Ditunjukkan hanya sedikit...
Saturday, November 14, 2009
Thursday, November 12, 2009
Bai'ah Dalam Pas.....
Mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.
Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.
"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."
Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.
Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
- "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Wednesday, November 4, 2009
PKFZ : PAC syor SPRM siasat bekas Menteri Pengangkutan
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ,Datuk Seri Azmi Khalid menjadi ‘ buruan’ para wartawan dan jurugambar di Dewan Rakyat pagi Rabu.Ini kerana ada hal yang sensasi dalam laporan jawatankuasa mengenai isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang sebelum itu baru saja diedarkan di Dewan Rakyat.
Hasil dari siasatannya keatas PKFZ yang telah selesai ia antara lain telah mengesyorkan suapaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Paduka O.C. Phang membabitkan pecah amanah....
Kalau ada orang di belakang kata jangan..... SPRM apa boleh buat???
Tun Mahathir kata : Pendakwaan Rasuah hanya wayang kulit...!!!
Ramai berpendapat tuduhan rasuah yang dikenakan kepada Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri hanyalah wayang kulit untuk menunjukkan bahawa kerajaan 1Malaysia Najib komited membanteras rasuah. Sedangkan sebelum itu mereka memilih calon yang rasuah di Bagan Pinang......Ianya disokong sendiri oleh Tun Mahathir.
Selain itu mengapa Rahman Bakri sahaja yang dituduh sedangkan berbakul-bakul bukti dan laporan dibuat terhadap Khir Toyo tetapi beliau masih bebas tanpa sebarang tuduhan. Rumahnya yang berjumlah puluhan juta pun tidak disiasat.
Adakah ini sandiwara Umno/BN dan Rahman Bakri yang dijadikan kambing hitam untuk mensucikan imej Umno yang tidur bangun baringnya atas rasuah.
Berapa ramai lagi pemimpin Umno lain yang dilaporkan rasuah oleh PAS, DAP dan PKR serta Ezam (masa dia jadi kepala GERAK) semuanya terlepas.
Mengapa Ketua Menteri Melaka yang dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri tidak dihadapkan ke mahkamah setelah beberapa tahun perkara jijik itu dilakukan?
Jelas SPRM dan BN bersekongkol dalam hal ini. Pendakwaan dan pertuduhan terpilih masih diamalkan walaupun BPR sudah dinaikkan taraf menjadi SPRM.Saturday, October 31, 2009
Ada siapa ADUN dan Ahli PARLIMEN dari PR yang nak keluar???
Kita barangkali langsung tidak terasa hati dengan langkah terbaru ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan diri keluar daripada PKR dan menjadi Adun Bebas ( tapi menyokong BN?)....memang lebih elok dia berambus pun.
Banyak pihak dalam PR terutamanya pimpinan dan penganalisis politik berpendapat hanya mereka yang tahan ujian dan teguh pendirian sahaja yang akan terus menerajui bahtera Pakatan Rakyat hingga ke puncak kejayaan.
Ianya mesti dijadikan pengajaran kepada barisan pimpinan PR pada masa-masa yang akan datang agar setiap calon yang diketengahkan mestilah seorang yang benar-benar larut dengan perjuangan rakyat.
Juga jangan pula dipilih mereka yang hanya pandai bercakap! Cakap berdegar-degar tapi gerakerja di Kawasan dan Cawangan hancur!!!... Mereka hanya pandai mereka-reka alasan dalam banyak keadaan agar kelemahan mereka tidak kelihatan di mata ahli bawahan dan rakyat.
Jika mengharapkan kesenangan dan kemewahan dunia, Pas dan Pakatan Rakyat bukanlah medan yang sesuai untuk mengadu nasib. Lebih baik menjadi seorang manusia yang bermaruah dengan tidak memperjudikan amanah yang diberi oleh rakyat.
Kita mengharapkan secara professional dan gentleman agar semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tinggal menetapkan pendirian.
Lebih baik perjuangan ini didokong oleh sedikit yang istiqamah daripada ramai yang tidak berprinsip! Siapa lagi mahu keluar???
Tuesday, October 27, 2009
Betul ke ni....Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Hj Azizan Abdul Razak tidak minat jawatan Presiden???
____________________________________
"Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak lagi berminat jika ditawarkan jawatan tertinggi parti setelah mengambil kira faktor usia dan kesihatan. Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, jawatan itu wajar diserahkan kepada pelapis yang lebih muda kerana mempunyai kekuatan dan semangat yang lebih tinggi.
Beliau berkata, eranya untuk memegang jawatan itu sudah berakhir dan kini lebih berminat menumpukan perhatian kepada pengurusan parti peringkat negeri.
“Tak payah nak fikir soal jawatan parti peringkat tertinggi. Tak payahlah nak bayangkan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden Pas. Saya dah tak minat kerana dah tua, la ni dah masuk 65 tahun.
“Biar saya tumpu untuk memperkemas dan memperkasakan parti peringkat negeri Kedah. Itu pun dah mencukupi dengan usia saya sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas penutupan majlis Gotong-royong Perdana Daerah Kulim di Taman Mahsuri di sini, semalam.
Azizan diminta mengulas tulisan kolumnis Sinar Harian, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang menyebut beliau adalah calon sesuai jika berlaku kekosongan jawatan Presiden parti kerana bersikap lebih terbuka dan mampu menguruskan parti peringkat negeri dengan baik dan cemerlang dalam analisis kekalahan Pas di Bagan Pinang."
__________________________________
Betul-betul ikhlas ke Bang Jan.....???
Dah tentu lah hoi...syok setakat jadi MB Kedah tu.... jadi Presiden PAS mana ada gaji dan elaun ??? nak kena ronda dan pastikan PAS dan orang bawahan dan jentera PAS betul-betul bergerak .....manyak kerja oiiii......silap-silap kena tuduh macam2 , macam sekarang ni TG Haji Hadi dituduh pula kata ada nak ber "muqabalah" dengan umno.....betul ke tidak tu lain cerita....
Tapi kerja jadi Presiden PAS ni bukan kecik anak hoi Bang Jan....hang pun tahu.....
Kan syok jadi MB Kedah sekarang nie kan??? Gaji dan elaun hang boleh cecah 60,000 ke 80,000 sebulan siapa nak kasi hoi......
Bang Jan kan pandai perintah dan bijak....tak macam negeri Selangor kecoh dan macam Perak dah lebur....... ha ha, kita kan abang adik.....
Sunday, October 25, 2009
Beza antara Jin dan umno...?
Ada seorang kawan, dia kata ....."saya tak kisah, saya boleh sokong mana-mana....nak UG pun boleh nak PR pun boleh....ikut hujah mana yang kuat.....sebab mereka semua pimpinan dan mereka tentu tahu mana nak pilih terbaik.....saya akan wala' sahaja..."
Saya cukup tak setuju....sebelum saya akan bontot dan blahhhh.....saya bangkang hujah dia.....mana boleh kira nak wala' kalau pimpinan salah.....habis kalau dia ajak masuk lubang ular pun mu nak ikut?
Tambah lagi......kita tahu jin tu tak boleh ikut...jin tu jahat......umno pun jahat serupa jin....tau
Kalau kita pi berubat orang yang kena rasuk jin....mana boleh kita ikut jin....? nak berunding sama2 dengan jin...jahanam lah..... kena jin ikut kita baru ok....kalau dia nak masuk Islam pun ok....kita terima.....dengan syarat jin tu ikut Islam....
Serupa umno.....kalau umno tu jahat....mana boleh kita berunding untuk sama2 dapat manfaat.....mampus macama tu.....dia jahat serupa jin hoi.....
Kalau umno nak ikut kita....PAS dan ISLAM.....ok , namun kita nak ikut umno.....haram kata saya......
Dan.....saya angkat bontot......tak percaya pasal ilmu jin ....tanya Harun Din?
