Sunday, May 3, 2009

Pencalonan Timbalan Presiden......

Tersebar dalam media mengatakan keputusan Majlis Syura telah membuat keputusan untuk membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dari golongan ulama sahaja.

Ada maklumat lain yang disahkan kebenarannya, bahawa Pesuruhjaya Negeri Johor iaitu Prof.Dr. Mahfuz (beliau juga adalah ahli mesyuarat Majlis Syura) mengatakan bahawa tiada satu keputusan pun yang telah menetapkan jawatan Presiden atau Timbalannya mesti dari golongan ulama.

Ni macam mana Ust Daud Iraqi ni?

Tapi cerita pasal kepimpinan ulama ni sekarang telah heboh dalam semua blog yang top 10 (tuan boleh baca sendiri)....

Kenyataan dari Prof.Dr. Mahfuz sendiri, yang penting kepimpinan ulama ialah menghidupkan Majlis Syura Ulama itu. Dimana Majlis Syura Ulama itu mestilah lebih tinggi dan boleh memanggil atau memecat mana-mana AJK termasuklah Presiden atau Timbalannya kalau mereka menyeleweng dari dasar parti PAS.

Tambahnya lagi, seluruh 25 kawasan Johor mendapat amanat dari Perhubungan Negeri Johor meminta mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan Jun ini.

Laporan lain pula , juga ada pencalonan beberapa kawasan dari Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor juga mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Kita tunggu lagi dari beberapa negeri lepas ni......Insya ALLAH , teruskan perjuangan Abg Mat.

1 comment:

Unknown said...

Kita kritik umno cara pemilihan guna UNDI BONUS tapi tidak kan dengan menyebut calon Nombor satu dan Nobmor Dua dalam PAS misti Ulamak juga undi Bonus atau cuba nak perkenalkan undi bonus pada individu yang tertentu