Monday, May 4, 2009

KEPIMPINAN ULAMAK DALAM PAS : SATU KAJIAN SEMULA


PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?
Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.


Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.
Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.


Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.



Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.

Akhukum fil Islam
Mohamad Hasan Marzuki
(Kiriman Sahabat PAS)

Sunday, May 3, 2009

Pencalonan Timbalan Presiden......

Tersebar dalam media mengatakan keputusan Majlis Syura telah membuat keputusan untuk membenarkan pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden mestilah dari golongan ulama sahaja.

Ada maklumat lain yang disahkan kebenarannya, bahawa Pesuruhjaya Negeri Johor iaitu Prof.Dr. Mahfuz (beliau juga adalah ahli mesyuarat Majlis Syura) mengatakan bahawa tiada satu keputusan pun yang telah menetapkan jawatan Presiden atau Timbalannya mesti dari golongan ulama.

Ni macam mana Ust Daud Iraqi ni?

Tapi cerita pasal kepimpinan ulama ni sekarang telah heboh dalam semua blog yang top 10 (tuan boleh baca sendiri)....

Kenyataan dari Prof.Dr. Mahfuz sendiri, yang penting kepimpinan ulama ialah menghidupkan Majlis Syura Ulama itu. Dimana Majlis Syura Ulama itu mestilah lebih tinggi dan boleh memanggil atau memecat mana-mana AJK termasuklah Presiden atau Timbalannya kalau mereka menyeleweng dari dasar parti PAS.

Tambahnya lagi, seluruh 25 kawasan Johor mendapat amanat dari Perhubungan Negeri Johor meminta mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan Jun ini.

Laporan lain pula , juga ada pencalonan beberapa kawasan dari Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor juga mencalonkan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Kita tunggu lagi dari beberapa negeri lepas ni......Insya ALLAH , teruskan perjuangan Abg Mat.

Perbahasan Isu Ulama......

Sehari dua ni berita pelik.......TV3, Rtm TV1 dan akhbar yang disokong Umno pula sebok nak bercerita tentang pemilihan muktamar PAS pada bulan Jun ni.

Apa kena mengena pula dia orang sebok bercerita tentang pemilihan dalam PAS nie? sejak bila pula dia orang beri kita peluang untuk bercerita hal dalaman kita untuk maklumat umum.....?

Dia orang ni suka-suka menyebok? atau ada orang dalam ni....yang cuba menggunakan media tu semua untuk membuat sebaran berita dan kempen....?

Atau kita dah ada di sebalik perbincangan untuk percaya dengan puak-puak Umno dan semua media dia orang ni......merbahaya tau!

Setahu saya, kita memang tak percaya dengan berita-berita TV3, Rtm atau akhbar Umno ni termasuklah utusan meloya tu.....dan lain2 yang sewaktu dengannya....

Apa isu sebenar yang nak diceritakan tentang perbahasan isu ulama ni.....

Hentam sungguh puak2 Erdogan tu.....dan puji sangat pula semacam nak membela ulama nie.....
TV3 , RTM dan Umno ni dah percaya dengan ulama pula sekarang?

Macam ada maksud di sebalik puji dan sebaran berita (maklumat) kepada umum ni....

Thursday, April 30, 2009

Kelahiran Si Tanggang Moden......

Kalau dulu kita pernah di dengarkan cerita Si Tanggang semasa di sekolah rendah, atau dalam buku2 lama dulu......

Tapi, kini seolah2 kita dikejutkan dengan kemunculan Si Tanggang Moden. Kalau dulu kisahnya ialah kurang ajar kepada ibunya, tapi ini lain kisahnya pula iaitu kurang ajar kepada ayahnya.

Kerana apa?
-bersikap kurang ajar menegur ayahnya di tempat terbuka
-sedangkan beliau tinggal serumah dengan ayahnya, dan bila2 masa ada kelapangan boleh berbincang secara sulit
-kenapa dibiarkan lama , kalau betul? baru sekarang nak tunjuk belang?
-menuduh ayahnya tidak pandai politik dan dipengaruhi oleh orang2 sekeliling
-menuduh ayahnya terpengaruh dan tidak bijak membuat keputusan sendiri
-dia lebih hebat dari ayahnya kerana dia boleh nampak "ulama mee celup" tapi ayahnya tak nampak
-dan , dan , dan .....tak gamak nak sebut lagi sikap beliau ni

Jadi , sapa2 nak tengok Si Tanggang Moden ni, silalah ke negeri pantai timur ni.....

Wednesday, April 29, 2009

Mahkamah Tolak Permohonan Zambry

Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh DS Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Ada can lagi lah DS Nizar Jamaluddin jadi MB semula....tapi persidangan 7 Mei ni macamana pula???

Betul ke ni Ustaz Azizan?

Wanita UMNO Kedah Mahu Bermuzakarah

ALOR SETAR - Pergerakan Wanita UMNO Kedah bercadang untuk bertemu dan bermuzakarah dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi berbincang mengenai isu-isu pembangunan wanita di negeri ini. Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid (foto) berkata Wanita UMNO Kedah akan memberi tumpuan mengenai isu-isu perundangan dan ekonomi wanita sebagai agenda kepimpinan baru. Katanya beliau bersama barisan Jawatankuasa Wanita UMNO yang baru bersedia untuk berbincang secara terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan PAS itu demi kepentingan kaum wanita di Kedah. "Saya rasa tidak ada masalah untuk saya bertemu Datuk Seri Azizan kerana perjumpaan itu demi kesejahteraan ekonomi rakyat secara amnya," katanya.

Buat Husam.......kalau tak sayang nyawa?

Cerita seminggu dua ni berkisar dalam pemilihan yang akan berlaku dalam Muktamar PAS (awal Jun 2009 ni...)

Sekarang hampir masa penutup tarikh (tinggal beberapa hari je lagi..) untuk setiap kawasan menghantar nama2 untuk pencalonan jawatan-jawatan bermula dari Presiden hingga ke AJK PAS Pusat.

Saya nak komen sikit.....antaranya ialah untuk YB Husam Musa, memang seperti beria-ia berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Tapi berani betul ke dia nie......tak sayang nyawa ke dia? Fikir betul2 sebelum terlambat....

Sebab apa? Saya dengar cerita TG Nik Aziz sedang menggilap beliau dan bercadang untuk menggantikan beliau ni nanti ke jawatan Menteri Besar Kelantan.

Jadi, YB Husam ni...kena fikir 2 ke 3 kali , lebih kali-kali pun takpe untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden tu.....

Sebab nanti kalau beliau kalah, dan tak dapat jawatan Timbalan Presiden tu ....maka reputasi beliau sendiri akan merudum....pengaruh di Kelantan untuk beliau dicalonkan ke tempat TG Nik Aziz tu belum tentu selamat, apatah lagi kalau rakyat Kelantan khususnya ahli PAS sendiri nanti memandang dan berpendapat beliau sudah tidak berpengaruh lagi....

Imej beliau akan terjejas dan habis.....

Jadi , kalau sayang nyawa......fikir2 lah