Saturday, January 10, 2009

Orang Berkata....Hizbullah buat apa???

Salam semua.....

Saya terpanggil dan ingin menyentuh sedikit...... bila ada di kalangan kita mempersoalkan orang lain terhadap palestin dan israel?

Memang kita faham Yahudi=kafir laknatullah

Tetapi tidak adil......kita terus menerjah dan mengatakan serta mempersoalkan orang lain seperti Hizbullah....bila dia orang tak buat apa? memanglah Hizbullah tu syiah......

Islam meminta kita bersikap adil......jangan menuduh sembarangan kalau kita tak buat kajian.....sehingga habis.....mungkin ada kajian yang tertinggal.....jadi kena faham lah

Soal nya.....kenapa kita bertanya Hizbullah buat apa? kenapa tak tanya kat diri kita?
Kita buat apa?...... yang pastinya kita sekarang sedang sebok untuk pilihanraya di Kuala Terengganu......sedangkan saudara2 kita di bunuh dan di sembelih di sana (Palestin)

Kita boleh jawab.....kita juga berjuang di kawasan yang kita tahu...kerana kita perlu selesaikan masalah kita, kita tahu kerana Kuala Terengganu tempat kita.....begitu juga Hizbullah, dia ada masalah dia....biarlah dia orang buat apa yang dia orang boleh buat....

Kita carilah duit dan dana untuk ke Kuala Terengganu......pandangan saya kita kumpulkan duit dan hantar ke palestin lagi bagus......atau kalau tak mahu pun hantar ke fakir miskin di kawasan kita pun bagus.....banyak lagi orang susah....dan anak2 yatim

Dulu , kalau kita nak pergi ke pilihanraya kecil ataupun menghadapi persediaan pilihanraya kita tak perlu pun cari dana banyak2 atau minta kat orang banyak2....untuk pergi ke tempat pilihanraya tu.....

Kalau ada dana pun kita serah dana tu...kat kawasan yang terbabit dengan pilihanraya tu...sebagai sumbangan kita......itulah perjuangan ahli2 PAS sejak dulu lagi.....

Tapi di Kuala Terengganu ni ....belanjawan dan di buat..... RM3.5 juta untuk menghadapi pilihanraya nie......jadi kita tak perlu risau sangat pasal duit.....

Duit yang ada di kumpul untuk Palestin lagi bagus.....atau fakir miskin di kawasan sendiri....

Tambahan......
Hizbullah ini bukan tentera kerajaan, dia orang nie tentera persendirian....macam NGO atau parti PAS gak.....tentera kerajaan adalah tentera Lubnan.....Lubnan tak buat apa pun, kita tak tanya pun?

arab saudi, mesir, qatar , kuwait, oman, yaman, turki, syria , jordan dan negara2 arab lain tak buat apa pun? kita tak persoal pun.....?

Ini ke kita bercakap soal keadilan?

Sekurang2 Hizbullah dulu perang.... dia orang dapat tewaskan Israel dalam 34 hari.....tanpa bantuan tentera Lubnan......Jeneral Israel...mengaku kalah dan letak jawatan....(mungkin ada kot Jeneral tentera kat Malaysia berlakon perang2 dan bila kalah lepas tu letak jawatan)...... saya tak tahu kalau mereka nie berlakon.......tapi saya tak nampak.....sebab beratus rakyat Lubnan mati....banyak rumah roboh di bom...bangunan2 hancur......tak tahulah saya kalau mereka berlakon juga....tetapi Lubnan sendiri tak kata Hizbullah berlakon......malah rakyat Lubnan sendiri menyokong Hizbullah.

Sehingga , seorang ulama dari sebuah negara Arab yang ternama mengatakan haram menderma untuk Hizbullah kerana mereka syiah.....tetapi kenapa sekarang ulama tu tak menyeru pun umat Islam untuk menderma kepada Palestin....kerana kita membantu saudara kita Ahlul Sunnah Waljamaah???

Tahu tak tuan2 Ulama' dari negara2 Arab...yang dipuja dan disanjung oleh kita tu.....macamana hidupnya? ulama yang dikelilingi kemewahan.......sedangkan saudara palestin kita kesusahan setiap saat dan ketika?

Soal syiah.....saya tak habis kaji lagi....tuan2 dah habis kaji ker? mazhab yang empat yang agung iaitu Hanafi, Maliki, Hambali dan Shafie pun kita tak habis kaji lagi......jadi jangan lah melatah.....tuan2

Jadi janganlah kita "mengkafirkan" orang lain dengan mudah2..... silap2 nanti kita yang kafir sendiri..... na'u zubillah

Kita fikir dan kuatkan persaudaraan sesama kita lagi bagus....kuatkan ukhwah dan jangan cari musuh lagi bagus......sambil tu, kita fikir.....apa sumbangan diri kita kepada palestin yang sudah sampai masanya....apa pengorbanan yang kita sanggup keluarkan? duit? harta? rumah kita gadaikan? atau mungkin kita kena pergi ke sana???

Sehingga kini , kita nampak israel semacam mahu menghapuskan secara "etnik cleansing" apa yang ada di Gaza dan Palestin seperti apa yang berlaku di bosnia dulu......

Fikir2.....lah saudara ku ......berfikir secara rasional dan adil.....

Salam Ukhwah....

No comments: