Thursday, April 23, 2009

Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan Umno - Ahmad Awang















Ni apa cerita pulak ni? ........macamana Naib Presiden cakap macam nie? Presiden baru-baru ni dah keluar kenyataan ......stop the story for unity government.....

Kita pun....memang tak setuju sangat pun......

Nak muqabalah? kita tak mahu......nak ikut erdogan pun kita tak mahu.....

Parti PAS ada dasar sendiri.... umno tak sesuai dengan PAS, umno dah sampai ajal (sakaratul maut......) biar dia mati.....jangan beri dia oksigen lagi, jangan hulur tali...biar dia lemas

Sebab kalau dia hidup........sampai bila pun dasar ISLAM takkan jadi kenyataan

Tapi ni apa pula cerita?????

--------------------------------------------

Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan Umno - Ahmad Awang

SOKONG pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dulu! Itu syarat yang ditetapkan oleh PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, parti itu sedia bekerjasama untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Perak sekiranya syarat itu dipenuhi.”

Pada dasarnya PAS sedia berbincang dan berunding dengan Umno demi kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat di negeri ini. Kita boleh berbincang mengenai formula ke arah (kestabilan politik dan ekonomi) itu dengan syarat Umno sedia membenarkan DUN Perak dibubarkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Ahad lalu yang mahu para pemimpin mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Sementara itu, Umno sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya Umno sahaja.”

Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri ......

Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Khamis, April 23, 2009
Dari SANGGAHTOKSAGO.COM

Wednesday, April 22, 2009

Apa dah jadi nie?

Biasanya petang-petang saya suka minum teh, kalau tak di rumah saya pegi kedai mamak..... kebetulan hari ni terjumpa kawan. Sembang punya sembang.....dia bercerita lah, tapi macam saya tak percaya ......

Menurutnya.....minggu nie adalah mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Gombak, jadi dalam sembang-sembang tu saya cerita lah......adalah kawasan-kawasan lain juga yang dah bermesyuarat dan akan bermesyuarat, dalam pada itu berlakulah pertukaran jawatan-jawatan samada jawatan yang kecil atau jawatan yang besar....kerana setiap 2 tahun sekali akan berlaku perubahan....jadi kena terimalah masing-masing kan?

Tapi yang peliknya dalam kawasan Gombak ni, menurutnya berlaku pula budaya yang tak diingini iaitu ugut-mengugut.....agar tidak berlaku pertandingan. Ia berlaku pada orang lama yang mahu mengekalkan jawatannya....agar tiada pertandingan berlaku.

Ada pula seorang agen dari Kedah yang dikenali sebagai nama "zan" , yang mana katanya selama nie menjadi "body guard" orang tersebut....telah menghubungi beberapa orang perwakilan serta mengugut supaya jangan ada pertandingan.....bagi jawatan YDP

Apa dah jadi nie......macam serupa jer dengan umno nie......

Cuba kawan-kawan risik-risik dan siasat.....

Salam....

Mohamad Sabu bakal bertanding Timbalan Presiden PAS....

Menjelang Muktamar (Jun 2009)

Mohamad Sabu Putuskan Akan Tanding Timbalan PresidenWALAUPUN penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan orang yang dikatakan berbakat besar untuk merebut jawatan itu si Baju Petak-Petak Merah (BPPM) masih belum membuat keputusan sama ada bertahan atau berlawan, namun bagi Mohamad Sabu sudah mengatakan pendiriannya beliau akan turut merebut jawatan berkenaan.

Dalam percakapan dengan Mohamad Sabu sekejap tadi beliau mengesahkan akan bertanding timbalan presiden. "Ya saya akan bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak lari ke jawatan lain lagi," kata Mohamad Sabu tegas.

"Marilah bersama abang Mat, membantu kemenangan abang Mat," katanya dengan memesrakan dirinya sebagai abang Mat. Menurut Mohamad beliau bertanding kerana ingin membantu presiden, membawa Pas mendekati pemuda, mendekati orang miskin dan mendekati semua lapisan masyarakat.

Sebelum ini Mohamad dikatakan akan berkompromi dengan BPPM, namun penegasan hari ini menunjukkan Naib Presiden Pas itu ingin berganjak ke atas. Mungkin beliau merasakan ada kekosongan yang boleh diisi menyebabkan beliau ingin bergeser ke atas.

Dengan jaminan itu kini jawatan timbalan presiden mungkin akan menjadi rebutan tiga penjuru. Seorang dikatakan berminat untuk ikut sama ialah Menteri Besar Kedah, Azizah Razak.

Semetara dalam risikan awal menunjukkan Mohamad Sabu kini mendapat pencalonan lebih dari 10 kawasan mengatasi Nasaruddi dan BPPM. Bagaimana pun pencalonan itu masih belum disahkan kerana kebanyakan mesyuarat Pas Kawasan menyerahkan kepada ahli jawatankuasa membuat pencalonan.

Dalam perkembangan lain dakwaan mengatakan Kelantan cenderong untuk mencalonkan BPPM adalah tidak benar. Kenyataan individu yang dipetik oleh sebuah akhbar di Kelantan tidak boleh dipertanggungjawabkan dan ia lebih bersifat pandangan peribadi di mana mungkin individu berkenaan ada motif tersendiri membuat kejutan itu.

Setakat ini daripada lima kawasan yang telah mengadakan mesyuarat hanya dua kawasan sahaja yang telah mencalonkan BPPM. Kawasan Kubang Kerian di mana beliau sendiri sebagai Yang Dipertuanya dan satu lagi kawasan Rantau Panjang.

Kawasan Ketereh, Pasir Mas, Tumpat yang telah mengadakan mesyuarat kawasan bagaimana pun tidak menamakan sesiapa untuk merebut jawatan berkenaan. Mesyuarat menyerahkan kepada jawatankuasa Kawasan membuat keputusan.

Di Kelantan Pas mempunyai 14 kawasan. [wm.kl. 4:30 pm

Dipetik Dari:
http://msomelayu.blogspot.com/

Saturday, April 18, 2009

Pencalonan Baru Pimpinan PAS Pusat

Hari ini saya mendapat maklumat dari teman yang boleh dipercayai.....
Maklumat apa?

Keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Bintang.......
Biasalah dekat-dekat nak muktamar nie.....semua kawasan sebok bermesyuarat. Ada yang sudah...ada yang belum.....dan ada yang tak boleh mesyuarat....tapi jangan sebut, segan saya dan nanti ada yang marah pula....

Tapi , jangan lambat-lambat tuan , sebab tarikh akhir kalau tak silap saya pertengahan bulan Mei dah tutup kot....kalau silap maaflah yea....

Ok.....kita cerita pasal keputusan Bukit Bintang nie.....syok juga saya dengar, jangan pula kata ini pendapat saya....cuma kita nak syer, apa pendapat dan keputusan dia orang.....

Kawasan telah memutuskan beberapa calon dicadang untuk diketengahkan, antaranya ialah:
1. Presiden ----- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
2.Timb Presiden -------Tuan Hj Mohamad Sabu
3. Naib Prsiden -------Hj Husam Musa, Hj Hanifa Maiden, Ust Nik Amar Nik Abdullah
4. AJK PAS Pusat :
-Ustazah Nuridah
-Ustaz Idris Ahmad
-Dr Mahfoz(PJ Johor)
-Nasir Mustapha (Adun Kubang Rotan)
-Nizar (MB Perak)
-Mazlan Aliman
-Adly Zahari (TPJ1 Melaka)
-Hjh Wan Hasrina (Ketua Muslimat Selangor)
-Hj Takiyuddin

Yang lain-lain bakinya akan diputuskan dalam mesyuarat AJK Kawasan....

Itulah keputusan mereka.......tapi bukan nak kata apa, kalau-kalau kawasan lain setuju dengan cadangan mereka ikutlah.......

Tapi, secara peribadi ......saya cukup menyokong dengan jawatan no1 dan no2

Cuma .....saya bukan perwakilan......dan tak boleh mengundi

Semuga akan berlaku perubahan dalam saf kepimpinan PAS dan memantapkan lagi perjuangan PAS yang telah lam kita tunggu-tunggukan

Saturday, January 31, 2009

Ahmadenejad dari keturunan yahudi?????

Selawat dan Salam pada Junjungan besar Nabi Muhammad SAW , pada keluarganya dan pada para sahabat2 yang taat setia mengikutinya.....

Sekali lagi saya terpanggil untuk menulis sedikit ....oleh kerana membaca beberapa artikel dari blog2 dan juga email secara merata....yang pada saya kurang sesuai kalau pun nak di bahaskan.....kerana faktanya "senget" sebelah......

Saya tak kisah kalau.....ada orang nak memuja Ahmadenejad dan kalau ada nak membenci Ahmadenejad pun....ikut suka lah masing2.....tetapi cara bercerita dan tujuan nak bercerita untuk mengaitkan sesuatu ikut suka dan pandangan sendiri secara fikiran sempit.....memang tak "professional".......

Kalau pun Ahmadenejad tu asal keluarga yahudi pun......" so what?????"

Memang lah ayat Al Quran ada menyebut.......(potongan....: "tidak akan redha yahudi dan nasara....hinggalah kamu mengikut dan bersama mereka..." Hujah nie tiada sapa dan saya pun tak nak sangkal.......tapi yahudi macamana? adakah perangainya? bangsanya? amalannya? atau ideologinya?

Adakah pada yahudi itu kita tak perlu berdakwah kepada Islam.....walau mereka menolak? adakah kita kata biarlah yahudi tu sesat....tak perlu dakwah lagi pada mereka?

Habis tu.....sejarah kita dah lupa.....para nabi2 dan rasul yang terbanyak ALLAH utus pada siapa? bukankah bnyak Nabi2 dan Rasul2 tu dari kaum yahudi....banyak Nabi2 dan Rasul2 itu sendiri orang yahudi......jadi kita nak tolak? ....siapalah kita ini?

Nabi yang berbangsa selain yahudi tidak banyak....termasuklah Nabi Besar kita, Junjungan Nabi Muhammmad SAW.....

Memanglah yahudi tu bangsa yang jahat.....itu sebab ALLAH utus Nabi2 dan Rasul2 pada mereka.....ada ajaran yang sesuai pada mereka , mereka akan terima...tetapi kalau tak sesuai, mereka akan tolak dan bangkang...termasuklah membunuh Nabi2 dan Rasul2 mereka yang terdiri dari kaum yahudi sendiri.....

Jadi kenalah faham antara isu yang nak diungkit pun......

Dalam persidangan antarabangsa yang menentang zionis israel......."mungkin tuan2 satu hari dan saya juga kena perlu pergi juga kot.....untuk nak tahu maklumat sebenar...."...... Satu persidangan yang besar suatu ketika di Brusel yang di hadiri oleh Naib Presiden Hj Mohamad Sabu.....menyatakan bahawa yang turut menentang zionis israel itu sendiri adalah golongan agama yahudi itu sendiri....bercakap menentang kekejaman "ZIONIS ISRAEL"...puak2 kristian dan lain2 bangsa dari merata negara eropah dan amerika latin juga menentang kekejaman zionis yahudi.....

Jangan lah kita ingat kita umat ISLAM nie sahaja yang benci dengan kejaman zionis israel ini......tapi apa yang dah kita buat untuk mempertahankannya? kita kata orang tu tak kena.....kita kata orang nie tak kena?

KITA BUAT APA????????

Tahu tak tuan2...report dari TV antarabangsa berkenaan bantahan dan demo di merata dunia , semasa serangan yahudi zionis laknatullah tempoh hari...... di Malaysia lah demo yang paling sikit sekali.......mula2 jumlah 200 org, lepas tu 300 org, lepas tu 500 org lepas tu 1000 org , lepas tu 2000 org, lepas tu 3000 ke 5000 orang.....

DEMO BERSIH untuk nak merebut kuasa tempoh hari lagi ramai......sampai jadi perhatian dunia......

Tetapi demo di negara2 lain......jauh berbeza dengan kita.......tetapi bukan lah kita kata demo tu boleh mengubah apa2 sangat....atau membantu palestin tu....., tetapi sekurang2nya kita tunjukkan sokongan kepada mereka di atas kesusahan mereka......

Takkan kita nak ....asyik nak buat kuliah jer? dan minum kat di kedai2 mamak jer?

Baru2 nie...... pula rombongan dari wakil2 PAS berduyun2 ke palestin untuk memberi bantuan.....dan mengahantar bantuan....eloklah tu.....saya sokong.....

Tetapi saya check dengan Pejabat Agung sendiri.....ramai sangat nak pergi,,,,,,,, ada yg pergi 2 orang , ada yang pergi 3 org, ada yg pergi 5 orang, ada wakil dari selangor 6 org dan terbaru.... 23 org.....percaya tak? tapi itulah kenyataan.......nak pergi hantar derma atau rombongan? .....dari johor saya dengar ada juga nak pergi 2 atau 3 orang....

Tuan2 tahu tak ....tambang pergi berapa? lebih kurang rm5900 seorang ....tak masuk makan minum dan penginapan dan transport di sana......

Cuba kali RM5900 X 23 = RM 135,700 , kan baik kalau duit tu.....diberikan kepada 2 atau 3 orang sahaja sebagai wakil untuk mengahntar duit derma tu.....bukan tak boleh......duit yang banyak tu sendiri di jadikan derma.......kan lagi elok.....

Kalau nak beri bantuan tenaga bukan boleh pergi 3 atau 5 hari........atau 7 hari? boleh buat apa? ......orang lain2 dan doktor dari negara barat atau eropah kalau mereka datang memberi bantuan mereka duduk kat tempat tu paling kurang 3 bulan atau 6 bulan....baru betul2 berkhidmat...dan kalau mereka tolong buat rumah pun....sampai siap mereka akan buat...sebab mereka lama kat sana....secara rahsia pula, tu yang ada di kalangan paderi dan golongan pendakwah mereka menyelinap masuk....tetapi kita buat2 tak tahu jer.....

Kita pergi 3 ke 5 hari atau 7 hari......buat apa? ambil gambar boleh lah.....lepas tu keluar kat muka depan harakah.....dan siasah

Itulah sebab Abu Zarr pernah menegur Muawiyah "......kalau tuan buat istana dengan duit tuan ianya membazir , dan kalau tuan buat istana dengan duit rakyat...hukumnya haram...." , itu sebab dia dibuang kawasan.......adakah ada Abu Zarr lagi di zaman muta'akhir ini?

Fikir2 lah sahabat2 ku.....

Bantuan dari Yayasan Amal yg pergi 6 orang hari tu pun sebenarnya tak sampai ke pejuang Hamas.....mereka ditahan dan dihalang dengan berbagai rintangan.....setelah 5 hari di sana dengan suhu 5 darjah celcius dan 5 hari tak mandi....mereka balik dengan menyerahkan duit dan bantuan kepada Ikhwan Muslimin mesir utk di minta diberikan kepada Hamas...

Cukuplah setakat ini dahulu ........wahai sahabat2 ku

Jangan kata orang rektorit atau idealis .....sebelum itu kita perlu lihat " kata orang ukur baju badan sendiri......."

Kita biasa membaca " Bismillahirrahmanirrahi " ......tapi mana kita letakkan "Ar-rahman" dan "Ar-rahim" kita??????

Kita biasa baca " ....sesungguhnya sholatku, ibadatku...dan hidupku dan matiku..... Lillahirobbil Alamin....." ......ada kita telah sampai ke tahap tersebut.....kalau kita masih mengejar yang lain.......adakah ianya sejajar dengan apa yang kita baca dan kita amalkan?????????

Walla Hua'lam

Salam perjuangan untuk semua.......

Saturday, January 10, 2009

Orang Berkata....Hizbullah buat apa???

Salam semua.....

Saya terpanggil dan ingin menyentuh sedikit...... bila ada di kalangan kita mempersoalkan orang lain terhadap palestin dan israel?

Memang kita faham Yahudi=kafir laknatullah

Tetapi tidak adil......kita terus menerjah dan mengatakan serta mempersoalkan orang lain seperti Hizbullah....bila dia orang tak buat apa? memanglah Hizbullah tu syiah......

Islam meminta kita bersikap adil......jangan menuduh sembarangan kalau kita tak buat kajian.....sehingga habis.....mungkin ada kajian yang tertinggal.....jadi kena faham lah

Soal nya.....kenapa kita bertanya Hizbullah buat apa? kenapa tak tanya kat diri kita?
Kita buat apa?...... yang pastinya kita sekarang sedang sebok untuk pilihanraya di Kuala Terengganu......sedangkan saudara2 kita di bunuh dan di sembelih di sana (Palestin)

Kita boleh jawab.....kita juga berjuang di kawasan yang kita tahu...kerana kita perlu selesaikan masalah kita, kita tahu kerana Kuala Terengganu tempat kita.....begitu juga Hizbullah, dia ada masalah dia....biarlah dia orang buat apa yang dia orang boleh buat....

Kita carilah duit dan dana untuk ke Kuala Terengganu......pandangan saya kita kumpulkan duit dan hantar ke palestin lagi bagus......atau kalau tak mahu pun hantar ke fakir miskin di kawasan kita pun bagus.....banyak lagi orang susah....dan anak2 yatim

Dulu , kalau kita nak pergi ke pilihanraya kecil ataupun menghadapi persediaan pilihanraya kita tak perlu pun cari dana banyak2 atau minta kat orang banyak2....untuk pergi ke tempat pilihanraya tu.....

Kalau ada dana pun kita serah dana tu...kat kawasan yang terbabit dengan pilihanraya tu...sebagai sumbangan kita......itulah perjuangan ahli2 PAS sejak dulu lagi.....

Tapi di Kuala Terengganu ni ....belanjawan dan di buat..... RM3.5 juta untuk menghadapi pilihanraya nie......jadi kita tak perlu risau sangat pasal duit.....

Duit yang ada di kumpul untuk Palestin lagi bagus.....atau fakir miskin di kawasan sendiri....

Tambahan......
Hizbullah ini bukan tentera kerajaan, dia orang nie tentera persendirian....macam NGO atau parti PAS gak.....tentera kerajaan adalah tentera Lubnan.....Lubnan tak buat apa pun, kita tak tanya pun?

arab saudi, mesir, qatar , kuwait, oman, yaman, turki, syria , jordan dan negara2 arab lain tak buat apa pun? kita tak persoal pun.....?

Ini ke kita bercakap soal keadilan?

Sekurang2 Hizbullah dulu perang.... dia orang dapat tewaskan Israel dalam 34 hari.....tanpa bantuan tentera Lubnan......Jeneral Israel...mengaku kalah dan letak jawatan....(mungkin ada kot Jeneral tentera kat Malaysia berlakon perang2 dan bila kalah lepas tu letak jawatan)...... saya tak tahu kalau mereka nie berlakon.......tapi saya tak nampak.....sebab beratus rakyat Lubnan mati....banyak rumah roboh di bom...bangunan2 hancur......tak tahulah saya kalau mereka berlakon juga....tetapi Lubnan sendiri tak kata Hizbullah berlakon......malah rakyat Lubnan sendiri menyokong Hizbullah.

Sehingga , seorang ulama dari sebuah negara Arab yang ternama mengatakan haram menderma untuk Hizbullah kerana mereka syiah.....tetapi kenapa sekarang ulama tu tak menyeru pun umat Islam untuk menderma kepada Palestin....kerana kita membantu saudara kita Ahlul Sunnah Waljamaah???

Tahu tak tuan2 Ulama' dari negara2 Arab...yang dipuja dan disanjung oleh kita tu.....macamana hidupnya? ulama yang dikelilingi kemewahan.......sedangkan saudara palestin kita kesusahan setiap saat dan ketika?

Soal syiah.....saya tak habis kaji lagi....tuan2 dah habis kaji ker? mazhab yang empat yang agung iaitu Hanafi, Maliki, Hambali dan Shafie pun kita tak habis kaji lagi......jadi jangan lah melatah.....tuan2

Jadi janganlah kita "mengkafirkan" orang lain dengan mudah2..... silap2 nanti kita yang kafir sendiri..... na'u zubillah

Kita fikir dan kuatkan persaudaraan sesama kita lagi bagus....kuatkan ukhwah dan jangan cari musuh lagi bagus......sambil tu, kita fikir.....apa sumbangan diri kita kepada palestin yang sudah sampai masanya....apa pengorbanan yang kita sanggup keluarkan? duit? harta? rumah kita gadaikan? atau mungkin kita kena pergi ke sana???

Sehingga kini , kita nampak israel semacam mahu menghapuskan secara "etnik cleansing" apa yang ada di Gaza dan Palestin seperti apa yang berlaku di bosnia dulu......

Fikir2.....lah saudara ku ......berfikir secara rasional dan adil.....

Salam Ukhwah....

Wednesday, December 3, 2008

Semua mahu Mohamad Sabu...

"Dalam semua orang menang pada 9 Mac lalu, Mohamad Sabu kalah di Kuala Terengganu. Semua orang yang saya jumpa merasakan kemenangan PR kali ini tidak sempurna tanpa suara Mohamad Sabu di Parlimen. Nik Aziz pun mengaku lidahnya tak setajam Mohamad Sabu."

DAP dah isitihar sokong Mohamad Sabu. Anuar dah istihar sokong Mohamad Sabu.

Suhaimi Said aktivis marhein nak berhempas pulas berkempen untuk Mohamad Sabu.

SMS yang saya terima bertanya adakah harapan Mohamad Sabu bertanding di Kuala Terenganu.

Ya, Mohamad Sabu bukan mewakili Kuala Terengganu atau Terengganu tetapi mewakili nadi rakyat Malaysa.

Ya, Mohamad Sabu bisa berbicara di Parlimen.

Ya, Mohamad Sabu bisa memimpin rakyat di jalanan.

Ya, Mohamad Sabu bisa berpidato di pentas ceramah.

Ya, Mohamad Sabu bisa melaksanakan kerja kebajikan

Ya, Mohamad Sabu bisa membela nasib setinggan

Ya, Mohamad Sabu bisa berdailog di pentas Sosialis.

Ya, Mohamad Sabu diminati India dan Cina.

Ya, Mohamad Sabu paling banyak kes politik di mahkamah

Ya, Mohamad Sabu bisa bicara bersama Hizbullah Lubnan.

Ya, Mohamad Sabu telah mengabdikan diri dalam politik rakayat.


RAKYAT MAHU MOHAMAD SABU, tetapi Pas masih belum membuat keputusan. Kali ini kita mahu melihat adakah Pas Terengganu akan berfikir secara global atau lokal. Ujian sebenar ialah kepada Terengganu.

www.sokongpr.blogspot.com