Thursday, March 26, 2015

KENAPA LIM GUAN ENG / DAP MARAHKAN SANGAT HJ HADI...

Assalamualaikum semua....dan juga salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia

Lama juga rasanya saya tidak menulis.....terlalu terpanggil dan terlalu hati ini bangun ingin memberikan sedikit pencerahan, yang sedang dalam kekalutan yang amat sangat sekarang ini dalam Pakatan Rakyat, dan juga di kalangan ahli serta pemerhati politik, dan amnya rakyat Malaysia keseluruhannya....

Inilah secebis contoh perlanggaran janji-janji yang telah dikhianati oleh Hj Hadi Awang yang menyebabkan Lim Guan (mewakili DAP) memutuskan hubungan politik dengan susuk tubuh (diri) Hj Hadi sendiri...tetapi bukan dengan Parti PAS...

1.Perlanggaran persetujuan "allocation of seat" di mana Pakatan Rakyat bersetuju untuk memberikan kerusi DUN Kota Damansara kepada Parti Keadilan, tetapi Hj Hadi telah melanggar janji tersebut dengan melalui pintu belakang memberikan watikah tauliah kepada calon PAS untuk bertanding, dan akhirnya memberikan ruang serta peluang kepada calon UMNO memenangi kerusi tersebut.

2.Mengganggu urusan parti sahabat iaitu Parti Keadilan, dalam kes pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, di mana Hj Hadi secara sulit bertemu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim serta menggunakan Majlis Syura Ulama (MSU) untuk ganggu pemecatan tersebut, sedangkan semasa PAS memecat Hassan Ali Parti Keadilan tidak ambik tahu atau masuk campur urusan parti PAS dalam pemecatan itu.

3.Dato Seri Wan Azizah telah dipilih untuk menjadi MB dalam mesyuarat Pakatan Rakyat setelah Azmin Ali menarik diri dalam mesyuarat tersebut, tetapi Hj Hadi menggunakan pengaruh Majlis Syura Ulama (MSU) untuk menolak Wan Azizah sebagai calon MB, maka akhirnya terpaksa dicari jalan lain dalam kemelut perlantikan MB Selangor ini.

 4.PAS telah membuat pernyataan rasmi untuk tidak mengambil jawatan MB Selangor, tetapi sebaliknya setelah kegagalan Wan Azizah menjadi MB, PAS telah hantar senarai 3 nama dari ahli PAS untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

5.Segala apa yang akan berlaku dalam "private member's bill" untuk di bawa ke parlimen, telah sama dipersetujui hendaklah dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (Mesyuarat Majlis Presiden), tetapi PAS sendiri telah menghantar "private member's bill" ini sendiri ke parlimen tanpa merujuk kepada Mesyuarat Majlis Presiden.

Jadi isu sebenarnya, Lim Guan Eng atau Parti DAP marahkan dan putuskan hubungan dengan Hj Hadi bukanlah berkaitan isu HUDUD tetapi adalah kerana Hj Hadi telah mengkhianati janjinya.....renung-renungkanlah

Thursday, June 9, 2011

Wajah yang menakutkan Umno



Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama.

Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan “kumpulan Erdogan” dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk “meminang” PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.

NONEApa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.



Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum.

Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.

Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.

Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun.

Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu.

PAS dalam genggaman profesional

Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka.

Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.

Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.

Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.

Perwakilan yang memilih golongan “profesional” atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.

Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.

Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.

Mengaibkan negara Islam?

Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional.

Kedua-dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.

“Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan,” kata Hadi pada sidang medianya semalam.

Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP.

Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas.



Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.

Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon.

Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama.

Agenda sempit Umno

Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.

Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam.

Dipetik Dari MalaysiaKini.Com

Saturday, May 1, 2010

1 Malaysia-Kugan, Beng Hock dan Aminulrasyid





Masa mula-mula lihat gambar di atas dalam blog mob1900.blogspot.com/, hati ini berbelah bahagi. Rasa kesian, geram, kesal dan ntah apa-apa lagi timbul bersilih ganti.

Kugan, Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid mati dalam pengawasan pihak berkuasa. Ketiga-tiganya dikaitkan dengan isu jenayah.

Tapi hingga hari ini belum ada bukti yang mensabitkan kesalahan mereka.

Tidak semua penguatkuasa atau anggota Polis perlu dipersalahkan. Cuma mari kita ajak mereka renung wajah 1 Malaysia mereka ini. Mereka mewakili 3 bangsa utama dinegara ini. 1 Malaysia tahu siapa mereka kini. 1 Malaysia tuntut jawapan punca kematian mereka.

Inilah kematian satu Malaysia. Najib bangga jerit 1 Malaysia seluruh dunia. Katanya mahu satukan semua kaum. Masa pilihanraya dulu BN sibuk kempen. Negara ini akan jadi lebih Selamat, Aman dan Makmur jika BN menang lagi. BN sudah menang. Tapi hari ini kita lihat siapa yang selamat, siapa yang tak selamat.

1 Malaysia, 3 kaum sudah jadi mangsa………

Monday, November 16, 2009

Cerita Dua Fatimah di zaman Rasulullah

Saya setuju sangat dengan ulasan dari Kopitiam Bang Nan...

Jadi pimpinan PAS kena sedar.....bukan harta , pangkat dan kuasa yang di kejar!!!!

Dan pada yang telah berkuasa pula....ingat cerita tersebut...jangan kita hentam umnobn salah bila mereka buat....bila kita buat pula boleh....

Saya letak semula cerita itu di sini .....untuk ingatan buat saya:

Sepertimana kata Usamah bin Zaid r.a. (anak kepada Zaid bin Harithah) bahwa ketika Nabi marah apabila seorang wanita bernama Fatimah daripada Bani Mahzum ditangkap kerana mencuri. Lalu ada pula konspirasi yang nak cuba lepaskan Fatimah daripada hukuman had (hudud) kerana Fatimah ini adalah seorang bangsawan yang kaya.

Lalu Fatimah panggil Usamah bin Zaid, kerana dia tahu Nabi cukup sayang dengan Usamah sebab Zaid telah meninggal dunia. Anak angkat Nabi bernama Zaid bin Harithah telah gugur syahid dalam peperangan Mu`tah bersama Abdullah bin Rawahah dan Ja`afar bin Abi Talib. 3 orang sahabat ini gugur syahid dalam peperangan Mu`tah di sempadan Jordan, di mana Nabi telah bersabda, "Aku telah melihat ketiga-tiga mereka masuk syurga serentak apabila mereka mati syahid."…Jadi, bila Zaid mati, maka Nabi tumpahkan kasih sayangnya kepada Usamah, lalu perempuan itu pujuk Usamah supaya Nabi jangan kerat tangan dia.

Lalu bila Nabi dengar Usamah memujuknya, maka marahlah Nabi sebagaimana hadith yang selalu kita dengar, kata Nabi,"Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."…Maka di kala itu kata Usamah,"Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli."

Begitulah kisah ketegasan Rasulullah di dalam soal intergriti....

Saturday, November 14, 2009

Ini juga kekuasaan ALLAH......

Salam....

Tadi kita tengok kekuasaan ALLAH melalui burung-burung.....

tetapi ini pula kekuasaan ALLAH membongkar rahsia yang cuba diselindungkan melalui mulut orang lain.....

kalau alasan....bukan Hasan Ali atau Roslan SMS yang tidak bersalah kerana bukan dia orang yang menjemput blogger umno.....dan alasan takkan nak halau tetamu?

tidak logik.....

kenapa pula...bila perjumpaan Hasan Ali dengan kawasan2 , yang memang semestinya adalah AJK dan ahli....kena pula submit nama dan IC.....nama yang tiada tidak boleh jumpa? .....apa? tak percaya pada ahli PAS? atau takut pecah rahsia?

cuba baca link ini....

Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?

Inilah Kuasa ALLAH

Ditunjukkan hanya sedikit...



Thursday, November 12, 2009

Bai'ah Dalam Pas.....

Saya berminat untuk memetik dari blog "Perisik Rakyat" :

Mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.