Hari ini saya mendapat maklumat dari teman yang boleh dipercayai.....
Maklumat apa?
Keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Bintang.......
Biasalah dekat-dekat nak muktamar nie.....semua kawasan sebok bermesyuarat. Ada yang sudah...ada yang belum.....dan ada yang tak boleh mesyuarat....tapi jangan sebut, segan saya dan nanti ada yang marah pula....
Tapi , jangan lambat-lambat tuan , sebab tarikh akhir kalau tak silap saya pertengahan bulan Mei dah tutup kot....kalau silap maaflah yea....
Ok.....kita cerita pasal keputusan Bukit Bintang nie.....syok juga saya dengar, jangan pula kata ini pendapat saya....cuma kita nak syer, apa pendapat dan keputusan dia orang.....
Kawasan telah memutuskan beberapa calon dicadang untuk diketengahkan, antaranya ialah:
1. Presiden ----- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
2.Timb Presiden -------Tuan Hj Mohamad Sabu
3. Naib Prsiden -------Hj Husam Musa, Hj Hanifa Maiden, Ust Nik Amar Nik Abdullah
4. AJK PAS Pusat :
-Ustazah Nuridah
-Ustaz Idris Ahmad
-Dr Mahfoz(PJ Johor)
-Nasir Mustapha (Adun Kubang Rotan)
-Nizar (MB Perak)
-Mazlan Aliman
-Adly Zahari (TPJ1 Melaka)
-Hjh Wan Hasrina (Ketua Muslimat Selangor)
-Hj Takiyuddin
Yang lain-lain bakinya akan diputuskan dalam mesyuarat AJK Kawasan....
Itulah keputusan mereka.......tapi bukan nak kata apa, kalau-kalau kawasan lain setuju dengan cadangan mereka ikutlah.......
Tapi, secara peribadi ......saya cukup menyokong dengan jawatan no1 dan no2
Cuma .....saya bukan perwakilan......dan tak boleh mengundi
Semuga akan berlaku perubahan dalam saf kepimpinan PAS dan memantapkan lagi perjuangan PAS yang telah lam kita tunggu-tunggukan
Saturday, April 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
yang paling aku sokong,mat sabu jadi timbalan presiden..TAKBIR !!
Ini adalah satu susunan Pinpinan Pusat yang bijak tak sangka kita sama....Menepati ciri ciri
1. Istikomah dgn perjuangan sekian lama
2.Di uji dengan berbagai ujian seperti,ISA,Gas pemedih mata,Penjara,dan sebagainya
3.Prinsip yang tak pernah berubah
dan tak bercita cita untuk ke Putrajaya dengan cara yang mudah tetapi mengadaikan prinsip.
Semua ciri ciri tu ada pada pemimpin yang anda sebutkan tadi.Taniah
Bukankah jwtn Mursyidul Am lebih tinggi drp Presiden? Kenapa TGNA kena turun balik?
Kita mahu Presiden yang tegas dengan prinsip dan tidak mudah di pengaruhi oleh mana mana pihak yang berkepentingan.Mad SABU jadi TIM Presiden saya amat bersetuju sebab diantara banyak banyak pemimpin pas yang melalui bebagai ujian seperti ISA,gas pemedih mata,penjara dan sebagai nya adalah beliau.Ayuh mari kita kuat kan PAS dengan cara meletakan pimpinan yang tahan lasak serta berpegang pada prinsip Islam yang sejati.Tim.Presiden yang sedia ada kita bagi dia rehat atau turun pangkat sekejab supaya dia sedar bahawa kami aktivis PAS tidak perlukan Jawatan atau habuan atau kemenangan yang mudah.Kami mahu kemenangan yang TOTAL islam di tegakan di pimpin oleh orang yang amat di sukai dan di restu TOK GURU Nik Aziz. MUKTAMAT
melihat dari bawah tak sama melihat dari atas...melihat dari luar tak sama melihat dari dalam...malah melihat dengan mata orang lain tentu tak sama dengan melihat dengan mata Hati kita....
untuk makluman...kalau tidak keranaketegasan TGHH pertahankan prinsip..dah lama kerajaan PR yang lebih banyak bukan Islam berkuasa....
ramai tak tahu kerana kelompok penyokong Dsai DALAM pas MENYEMBUNYIKANNYA
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Mat Sabu
NIBONG TEBAL [5.08] - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana gagal hadir perbicaraan kes menghalang tugas penjawat awam, tahun lalu.
Yang paling aku tak sokong ialah Mat Sabu.... korang nampak sebelah mata jer...mana yg kaki demo ,masuk kuar penjara korang cepat cepat "ni dia pemimpin".. korang salah.
Mat sabu bukan seorang pemimpin.. bahkan nak jadi seorg pentadbir pun jauh sekali...
pulau pinang menyaksikan kelemahan beliau.. mat sabu mmg layak menjadi kepala peledak bom, tapi bukan pemandu bom.
maaf.
Dasar dan matlamat PAS yang jelas merupakan ajenda politik pemerintahan Malaysia di masa hadapan. Hala tuju perjuangan PAS terletak kepada Pimpinan PAS yang memimpin. Parti ketika ini muapun masa hadapan pelantikan pimpinan PAS terletak kepada perwakilan yang akan mengundi dalam muktamar. Perwakilan dilantik oleh ahli dalam muktamar peringkat cawangan kawasan dan seterusnya ke muktamar agong.
Sebelum terbentuknya saf pimpinan, banyak hal harus kita mengambil kira sebelum kita menilai seseorang calon pimpinan yang hendak kita ketengahkan. Perkara ini wajib kita beri perhatian dengan serius sebab ianya melibatkan imej parti dikanta politik tanah air dan juga antarabangsa agar ianya mantap matang dan beristikhomah.Tugas ktasebagai daie wajib juga bertanggungjawab terhadap sesiapa yang kita lantik dan kearah mana yang hendak dipandunya kita sebagai ahli jemaah. Ada pepatah yang mengatakan Islam tidak akan di patuk dua kali dilubang yang sama tapi sekiranya kita lalai dan lupa pada matlamat asal perjuangan serta memohon petujuk dari Allah SWA maka tidak mustahil pepatah ini akan menjadi realiti seperti tahun 1979.
Oleh itu, calon-calon yang bertanding untuk jawatan yang tertentu mempunyai rekod- rekod yang tersendiri dari berbagai aspek dan penilaian haruslah diambil kira. Dewasa ini, individu yang kita katogorikan sebagai ulama atau ustaz-ustaz yang mempunyai perbagai kelulusan akadamik sering mempunyai perbezaan pendapat dan tafsiran mengenai sesuatu isu. Pokoknya, adakah tafsiran itu ikhlas demi mencapai matlamat kemenangan Islam yang hakiki menang atau shahid atau tafsiran mengenai sesuatu issu semata mata mencari jalan mudah untuk kesenangan peribadi dalam menjawat pangkat dan kedudukan duniawi.
Ahli-ahli parti yang membuat penilaian sendiri menilai dari berbagai sudut perjuangan. Ianya haruslah bertitik tolak dari kepentingan jemaah secara keseluruhan dan bukannya terbawa-bawa dengan cara UMNO/BN melantik presiden dan MKT di mana sering di kaitkan dengan rasuah, kroni, puak. Matlamatnya hanyalah mengejar kuasa, pangkat/jawatan dan kebendaan. Terlebih dahulu kita harus sedar bahawa kita dari Parti Islam yang berbeza seperti langit dengan bumi dengan parti politik sekular yang lain. Di mana Politik dan Ugama adalah satu.
Perlu diingatkan bahawa SIFAT PARTI ISLAM adalah “Amar Makroof Nahi Munkar” dan sifat ini kekal hingga hari kiamat. Tidak kira dalam apa jua suasana sekalipun dari suasana memiliki kuasa atau sebagai pembangkang.Walaupun PAS diberi kuasa untuk menjadi kerajaan namun tugas menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran tetap menjadi asas serta dasar perjuangan Islam. PAS wajib meneruskan perjuangan seperti sifatnya sebagai Parti Islam dan bukannya mengikuti amalan UMNO/BN.apabila beroleh kuasa ahlinya tidak boleh bercangah pendapat walupun ianya pekara mungkar.
Ini termasuklah mengkritik serta mencegah kumungkaran yang dibuat atau dibiarkan berlaku oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS sendiri. Ramai ahli PAS tidak begitu faham Parti adalah Parti dan parti adalah wadah perjuangan yang beterusan dan berkekalan manakala Kerajaan adalah Kerajaan boleh betukar bila bila masa Parti tidak sama dengan kerajaan. Dan seharusnya partilah yang memerintah kerajaan dan kerajaan memerintah rakyat. Rakyat memilih calon dalam Parti dalam pilihanraya umum. Parti yang menawarkan menisfesto dalam pilihanraya berdasarkan kepada dasar parti yang diperjuangkan.
Kita harus sedar Kerajaan adalah keseluruhan rakyat mana kala Parti adalah untuk ahli yang berjuang. Dalam sirah terdapat banyak bukti yang lebih jelas sebagai nas politik Islam yang dapat kita ambil sebagai contoh, peristiwa Karbala. Kenapa ianya terjadi penentang terhadap Pemerintahan Islam yang berkuasa ketika itu juga dari parti Islam. Kerajaan Muawiyah ditentang oleh pejuang Islam.yang di pimpin cucu rasullallah boleh kah kita menyataakan keluarga rasullah itu mengkianati islam Ini semua sebagai dalil yang jelas. Sifat Parti Islam sama sekali tidak sama dengan BN atau UMNO, kita menentang dan mengkritik segala apa yang difikirkan kemungkaran terhadap siapa saja yang memerintah walaupun pemimpin PAS itu sendiri memegang kuasa pemerintahan di peringkat mana sekali pun.Sikap kita misti jelas dan terus mengamalkan sifat parti islam yang hakiki..
Untuk memilih jalan selamat yang saya rasa sesuai buat masa ini, satu ukuran dalam membuat penilaian ahli PAS itu sendiri kususnya yang diberi mandat untuk mengundi saf pimpinan pusat.Tidak perlu bagi kita memilih berpandukan kroni atau tepengaruh dengan kempin yang tidak tentu punca penilaiannya..Penilaian terhadap seorang pemimpin yang hendak diketegahkan pekara dibawah perlu diambil kira.
1. Sejak bilakah Pemimpin itu menjadi ahli PAS dalam usia umur beliau memasuki PAS sejak sekolah? Pengajian tinggi? PAS keturunan atau menjadi ahli Pas apabila sudah nampak tanda-tanda kemenangan sudah mula meyebelahi Islam. atau ingin berjuang dalam PAS atas sebab dasar dan matlamat yang difahami dengan jelas atau diberi hidayah sejak dari mula walau pun ketika itu PAS adalah parti yang lemah. Ahli payung terjunkah ia? Atau dijemput dan ditawarkan oleh beberapa orang pemimpin Pas yang terdahulu untuk menyertai PAS?. Berasal dari Jemaan mana JIM,ARKAM,ABIM atau UMNO dan sebagainya
.
2. Adakah Pemimpin yang berkenaan hanya, berani masuk Pas setelah pencen dari jawatan kerajaan kerana takut diambil tindakan atau terlepas pencennya sekiranya berhenti kerja dengan kerajaan kerana hendak masuk PAS Atau bekas ahli parti lain yang tidak diterima oleh Parti berkenaan atas sebab sering bercangah pendapat dengan peminpin ketika itu.Disini kita dapat menilai keiklasan seorang yang menjadi ahli PAS untuk diketegahkan sebagai peminpin.
3. Sejauh mana pengorbanan pemimpin bekenaan dalam perjuangan Islam dari sudut jiwa raga, harta benda, keluarga malah nyawanya sejak menjadi ahli PAS justru tidak mengharapakan apa-apa habuan duniawi semata mata kerana Allah (SWT)
4. Sejauh mana Pemimpin yang berkenaan beristikhomah dalam perjuangan dan memperjuangkan dasar parti dengan fikrah yang jelas dan berterusan hingga kini walaupun telah menempuh berbagai tawaran dari pihak musuh namun penderiannya tetap kukuh hingga kini.
5. Memasuki PAS sebab ada ajenda yang tersembunyi contohnya mencari peluang untuk dapat jawatan memimpin parti dengan alasan kononnya ramai ahli Pas tak ada tarbiah dan kelulusan akademik yang tinggi namun apa yang di intainya ialah peluang menjadi Menteri atau Menteri Besar, Exco selain dari mengharapkan habuan, pangkat dan jawatan dalam Parti dan Kerajaan .Ke egoan begini sering di dengar dari pimpinan PAS yang masuk PAS atas dasar kononnya dia rasa dilayak padahal belum terbukti apa apa pengorbanan yang dilakukuan sejak memasuki PAS . .
6. Sejauh mana Pemimpin itu telah diuji dan dicuba dengan berbagai ujian dan cubaan dalam memperjuangkan dasar Parti seperti tindakan ISA, Gas pemedih mata, tindakan Mahkamah, Penjara.dan sebagainya .Syarat pemimpin yang beriman adalah di uji dan di cuba dengan berbagai ujian oleh Allah (SWT).Ketegorei inilah yang perlu ada pada pemimpin PAS
7. Sejauh mana digeruni musuh dan sejauh mana ianya disukai musuh. Dalam perjuangan Islam sekiranya mana-mana pemimpin disukai musuh maka ada sesuatu yang tidak kena. Kata Bekas Presiden Pas, Almarhom Utz. Fadzil Mohd Nor.bekas Presiden PAS yang kita sayangi .Kita nilai sendirilah siapakah pemimpin PAS yang amat di sukai UMNO yang merasakan tiada besa UMNO atau PAS yang memerentah.Kita berpegang pada amanat bekas Presiden PAS Almarhom Utz Fadzil Nor.
8. Sejauh mana diri seorang Pemimpin itu membiarkan atau mewakafkah diri, harta benda dan wang ringgit beliau digunakan untuk perjuangan parti semata-mata untuk perjuangan Islam tanpa mengharapkan habuan. Bagi yang telah berjawatan dalam Kerajaan seperti MB, Exco, Menteri, sejauh mana imfak pendapatnya pada jemaah.
9. Sejauhmana diri seorang Pemimpin itu mendekati ahli biasa serta rakyat secara keseluruhan dari semua kaum dan keturunan tanpa memikirkan sangat protokal dan keselamatan beliau. Atau Pemimpin yang sering menjaga protocol memberi helah serta alasan peribadi yang keterlaluan apabila diminta untuk menjalankan aktiviti parti. Atau melebihkan kepentingan peribadi dari kepentingan parti.
10. Sejauh mana ilmu yang beliau ada dan diamalkan serta adakah akhlak diri dan keluarganya yang menjadi ukuran pada penilaian seseorang Pemimpin. Apakah setelah memegang jawatan dalam Parti atau Kerajaan,MP atau ADUN atau jawatan seperti Exco atau Menteri maka elaun, pendapatan serta gaji telah menjadi ukuran pada kejayaannya. Adakah terdapat sikap ego serta sombong mula terselah apabila kemenangan yang sedikit diperolehi maka tugas sebagai pendakwah diketepikan melainkan untuk mengumpul harta dunia. dan elaun.
11. Adakah Pemimpin PAS yang hendak diketengahkan sebagai tokoh pimpinan terletak pada kelayakan akadamik sedangkan sering saja mempunyai banyak teori yang kontravesiol dan bertentangan dengan dasar parti. Atau terbinanya ketokohan seorang pemimpin itu hasil dari keikhlasan dalam perjuangan dan semangat perjuangan yang konsisten lagi tinggi.Mana satu yang hendak di pilih.Ketokohan sebab akdemik atau penganugrahan semula jadi dari allah (SWT)
12. Sejauh mana jasa seorang Pemimpin serta keberkesanannya dalam memberi pidato hampir setiap malam di seluruh tanah air untuk menyangah hujah pihak musuh dengan berkesan serta menarik sokongan pihak musuk untuk menyokong PAS.serta mampu menarik minat rakyat untuk mendengar hujah yang dapat memberi kekuatan pada parti
13. Siapakah pemimpin yang dianugerah Tuhan dengan semangat istikhomah yang tinggi hingga sanggup menghadapi isu besar yang kritikal dengan tenang serta amat disenangi penyokong. dan ahli secara keseluruhan.
.
14. Siapakah Pemimpin Pas yang sebelum menang PRU, berapi menyebut hendak melaksanakan ISLAM tapi bila dah berkuasa berbagai alasan diberi pada rakyat untuk tidak melaksanakan walau sekecil-kecil syariat yang tidak melibatkan Sultan, wang rakyat atau kelulusan Kerajaan Pusat atau pindaan perlembagaan. Justru hingga sanggup memutar belitkan sirah serta memperbodohkan rakyat. yang berilmu.
15. Sejauhmana seorang Pemimpin yang menunjukkan contoh keberanian yang apabila menyebut jihad Palastin atau Lubnan sanggup menggadai nyawa pergi ke sana untuk menilai sendiri nasib orang pejuang Islam serta memberi derma di sana hingga ke Sempadan Israil. Merawikan cerita adalah lebih baik dari mejadi perawi cerita atau sesuai sebagai pemimpin contoh.
17.Sejauh mana pimpinan yang hendak di ketegahkan mampu menankis hujah hujah sharie yang melibatkan kan dasar parti kepada pihak lawan secara konsisten tanpa memutar belitkan atau mengelirukan apa apa tafsiran Al kuran dan Sunnah,supaya pihak musuh tidak mentempelakan balik pada PAS.
.Bedasarkan kepada garis petunjuk yang saya kira adil dalam penilaian saya maka cadangan saya dibawah untuk pelantikan saf pimpinan Pusat seperti di bawah.
Presiden
1. Utz. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden
1. Hj. Mohd Sabu
Naib Presiden
1. HJ Husam Musa
2. Nizar Jamalludin ( Mb Perak)
3. Tuan Ibrahim Tuan Man
AJK
1. Utz. Ideris Zakaria
2. Utz. Ahmad Awang
3. Sallehudin Ayub
4. Hj Hanifa Maidin
5. Dr. Mahfuz (PJ-Johor)
6. Mahfuz Omar.
8. Nik Amar Nik Abdullah
9. Nasir Mustafa)
10 Mazlan Aliman
11. Hajah Wan Hasrina
12. Hj Takiyuddin
13 Adly Azahari
Yang lain lain boleh fakir Sendiri
Post a Comment