Fikir punya fikir........kaji dan lihat, rasa berat hati nak komen.
Tapi rasa terpanggil untuk beri komen juga.....mengenai kemenangan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sememangnya gelombang Tsunami politik di tanahair masih belum habis lagi....
Kalau kita lihat pengundi Cina dan India memang "solid" mengundi Anwar kerana mereka dah muak dengan umno atau Bn....yang penipu besar. Majoriti 80% ke 90% dah pasti mengundi Anwar ...sehinggalah kita lihat semua peti undi menang dan memihak kepada Anwar, tu yang Tun Mahathir dan Ku Li hentam Pak Lah dan Najib.
Tapi cuba kita lihat dari sorotan lain, di mana pengundi di Permatang Pauh terbahagi kepada 3, iaitu:
Kategori Pertama:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana tak percaya Anwar dituduh meliwat Saiful....ia berlaku kerana pembersihan dan pensucian telah dilakukan terhadap Anwar oleh pimpinan2 dan ulama2 PAS, dan ia termasuklah Munajat Perdana yang dihadiri sendiri oleh antara pimpinan tertinggi PAS.
Kategori Kedua:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana mereka tak kisah apa yang berlaku terhadap salah laku Anwar. Mereka menganggap ia adalah masalah peribadi......dan yang penting Anwar boleh membawa perubahan kepada kemajuan dan pembangunan yang selama ini umno buat tak betul.
Kategori Ketiga:
Pengundi yang mengundi Anwar adalah kerana mereka anggota parti pembangkang yang setia dan yang asal. Mereka istiqomah dan tidak akan mengundi umno atau Bn......tak kira siapa bertanding asal jangan pangkah umno atau Bn.
Dalam pada itu, dari kesemua ketiga ini, yang paling bahaya ialah yang kategori kedua. Mereka berpendapat masalah Anwar adalah peribadi.....dan ianya adalah selari, sama dan termasuk dalam sudut apa yang diperjuangkan oleh sister in islam (SiS). Golongan ini jugalah yang menolak Syariat Islam iaitu golongan Liberal yang sekarang ini sedang berkembang di Malaysia dan Indonesia.
Itu sebab kita tengok Gus Dur sokong Anwar...... Wallahu A'lam
Mudah2 an .....ALLAH celikkan mata rakyat Malaysia.....khususnya ahli PAS semua.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pendapat ini anda silap sama sekali..Orang yang mengundi PR secara keseluruhan dalam PRU 12 adalah disebabkan mahu perubahan yang besar dan drastik belaku terhadap segala dasar kerajaan BN yang lapuk penuh dengan rasuah dan merperkaya kan Kroni.Apabila semagat ini terpahat dalam jiwa Rakyat..siapa pun calun PR pun boleh menang..dalam DUN atau Parliment yang mendapat Informasi yang tepat mengenai sikap kerajaan BN.Sikap DSAI yang nagatif hanya secara kebetulan tidak mempergaruhi sangat pengundi sebab..niat dan semagat pengundi yang ingin merubah amat tinggi.
Post a Comment