Thursday, June 18, 2009

Dakwah kepada Firaun?

Banyak perbincangan termasuk dalam muktamar yang baru lalu berhujah, agar hujah2 tersebut sesuai utk jawapan kepada UG ini.....antaranya berdakwah kpd umno, sehingga ada yg membuat contoh Nabi Musa berdakwah kpd Firaun.....

Tetapi jangan lupa....Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri....tapi Baginda berdakwah utk meminta Firaun ikut Baginda.....bukan Baginda ikut Firaun....sehingga Baginda mengatakan bahawa Firaun adalah "TAGHUT" ....dan bila Firaun terlalu marah dan tak boleh terima di burunya Nabi Musa hingga menyeberangi laut....

Dan dalam dakwah kepada Firaun pula dalam istana nya ada Masitah dan Asiah.....yang menyokong Nabi Musa....tetapi dalam umno ada gak Masitah tapi ada Rosmah....jadi kena ingat......

dan cuba ingat semula Amanat Hj Hadi dulu:

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!

KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!

KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!

MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!

OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,

PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!

UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!

DERMA KITA ADALAH JIHAD!

DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA

BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!

KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!

KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!

KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!

TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!


Mudah2an kita terus jadi orang yang berfikir......

Wednesday, June 17, 2009

Jangan Lompat Keluar Kapal/Bahtera....

Baru2 nie dalam ucapan penggulungan Presiden PAS di muktamar ke 55 ada menyebut... Bahawa PAS adalah satu bahtera atau kapal yang telah berjalan lurus menuju haluan yang tepat dan betul. Jadi sesiapa yang keluar atau cuba melompat keluar dari bahtera tersebut maka dia akan rugi....

Barangkali hanyut atau mati dibedal arus luar....dalam lautan yang besar...

Saya amat bersetuju betul dengan pernyataan TG Haji Hadi tu.......

TAPI........ maaf TG Haji Hadi bukan kerana tak walak dengan tuan hamba....tapi ingin menegur tuan hamba...

Kapal kita sekarang nie.....telah bocor, atau ada kerja2 mengorek lubang dari dalam kapal nie.....dan juga ada kerja memecah bahagian kapal dari dalam....barangkali enjin kapal juga mahu dirosakkan oleh seseorang atau lebih dari dalam kapal nie.....

Jadi TG Haji Hadi kena dengar kata kapten yang kita telah sama2 lantik iaitu TG Nik Aziz lagi berkuasa dari tuan hamba.....

Samada....kita kena tangkap orang....atau orang2 yang membuat onar di dalam kapal ini ....untuk dihukum atau dibuang keluar dari kapal nie.....

Sebelum bahaya kepada kapal atau bahtera kita...sebab nanti kapal atau bahtera kita akan karam.......

Nescaya akan punah kita semua atau karam di tengah lautan.....dan kita semua tak sampai ke destinasi kita........

Saturday, June 13, 2009

Walak pada pimpinan? Siapa menipu siapa?

Pohon maaf pada semua pimpinan dan juga semua ahli PAS.....

Bukan niat untuk hasad dengki atau mahu memperjatuhkan tuan2.....tetapi sekadar menegur sekiranya tuan rasa , kita perlu berfikiran terbuka.....

Mukatamar telah berlalu, tetapi hati ini masih pilu dan sedih.....mengapa?

Kita di ajar untuk taat dan patuh atau walak pada pimpinan selagi tidak mengajak kepada maksiat....itulah kata2 naqib atau pimpinan kita....

Tapi kena ingat .....dalam PAS , Mursyidul Am adalah tertinggi selain Majlis Syura. Jadi kalau TG Nik Aziz terlalu marah dan tidak setuju dengan kerajaan perpaduan (Muqobalah) kenapa kita tidak taat. Kenapa Presiden dan Timbalan Presiden tidak walak.....

Kalau ketam nak ajar anaknya berjalan betul, tetapi ketam tu sendiri berjalan senget macamana? Kalau kita suruh orang bawah taat dan walak....tetapi pimpinan tak buat, jadi siapa sebenarnya yang perlu diikut?

Kita malu sebenarnya....bila orang kafir seperti Lim Guan Eng menyebut TG Haji Hadi perlu memohon maaf bukan setakat pada DAP tetapi perlu mohon ampun pada Tuhan (ALLAH) .......apa dah jadi?

Siapa yang bohong siapa sebenarnya.....

Kalau pun Lim Guan Eng tu berlakon untuk kepentingan politik, itu takpa sebab dia kafir......sepatutnya kita yang Islam kena memberi contoh yang baik....dan kita yang Islam juga kena buat lebih baik daripada orang kafir......

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Pegawai Tabung Haji......

Semalam saya bersembang-sembang dengan kawan-kawan pasal kerajaan perpaduan ni....

Dalam sedang berbincang, datang seorang kawan yang kami panggil Abg Haji.....jadi dia mencelah...

"Macam ni ceritanya......dalam kita mengerjakan ibadat haji melalui Tabung Haji ni, ada beberapa pakej..... pakej harga minima, pakej harga sederhana dan pakej harga yang mahal"

Sebenarnya tujuannya semua satu....iaitu untuk mengerjakan Haji ....mengadap ALLAH TAALA. Tapi bila berbeza-beza pakej....dan tentulah layanan dan habuan pakej berbeza....

Jadi bila berada di tanah suci sana....jemaah berkumpul , maka bertemu di antara satu sama lain .....bila cerita sesama mereka dan bersembang, tentulah masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing dan juga layanan masing-masing di sana.....cerita tempat tinggal, cerita makanan dan cerita pengangkutan....

Tentu ada perbezaan di antara satu sama lain.....bukan itu sahaja, ada juga layanan yang tak sepenuhnya tertunai dan tak lengkap.....dah tentu lah ada komen dan rungutan kerana apa yang dijanjikan tak sama dengan apa yang dapat....

Jadi.....pegawai-pegawai Tabung Haji ni lah yang berperanan dalam taklimat-taklimat sebelum jemaah haji ni pergi ke tanah suci.... Kita kena bersabar, kita nak pergi beribadah.....jangan ada terasa hati, jangan marah, jangan cakap kotor, jangan ada maki memaki dan tidak membuat sesuatu yang tak baik....

Semuanya untuk membuat para jemaah akur dan tidak memberi komen apa-apa yang tak baik....di antara satu sama lain...

Jadi , sekarang nie sama sahaja saya tengok dalam PAS.....pemimpin dan ustaz-ustaz di suruh memberitahu kepada orang bawahan serta ahli-ahli PAS, jangan bertindak seperti demikian.... semuanya kena akur dan walak pada pimpinan..... apa yang pimpinan buat semua terbaik untuk parti....

Jadi , pemimpin setengahnya dari kalangan ustaz-ustaz ni di ajar untuk menjadi seperti pegawai Tabung Haji......terutamanya dalam isu kerajaan perpaduan....

Bantahan kerana tidak setuju dengan "USUL PAS"

Kita kena berhati-hati dan menerangkan dengan sebaik mungkin agar tidak ada kekeliruan.....

Yang pasti SIS mesti dihapuskan dan masyarakat di luar faham kenapa....?

_______________________


Kenyataan Ahli Parlimen Klang.
Charles Santiago, DAP.

Sahabat sekalian,

Sila menyertai saya dalam menyokong kenyataan berikut dengan tujuan melindungi dan menggalakkan pernyataan serta pendapat-pendapat alternatif.

PENYATAAN BERSAMA OLEH PERSATUAN-PERSATUAN SIVIL MALAYSIA TERHADAP RESOLUSI PAS UNTUK MENGHARAMKAN SISTERS IN ISLAM

Kami penandatangan di bawah amat terganggu dengan usul Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mahu agar Sisters in Islam (SIS) diharamkan dan ahli-ahlinya dipaksa menjalani proses pemulihan jika aktivitinya didapati bertentangan dengan Shariah Islam. Pada hemat kami, dengan membuat usul sebegini, PAS telah pun membuat anggapan bahawa SIS harus diharamkan dan aktivitinya dihentikan.

Kami menghormati kebebasan ahli-ahli PAS untuk berpesatuan dan menyuarakan pandangan mereka. Sedemikian juga, ahli-ahli SIS atau ahli mana-mana pertubuhan lain harus diberikan jaminan atas kebebasan yang sama. Dalam hal-hal kepentingan awam, tiada satu individu atau pertubuhan pun yang boleh memonopoli hak menyuarakan pandangan.

Desakan untuk mengharamkan SIS dan memaksa ahli-ahlinya menjalani proses pemulihan adalah suatu tindakan yang mencabul kebebasan-kebebasan yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Telah banyak terdapat undang-undang anti-kebebasan bersuara di Malaysia, justeru desakan PAS sebegini akan mengakibatkan ruang perdebatan awam yang sememangnya kecil menjadi terus tertutup.

Bagi menjadikan Malaysia lebih matang dalam mengamalkan demokrasi yang kita aspirasikan, amatlah penting agar konsep kepelbagaian dilindungi dan terus dipupuk, dan ini termasuklah kepelbagaian pandangan. Oleh demikian, adalah sangat penting kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, samada terhadap ahli-ahli PAS atau mana-mana pertubuhan atau individu lain, dihormati.

Desakan untuk mengambil tindakan terhadap SIS yang boleh mengakibatkan pengharamannya adalah tidak sejajar dengan retorik PAS yang mahukan Malaysia yang demokratik dan inklusif. Sebaliknya, desakan ini sama sekali tidak demokratik.

Kami ingin menekankan bahawa walaupun ahli-ahli PAS berhak menyuarakan pandangan mereka, namun desakan untuk mengharamkan SIS tidak boleh diterima langsung. Secara prinsipnya, tidak harus timbul persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan hanya kerana tidak bersetuju dengan pandangan pertubuhan tersebut. Kepelbagaian pandangan mestilah dihormati dan sebarang perselisihan pendapat hendaklah diselesaikan dengan perbincangan yang matang dan membina.

Dengan ini, kami mendesak PAS untuk menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menarik semula usul terhadap tindakan ke arah pengharaman SIS.

Monday, June 8, 2009

Keputusan Pemilihan & Kerajaan Muqabalah

Baru lepas sudah keputusan pemilihan Muktamar ke 55.

Yang menang....menang, yang kalah...kalah.

Tapi sebenarnya, yang menang belum tentu dipersetujui oleh semua......begitu juga yang kalah belum tentu tidak mendapat sokongan penuh...

Kerana apa?..... maklumat tidak sampai betul ke akar umbi....

Perwakilan tidak sebijak mana semuanya.....ada yang pandai memilih dan ada yang cuma mengikut....mendengar kawan atau mendengar arahan pimpinan.

Yang pasti jumlah Hj Mohamad Sabu (261) dan Hj Husam Musa (281) adalah 53% , ianya lebih dari Ustaz Nasharudin yang hanya (480) peratusan 47%.

Ertinya juga ramai yang menolak Nasharudin dan juga kerajaan muqabalah yang dicadangkan oleh group2 ini.....

Salam perhatian buat semua......

Sunday, June 7, 2009

"Intailah aku sementara nampak......."

Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.

"Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan," kata Hj Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.
Bacaan pantun Hj Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

Selain itu, beliau juga secara seloroh berkata "...pergilah pimpinan-pimpinan muda ke Parlimen, ke DUN dengan berpakaian kemas , cantik dan elok.....biarlah Abg Mat keluar masuk ke mahkamah...". Tegasnya lagi kerana keesokan hari (Isnin) beliau akan ke mahkamah kerana kes BERSIH selama 5 hari bermula 8-12 Jun 2009 dan pada 24-26 Jun 2009 pula untuk kes PROTES.