Saya menulis disebabkan kerana sudah tak tahan lagi melihat gelagat dan perangai beberapa pimpinan PAS yang saya lihat sekarang ini.....saya rasa memang memeningkan parti PAS sendiri......
Kalau lah hari tu disebabkan muzakarah.....muqabalah......dan muktamar yang paling hambar dalam sejarah PAS (selama saya menjadi ahli PAS selama 10 tahun, APATAH LAGI AHLI PAS YANG LEBIH 20 TAHUN ATAU 30 TAHUN YANG TAHU PERKARA INI) ....saya bertambah kecewa.
Ianya ditambah lagi.... berlaku bila pilihanraya di Permatang Pauh baru-baru ini......di mana senarionya bermula sejak kes liwat Anwar Ibrahim (sebenarnya kalau dikira betul2 sebelum dari itu lagi....lama dah) . Bila Anwar tertuduh kali kedua, dia masuk ke kedutaan turki.....keluar, kena tangkap dan bebas.....dan seterusnya hinggalah ke pilihanraya Permatang Pauh...
Beberapa pimpinan PAS sendiri seolah-olah bercakap dan terlalu taksub kepada Anwar......sedangkan kita parti PAS ada pemimpin dan Presiden kita sendiri. Adakah kepimpinan Anwar lebih ISLAM daripada kepimpinan TG Haji Abdul Hadi?
Nak kempen....dan nak politik pun patut2 ler....
Adakah dasar perjuangan parti PAS yang kita yakini selama ini untuk memperjuangkan ISLAM sebagai dustur....kita lupa? Mana semangat dan roh kebenaran?......Adakah TG Hj Hadi bukan Ansorullah? ......Mana matlamat Daulah Islamiah kita? Mana pengorbanan kita untuk ISLAM?
Adakah sekarang ini kita sudah boleh kata Anwar bakal Perdana Menteri? Sedangkan dalam muktamar yang lepas TG Haji Hadi sendiri telah menekankan bahawa dalam Pakatan Rakyat sekarang ini tiada ketua.....kita bersama dalam Pakatan Rakyat mengikut keputusan parti masing2 dan kemudian berunding antara 3 parti...... juga sekali disebut oleh TG Haji Hadi bahawa kita tidak mahu angan2 mat jenin......
Adakah ini pemimpin PAS tak faham? atau buat2 tak faham?
Betul kalau kita kata ....itulah politik, kita kena pandai politik.....itu cakap politik.....
Jangan kata saya menuduh tanpa bukti......adakah tuan2 tidak lihat dalam akhbar atau blog atau web atau berita TV ....... serta ucapan2 di kempen pilihanraya Permatang Pauh.....dimana ucapan pemimpin PAS, gambar2 mereka yang keterlaluan membela dan mengagungkan Anwar sehingga yakin seolah2 dia "confrim" boleh jadi Perdana Menteri.....
Nak kempen tolong dia menang dalam pilihanraya satu hal.....dan nak kempen untuk dia jadi Perdana Menteri satu hal juga.....
Saya ingin sebutkan nama-nama ini:
Dr Hatta, Hj Mahfuz, Dato' K J, Dr Syed Azman, Dr Lo'lo', Dr Mariah, Dr Dzulkifli, Dato' Husam dan beberapa lagi pimpinan PAS yang berminat......kalau nak jadi menteri atau nak dapat habuan segera...... BERTINDAKLAH SEKARANG, KELUAR DARI PARTI PAS DAN MASUK KEADILAN SEGERA..... Agar mudah kami perbetulkan kepincangan PAS sekarang ini....
Jadi....kesimpulan jangan kata saya nak pecah belahkan parti, atau menjadi onak dan duri dalam daging..... Jangan kata saya dengki sebab tak dapat.....
Saya sayangkan PAS macam tuan2 juga.....
Kalau saya nak harta, duit atau pangkat......baik saya diam diri dan "join" sama lagi bagus.....
Thursday, August 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Geram nampak?
Kenapa dah lama senyap ni?
mereka suma dah gila!!
mereka semua dah gila BABI!
sekarang ni ISLAM dah tak kisah kat atas ke bawah,
yg penting PERUT KENYANG!!
BLUURPP..
*sorry sendawa.*
Semua Pimpinan PAS yang disebut oleh pemimpin rakyat hingga nak suruh keluar parti saya rasa keterlaluan tu sebab setiap dari mereka ada juga jasanya pada perjuangan Islam tapi jangan lah sampai nak suruh depa keluar Parti.Kalu kita minta depa rehat sat dan bagi peluang pada yang baru kan lebih bagus dan lebih berhemah.Biar lah yang kita tak setuju dengan mereka tu kita turunkan pangkat agar mereka dapat muhasabah diri sendiri.Mana lah tahu di takdikan Allah mereka dapat hidayah yang lebih baik lagi.Mari kita nilai dan ukur performance mereka semua sebelum kita lantik.Yang penting kita sebagai aktivis yang cintakan islam perlu bersama sama menentukan hala tuju pimpinan kita mengikut dasar dan matlamat parti.Tertegaknya Islam setelah runtuhnya Jahiliah"jadi mari kita pastikan pemimpin kita membawa kita kearah itu membantu perjuangan dengan meruntuhkan jahiliah.Tidak ada short Cut dalam perjuangan.Ini pengajaran dari apa yang di ajar oleh nabi kita (SAW).Perlu di ingat untuk melatih seorang pemimpin perlu ,tenaga,serta kejasama dari ahli yang ramai dan masa yang lama tetapi untuk menjatuhkan pemimpin hanya perlu satu hari saja.Dato Husam tu rasanya boleh pakai lagi sebab dia dilatih oleh tok guru cukup lama yang lain tu tak tahu lah munkin ada ciri ciri oportunis sikit.Mari kita pilih yang terbaik dan mantab,kukuh dan terserlah pengorbanan mereka sekian lama demi kebaikkan parti.
Post a Comment