Monday, April 27, 2009

Kepimpinan Ulama.....???

Saya nak bercerita sikit pasal kepimpinan ulama....(apa yang saya fahami)

Maklumlah sejak akhir2 nie, ...bila timbul Hj Mohamad Sabu telah sebulat hati hanya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sahaja...tiada lain jawatan....

Itupun setelah confirm mendapat lebih dari 10 pencalunan kawasan yang telah bermesyuarat agung baru2 nie.....

Terbaru, Perhubungan Negeri Johor telah meminta semua kawasan di Johor untuk mencalonkan Hj Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden

Jadi beliau menawarkan diri untuk bertanding....berjaya atau tidak bukan soalnya, terpulang kepada semua perwakilan nanti. Jadi dalam PAS kita juga harus berfikiran terbuka...kalau nak undi terpulang, kalau tak mahu pun terpulang.

Yang penting mesej dari Hj Mohamad Sabu ialah untuk membantu kerja2 dan tugas2 Presiden yang masih tak selesai dan perlu dibantu, antaranya ialah menghampiri rakyat khususnya "golongan marhaen", pemuda2, masyarakat Cina dan India serta lainya.

Beliau memang telah dan sedang berkorban demi PAS, beliau telah diuji dengan berbagai2 rintangan, namun kesungguhannya bersama PAS memang tetap tegar.

Beliau lah juga antara orang yang mengasaskan apa yang di panggil "kepimpinan ulama" suatu masa dahulu di zaman pemudanya....(harap tuan2 kaji sejarah PAS)

Jadi yang menjadi kecoh sekarang , bila beliau ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden habis orang berkata , bahawa beliau bukan ulama....apa maksudnya?

Bila ada orang nak mencadangkan TG Nik Aziz menjadi Presiden ....orang marah kerana katanya tak faham? katanya adakah TG Nik Aziz nak turun jawatan kerana Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden.....

Tapi , bila ada orang pula mencadangkan Dr Haron Din kepada jawatan Timbalan Presiden tak ada pula orang nak komen.....bukankah jawatan Timbalan Mursyidul Am juga lebih tinggi dari Timbalan Presiden?

Jadi , sebenarnya dalam PAS ni yang paling tinggi adalah Majlis Syura Ulama.....bukanlah Presiden atau Timbalan Presiden yang paling tinggi.....sepatutnya kita tak perlu risau Presiden atau Timbalan Presiden .....sapa pun boleh kalau semua perwakilan telah memilihnya, yang penting dia memang layak dan berkelayakan serta mempunyai keikhlasan perjuangan dan membela parti PAS demi ISLAM yang kita perjuangkan.

Kalau Presiden atau Timbalan Prsiden yang kita lantik tak buat kerja, buat tak betul atau tak "perform" , Majlis Syura Ulama boleh panggil, beri tunjuk sebab, atau pun Majlis Syura Ulama boleh minta dia letak jawatan atau pecat dia (kerana ia lebih tinggi) ....bukan seperti Umno mana ada semua nie....? Jangan kita tiru cara Umno pula.....

Ini baru betul.....Majlis Syura Ulama itu tinggi dan kepimpinan ulama yang di maksudkan baru kena tempatnya....

Sekarang nie saya tengok Majlis Syura Ulama masih belum tinggi kedudukannya....macam lesu dan tak bermaya, ahli2 PAS tak kata apa pun? sepatutnya isu.........
1.perjumpaan muqabalah dan unity government?
2.orang bukan Islam boleh masuk PAS atau tidak?
3.sekarang ni pula isu baru ialah anak orang yang baru memeluk Islam , kerajaan benarkan hanya selepas umur 18 tahun untuk dia memilih agamanya.....

Sepatutnya semua ini diputus segera dan Majlis Syura Ulama (kerana ia lebih tinggi) mengarahkan Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan AJK2 PAS yang lain turun membawa mesej parti....menerangkan kepada semua ahli dan rakyat, kerana itulah yang diputuskan oleh parti setelah Majlis Syura Ulama membincangkannya dan memutuskannya.

Jadi, pada saya tak salah Hj Mohamad Sabu menawarkan diri untuk Timbalan Presiden demi membantu tugas Presiden.

Ahli2 PAS kena bersikap adil dan berfikiran terbuka......

1 comment:

Unknown said...

Akum
Bismillahiruhmaniruhim
Dengan nama Allah lagi pemurah dan penayang:
Saya ingin berbicara dengan jelas kepada seluruh ahli PAS agar mengerti isi hati saya
Semua rakyat melaysia dan ahli PAS tahu betapa porpularnya Md Sabu sebagai pemimpin Pas yang amat bekesan .Pidatonya dalam setiap ceramah merupakan satu impak politik yang amat mengerunkan UMNO justru ianya telah menjadi asset kepada parti ,Walau pun tidak bertaraf Ustaz atau ulamak namun perinsip nya yang jelas teguh, pergorbanannya yang tinggi terhadap islam sejak dari bangku sekolah lagi telah memgukir sejarah. Melaysia telah melahirkan seorang pejuang islam yang tulin di abad selepas merdeka ini.
Pidato beliau yang luar biasa yang jelas membuatkan rakyat malaysia semakin tetarik dengan PAS.Sikap beliau yang lantang,pantang dicabar sedia menanggong risiko turun berdemo bermandi GAS dan di saman di makamah merupakan makanan harian beliau ,hujah yang tepat dalam menjawap issue semasa serta dalam parlimen atau media adakalanya lebih bernilai dari tokoh yang bertaraf PHD,Ustaz atau Ulamak mampu mematahkan pihak lawan dengan begitu efektif.
Perkara ini rakyat malaysia tidak dapat kita nafikan ianya sudah menjadi fakta dan akan di catik dalam sejarah politik tanah air.Keberkesanan ceramahnya yang dapat menarik begitu ramai pengunjong justru dapat memugut derma yang tidak sedikit tiada pemimpin PAS dari semua peringkat dapat menafikanya.
Kesempatan ini lah yang sering digunakan oleh pemimpin PAS yang tertentu diperingkat cawangan dan kawasan atau pusat untuk menjemput beliau memberi ceramah dan menjadi pairing(Regu ceramah) sudah menjadi amalan yang anih dalam PAS.Nak kutip derma nak bagi orang ramai datang nak tunjuk PAS kuat nak habak ada aktiviti parti panggil Md Sabu tapi nak buat apa apa apa keputusan misti lah ustaz ustaz atau pemimpin yang tertentu saja atau pemimpin yang ceramah sebulan sekali saja.ini lah penyakit dalam PAS.Ketahuilah hampir setiap tiap hari dairy beliau penuh dengan tempahan ceramah..ringkasnya Md Sabu benar benar digunakan untuk PAS dan pimpinan PAS untuk mengerakan aktiviti parti.Porpularitynya semakin hari semakin meningkat hingga menenggelamkan porpularity pemimpin pemimpin PAS yang tertentu dalam PAS.Timbulnya sikap iri hati yang tersembuyi dalam Pimpinan PAS yang tertentu mula muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Ditambahnya lagi apa bila PAS mula menerima tokoh tokoh luar yang tertentu kononnya kelulusan tinggi yang yang sudah terkenal namun tidak dapat jua menyaingi ketokohan mad sabu.Sebab itu lah jari jari halus mula mengerakan jarumnya untuk menyikirkan dari saf pimpinan pusat bermula sewaktu proses PRU 12 ketika pemilihan calon MP untuk Sik Kedah.Jari jari halus telah melakukan konspirasi yang menjijikan hingga terpelantingnya ke Kuala Terangganu jari jari halus ini langsung tidak menghormati beliau sebagai naib presiden.Tempat yang 50-50% untuk PAS menang ia itu KT di berikan pada Mad sabu bertanding.Sementara selepas PRU 12 Parlimen Sik Kedah di wakili oleh orang Baru PAS yang hingga kini kita tidak nampak apa kesan positifnya kepada parti. Meriam besar PAS ia itu Md Sabu yang sepatutnya kita letakan dalam parlimen untuk menhadapi BN kini kita letak di tepi jalan macam kereta buruk.Alangkah sedihnya rakyat malaysia.Siapkah gerangan jari jari halus yang mereka reka cerita agar Md Sabu di tenggelamkan dalam PAS agar puak oportunis PAS dapat habuan yang sewajarnya...Adakah PAS ini untuk di pimpin oleh para Ustaz dan Ulamak.Tidak cukupkah dengan adanya dewan ulamak dan majlis syura yang mempuyai kuasa pemutus dalam segala hal?????Sekarang jari jari halus bermain peranan lagi dengan membuat brain storming terhadap perwakilan undi muslimat agar Md sabu tidak di beri undi.
Terus terang saya katakan'25 tahun yang lalu ketika saya hendak mendaftar Ahli PAS bapa saya yang berumor 65 tahu ketika itu berpesan kepada saya" "Berhati hati lah dengan PAS sebab dalam PAS ada Pemimpin oportunis".Kini saya sudah mula mengerti kenapa bapa saya berpesan demikian pada saya. Adakah kita mahu jadikan Md Sabu ini sekadar Toll Truck sahaja??? pinjam kata kata Ustaz Ideris Ahmad.Fikir fikirlah