Saturday, May 9, 2009
AHMAD, HARUN DAN KAMBING
Kunjungan Menteri Besar Terengganu ke rumah Adun Manir, yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib untuk membeli dua ekor kambing boer nampaknya bukan saja menjadi buah mulut, tetapi mengundang bermacam-macam spekulasi.
Penjelasan Harun bahawa kunjungan itu tak ada kena-mengena dengan soal politik, tapi semata-mata kerana kambing dan tiada yang lain melainkan kambing, nampaknya tak cukup kuat untuk meyakinkan khalayak.
Adat mulut orang, adalah yang gatal-gatal bertanya, kalau nak beli kambing pun kenapa Ahmad mesti pergi sendiri? Akan ada juga yang berkata, takkan di seluruh Terengganu cuma Harun yang membela kambing boer? Takkan dua ahli politik tidak berbincang apa-apa apabila duduk bersua muka? Kemudian datanglah soalan cepu mas: kalau depa berbincang, apa yang dibincangkan?
Dan berjam-jamlah masa dihabiskan untuk bercakap mengenainya dan membuat bermacam-macam spekulasi.
Sama ada ianya menjadikan dunia politik kita lebih indah atau pun tidak, terserah pada anda untuk memikirkannya.
Yang pasti, kita akan terus begini...mungkin sehingga beribu-ribu tahun lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment