Friday, October 23, 2009

PAS kena buat Mesyuarat Agung Luarbiasa???

Masalah berlaku dalam pimpinan PAS....teguran telah dibuat dalam blognya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan pandangan....selepas teguran dibuat oleh Dr Aziz Bari kepada PAS, dan juga beberapa masalah yang berlaku dalam pimpinan PAS seperti apa yang berkaitan dengan Hassan Ali, TG Hj Abdul Hadi dan Nasharudin Mat Isa.

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?
Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam , timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sunday, October 11, 2009

Faktor PAS Tewas Di Bagan Pinang.......

Seperti yang kita jangkakan PAS agak sukar untuk menang di Bagan Pinang. Berikut adalah faktor ketewasan calon PAS di Bagan Pinang, selain budaya yang diterap oleh Umno iaitu budaya wang, samseng, ugut mengugut...iaitu:

1. Calon Pas bukan anak tempatan, ni yang pelik.....kerana pegangan ke"suku"an orang Negeri Sembilan ni pelik.....sedangkan dalam Islam tiada isu ini....tetapi nak buat macamana orang Pas juga pelik, ketika isu calon di Kuala Terengganu yang nakkan calon tempatan.

2. Strategi gerak saraf Pas perlu diberi perhatian lebih terperinci.

3. Petugas PAS yang datang dari seluruh negara kurang efisen - Hanya meramaikan majlis ceramah, memenuhi gerai jualan dan beriadah di pantai Port Dicksons

4. Sebahagian pemimpin datang untuk berceramah atau tidak .....setengahnya untuk menonjolkan diri.

5. Kesesakan di hadapan markas Besar Pas akibat pembinaan gerai jualan dan kenderaan yang diletakkan sesuka hati menimbulkan kemarahan kepada penduduk / pengundi tempatan.

6. Isu pembinaan kuil di Selangor yang dibangkitkan kepada pengundi India di Bagan Pinang.

7. Isu 'perbalahan' Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor yang didedahkan oleh media????

Walau bagaimanapun bagi semua pimpinan dan petugas yang ikhlas kita tidak pernah tewas dan tidak kalah cuma tidak menang. Allah SWT tidak melihat hasil atau kemenangan sebagai balasan ganjaran dari-Nya.

Selama nie PAS duduk bergantung harap dgn Cina dan India untuk kalahkan umno.....tetapi lupa India dan Cina nie lah yang dapat memberikan semua ustaz-ustaz memerintah dan mengajar kuliah-kuliah di masjid yang dulunya umno pegang.....

Tingatkan usaha dan keikhlasan ...Kita berjuang bukan kerana sanjungan dan pujian manusia kita berjuang kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Teruskan perjuangan....

Sunday, September 6, 2009

Isu Pembinaan Kuil dan Provokasi Umno/BN???

Saya dapat dari FACEBOOK....utk tatapan bersama:


SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA....

Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.

Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.

Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .

Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.

Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .

Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut tidak enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.

Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .

Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.

Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.

Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.

RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !

Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.

PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !

Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.

Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .

Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.

MAJORITY BELUM BERSUARA.

Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?

Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.

Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .

Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.

CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR

Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?

Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?

Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .

Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?

PSM merasakan bahawa, rakyat dan ‘silent majority’ perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .

Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.

Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.

Sivarajan
Ahli Majlis MBSA, PSM .

Saturday, September 5, 2009

Pilihanraya N31 ....macam2 teori pulak?

Saya terbaca di tempat atau blog lain.....

Biasalah macam2 orang boleh ber "teori"........

"PRK N31 kali ni memang unik, bukan saja yg ke 9 dan di negeri 9..kekosongan juga berlaku dalam bulan 9 (September), dan berlaku dalam bulan Ramadan (bulan ke-9 kalendar hijrah). kebetulan sekarang pun kita berada dalam tahun 2009. saya terjumpa fakta ni dalam tranungkite versi 9
mungkin inilah talian hayat UMNO 999..."

Tapi...esok siapa nak turun dan nak buat kerja?

Kita tengok.....dan lihat!!!

Wednesday, September 2, 2009

Lagu apa nie......

Lagu apa nie......cuba dengar elok-elok yea.

Mamula Moon

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE


dan cuba yang ini pula :


Terang Bulan by Anneke Gronloh

SEE VIDEO ON YOUTUBE HERE

Tuesday, August 4, 2009

Calun Permatang Pasir......

Salam semua.....lama juga tak menulis, maklum lah pening selepas muktamar dan pilihan raya Manik Urai....

Kemudian letih juga lepas demo Mansuh ISA hari tu....maklumlah main cak-cak dan kejar2 dengan polis.....he he he

Tapi sebelum tu, berlaku peristiwa seorang DUN dari PAS meninggal dunia....iaitu di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Jadi dah mulalah orang bercakap siapa penggantinya....macam2 nama disebut sebagai calun2

tapi kekadang orang yang bercakap nie ikut suka...dan bukan berfakta.....

Adalah yang mencadangkan Hj Mohamad Sabu.....

dulu masa Tok Guru kata utk Kuala Terengganu.....tak beri, kemudian Tok Guru cadang Bukit Gantang....pun orang tak beri.....

sekarang ni....bila DUN pula nak cadang lagi Hj Mohamad Sabu lagi......dah lah tu DUN pula tu......

Hj Mohamad Sabu...adalah tokoh NASIONAL.....dia bukan sesuai utk duduk di DUN....nanti jadi macam tok siak jer.....

ada ker pula , yang kata kalau Hj Mohamad Sabu menang di DUN nie....nanti boleh jadi exco pula......hoi orang PAS.....!

hangpa faham tak?.....PAS menang satu kerusi jer kat Penang tu....mana boleh minta exco...

kat Kedah ....DAP menang satu kerusi DUN gak.....PAS tak mahu kasi utk jadi exco....

jadi kena adil lah....

tak kan....nak create satu exco baru pulak......mana boleh hoi......

kita di Penang menang minoriti jer....jadi jangan eksyen tau.....

DAP tak kacau kita guna masjid dah kira okey lah.....

buat lah kerja elok2 jaga masjid semua tu.....berdakwah cara elok2

esok kalau rakyat....terutama orang Melayu dah berubah dan boleh sokong PAS

barulah kita boleh dapat kerusi DUN lebih.....baru boleh "demand"

kalau tak.....jangan harap lah....dan jangan jadi angan2 mat jenin

macam kata TG Hj Hadi dulu.....

Monday, August 3, 2009

Siapa nak check.....pencacai Mohd Khairul Azam ni?

Demo dah habis......tapi siapa nak buat kerja yang ni pula?
Siapa nak check.....pencacai Mohd Khairul Azam ni?

Dipetik dari MalaysiaKini:

Pro-ISA gesa polis tahan Anwar, Hadi dan Kit Siang

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.