Thursday, March 26, 2015

KENAPA LIM GUAN ENG / DAP MARAHKAN SANGAT HJ HADI...

Assalamualaikum semua....dan juga salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia

Lama juga rasanya saya tidak menulis.....terlalu terpanggil dan terlalu hati ini bangun ingin memberikan sedikit pencerahan, yang sedang dalam kekalutan yang amat sangat sekarang ini dalam Pakatan Rakyat, dan juga di kalangan ahli serta pemerhati politik, dan amnya rakyat Malaysia keseluruhannya....

Inilah secebis contoh perlanggaran janji-janji yang telah dikhianati oleh Hj Hadi Awang yang menyebabkan Lim Guan (mewakili DAP) memutuskan hubungan politik dengan susuk tubuh (diri) Hj Hadi sendiri...tetapi bukan dengan Parti PAS...

1.Perlanggaran persetujuan "allocation of seat" di mana Pakatan Rakyat bersetuju untuk memberikan kerusi DUN Kota Damansara kepada Parti Keadilan, tetapi Hj Hadi telah melanggar janji tersebut dengan melalui pintu belakang memberikan watikah tauliah kepada calon PAS untuk bertanding, dan akhirnya memberikan ruang serta peluang kepada calon UMNO memenangi kerusi tersebut.

2.Mengganggu urusan parti sahabat iaitu Parti Keadilan, dalam kes pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, di mana Hj Hadi secara sulit bertemu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim serta menggunakan Majlis Syura Ulama (MSU) untuk ganggu pemecatan tersebut, sedangkan semasa PAS memecat Hassan Ali Parti Keadilan tidak ambik tahu atau masuk campur urusan parti PAS dalam pemecatan itu.

3.Dato Seri Wan Azizah telah dipilih untuk menjadi MB dalam mesyuarat Pakatan Rakyat setelah Azmin Ali menarik diri dalam mesyuarat tersebut, tetapi Hj Hadi menggunakan pengaruh Majlis Syura Ulama (MSU) untuk menolak Wan Azizah sebagai calon MB, maka akhirnya terpaksa dicari jalan lain dalam kemelut perlantikan MB Selangor ini.

 4.PAS telah membuat pernyataan rasmi untuk tidak mengambil jawatan MB Selangor, tetapi sebaliknya setelah kegagalan Wan Azizah menjadi MB, PAS telah hantar senarai 3 nama dari ahli PAS untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

5.Segala apa yang akan berlaku dalam "private member's bill" untuk di bawa ke parlimen, telah sama dipersetujui hendaklah dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (Mesyuarat Majlis Presiden), tetapi PAS sendiri telah menghantar "private member's bill" ini sendiri ke parlimen tanpa merujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden.

Jadi isu sebenarnya, Lim Guan Eng atau Parti DAP marahkan dan putuskan hubungan dengan Hj Hadi bukanlah berkaitan isu HUDUD tetapi adalah kerana Hj Hadi telah mengkhianati janjinya.....renung-renungkanlah

No comments: