Selawat dan Salam pada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW , pada keluarganya dan pada para sahabat2 yang taat setia mengikutinya.....
Sekali lagi saya terpanggil untuk menulis sedikit ....oleh kerana membaca beberapa artikel dari blog2 dan juga email secara merata....yang pada saya kurang sesuai kalau pun nak di bahaskan.....kerana faktanya "senget" sebelah......
Saya tak kisah kalau.....ada orang nak memuja Ahmadenejad dan kalau ada nak membenci Ahmadenejad pun....ikut suka lah masing2.....tetapi cara bercerita dan tujuan nak bercerita untuk mengaitkan sesuatu ikut suka dan pandangan sendiri secara fikiran sempit.....memang tak "professional".......
Kalau pun Ahmadenejad tu asal keluarga yahudi pun......" so what?????"
Memang lah ayat Al Quran ada menyebut.......(potongan....: "tidak akan redha yahudi dan nasara....hinggalah kamu mengikut dan bersama mereka..." Hujah nie tiada sapa dan saya pun tak nak sangkal.......tapi yahudi macamana? adakah perangainya? bangsanya? amalannya? atau ideologinya?
Adakah pada yahudi itu kita tak perlu berdakwah kepada Islam.....walau mereka menolak? adakah kita kata biarlah yahudi tu sesat....tak perlu dakwah lagi pada mereka?
Habis tu.....sejarah kita dah lupa.....para nabi2 dan rasul yang terbanyak ALLAH utus pada siapa? bukankah bnyak Nabi2 dan Rasul2 tu dari kaum yahudi....banyak Nabi2 dan Rasul2 itu sendiri orang yahudi......jadi kita nak tolak? ....siapalah kita ini?
Nabi yang berbangsa selain yahudi tidak banyak....termasuklah Nabi Besar kita, Junjungan Nabi Muhammmad SAW.....
Memanglah yahudi tu bangsa yang jahat.....itu sebab ALLAH utus Nabi2 dan Rasul2 pada mereka.....ada ajaran yang sesuai pada mereka , mereka akan terima...tetapi kalau tak sesuai, mereka akan tolak dan bangkang...termasuklah membunuh Nabi2 dan Rasul2 mereka yang terdiri dari kaum yahudi sendiri.....
Jadi kenalah faham antara isu yang nak diungkit pun......
Dalam persidangan antarabangsa yang menentang zionis israel......."mungkin tuan2 satu hari dan saya juga kena perlu pergi juga kot.....untuk nak tahu maklumat sebenar...."...... Satu persidangan yang besar suatu ketika di Brusel yang di hadiri oleh Naib Presiden Hj Mohamad Sabu.....menyatakan bahawa yang turut menentang zionis israel itu sendiri adalah golongan agama yahudi itu sendiri....bercakap menentang kekejaman "ZIONIS ISRAEL"...puak2 kristian dan lain2 bangsa dari merata negara eropah dan amerika latin juga menentang kekejaman zionis yahudi.....
Jangan lah kita ingat kita umat ISLAM nie sahaja yang benci dengan kejaman zionis israel ini......tapi apa yang dah kita buat untuk mempertahankannya? kita kata orang tu tak kena.....kita kata orang nie tak kena?
KITA BUAT APA????????
Tahu tak tuan2...report dari TV antarabangsa berkenaan bantahan dan demo di merata dunia , semasa serangan yahudi zionis laknatullah tempoh hari...... di Malaysia lah demo yang paling sikit sekali.......mula2 jumlah 200 org, lepas tu 300 org, lepas tu 500 org lepas tu 1000 org , lepas tu 2000 org, lepas tu 3000 ke 5000 orang.....
DEMO BERSIH untuk nak merebut kuasa tempoh hari lagi ramai......sampai jadi perhatian dunia......
Tetapi demo di negara2 lain......jauh berbeza dengan kita.......tetapi bukan lah kita kata demo tu boleh mengubah apa2 sangat....atau membantu palestin tu....., tetapi sekurang2nya kita tunjukkan sokongan kepada mereka di atas kesusahan mereka......
Takkan kita nak ....asyik nak buat kuliah jer? dan minum kat di kedai2 mamak jer?
Baru2 nie...... pula rombongan dari wakil2 PAS berduyun2 ke palestin untuk memberi bantuan.....dan mengahantar bantuan....eloklah tu.....saya sokong.....
Tetapi saya check dengan Pejabat Agung sendiri.....ramai sangat nak pergi,,,,,,,, ada yg pergi 2 orang , ada yang pergi 3 org, ada yg pergi 5 orang, ada wakil dari selangor 6 org dan terbaru.... 23 org.....percaya tak? tapi itulah kenyataan.......nak pergi hantar derma atau rombongan? .....dari johor saya dengar ada juga nak pergi 2 atau 3 orang....
Tuan2 tahu tak ....tambang pergi berapa? lebih kurang rm5900 seorang ....tak masuk makan minum dan penginapan dan transport di sana......
Cuba kali RM5900 X 23 = RM 135,700 , kan baik kalau duit tu.....diberikan kepada 2 atau 3 orang sahaja sebagai wakil untuk mengahntar duit derma tu.....bukan tak boleh......duit yang banyak tu sendiri di jadikan derma.......kan lagi elok.....
Kalau nak beri bantuan tenaga bukan boleh pergi 3 atau 5 hari........atau 7 hari? boleh buat apa? ......orang lain2 dan doktor dari negara barat atau eropah kalau mereka datang memberi bantuan mereka duduk kat tempat tu paling kurang 3 bulan atau 6 bulan....baru betul2 berkhidmat...dan kalau mereka tolong buat rumah pun....sampai siap mereka akan buat...sebab mereka lama kat sana....secara rahsia pula, tu yang ada di kalangan paderi dan golongan pendakwah mereka menyelinap masuk....tetapi kita buat2 tak tahu jer.....
Kita pergi 3 ke 5 hari atau 7 hari......buat apa? ambil gambar boleh lah.....lepas tu keluar kat muka depan harakah.....dan siasah
Itulah sebab Abu Zarr pernah menegur Muawiyah "......kalau tuan buat istana dengan duit tuan ianya membazir , dan kalau tuan buat istana dengan duit rakyat...hukumnya haram...." , itu sebab dia dibuang kawasan.......adakah ada Abu Zarr lagi di zaman muta'akhir ini?
Fikir2 lah sahabat2 ku.....
Bantuan dari Yayasan Amal yg pergi 6 orang hari tu pun sebenarnya tak sampai ke pejuang Hamas.....mereka ditahan dan dihalang dengan berbagai rintangan.....setelah 5 hari di sana dengan suhu 5 darjah celcius dan 5 hari tak mandi....mereka balik dengan menyerahkan duit dan bantuan kepada Ikhwan Muslimin mesir utk di minta diberikan kepada Hamas...
Cukuplah setakat ini dahulu ........wahai sahabat2 ku
Jangan kata orang rektorit atau idealis .....sebelum itu kita perlu lihat " kata orang ukur baju badan sendiri......."
Kita biasa membaca " Bismillahirrahmanirrahi " ......tapi mana kita letakkan "Ar-rahman" dan "Ar-rahim" kita??????
Kita biasa baca " ....sesungguhnya sholatku, ibadatku...dan hidupku dan matiku..... Lillahirobbil Alamin....." ......ada kita telah sampai ke tahap tersebut.....kalau kita masih mengejar yang lain.......adakah ianya sejajar dengan apa yang kita baca dan kita amalkan?????????
Walla Hua'lam
Salam perjuangan untuk semua.......
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment