semula Amanat Hj Hadi dulu:

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!

KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!

KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!

MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!

UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!

DERMA KITA ADALAH JIHAD!

DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA

BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!

KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!

KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!

KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!

TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!


Mudah2an kita terus jadi orang yang berfikir......

3 comments:

eXception said...

PAS pun kafir gak sebab memperalatkan agama Islam sebagai alat politik demi kepentingan parti. Betul ke BN ni Firaun? Dah ada ke yang kena rebus hidup-2? Setahu saya, zaman Firaun, nak kutuk Firaun pun dah kena hukum bunuh. Insaflah PAS, jangan halalkan fitnah. Akhirat kelak, daging saudara mu akan jadi santapan kamu nanti.

http://eXception2008.blogspot.com

pemimpinrakyat said...

Kalau lah.....

1. mengamalkan sistem riba
2. mengamalkan rasuah
3. menghalalkan judi
4. membiarkan maksiat dan kezaliman berleluasa
5. membohongi rakyat dengan kuasa dan media
6. mengizinkan tangkapan ISA tanpa perbicaraan di mahkamah
7. membiarkan pembunuhan altantuya bebas dan menutup rahsia
8. memeras rakyat untuk kekayaan kroni2
9. menindas rakyat dengan undang2 yang tidak adil
10. pemimpin2 kaya dan mewah, tapi biar rakyat menderita sehingga merana
11. membunuh mangsa memali dengan kuasa dan utk kuasa
12. membohongi rakyat dalam pilihanraya
13. membohongi rakyat guna SPRM dan BPR yang tak pernah adil?
14. dulu meroboh setinggan dan rakyat miskin
15. membuang bahasa malaysia dalam sistem pendidikan
16. membuang tulisan jawi di peringkat sekolah
17. menutup bantuan sekolah agama rakyat
18. memberikan kekayaan dan balak pada kroni
19. memberikan kekayaan kepada projek2 mega kepada kroni
20. membuat projek2 gajah putih hanya semata2 utk projek dana umno/BN
21........dan banyak lagi bohong?

hang nak jawap apa.....sama macam firaun atau lebih lagi tu.....ni namanya firaun moden

ANNAS said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu